Sunday, November 17, 2019

PEPERIKSAAN ONLINE (PSEE) PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S29

Assalamualaikum semua,

Yess jangan terkejut, after taking a long break (5 years gap) i would said that i really miss blogging so much. Maaf sebab terlalu lama tidak berinteraksi dengan anda semua disebabkan oleh kekangan masa dan juga ketandusan idea yang melampau. First of all i wanted to thanks all the followers yang masih setia menunggu aku update blog ini macam bulan jatuh ke riba tu and tanpa support daripada anda semua maka tiadalah blog ini.

Okay berbalik kepada post aku pada harini, Peperiksaan Online (PSEE) SPA. Kenapa dengan Peperiksaan tu. Okay cerita ni sangat panjang but aku cuba untuk pendekkan agar korang tak bosan bila baca post aku ni. Kisahnya bermula macamni, aku tak tahu lah zaman bila aku aku last update portal SPA aku then one day tu entah mood apa datang aku saja jelah nak update portal SPA tu. Then tiba-tiba aku nampak ada beberapa jawatan yang dah bertukar status dalam portal tu which is pada masa tu aku dapat 3 jawatan yang melepasi tapisan SPA


  • Penolong Pegawai Tadbir (Pengurusan Stor) N29 - Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 - Jabatan Kebajikan Masyarakat 
  • Penolong Pegawai Pendaftaran KP29 - ( Tempat Belum Tahu ) 

So nak dijadikan cerita aku cuba buka laman rasmi SPA dalam facebook sebab aku takut terlepas apa - apa tarikh. Well i guess facebook SPA tu sangat membantu sebab pada aku kau akan dapat kawan - kawan baru yang mana ada diantara mereka dah bekerja dengan kerajaan , takpon dah ambil exam lebih dari 3 kali. So aku rasa dari situ kau boleh berinteraksi dengan mereka and sedikit sebanyak dapat tips dari mereka. 



Al kisahnya, selang beberapa bulan aku dapatlah email dari SPA yang mana aku dikehendaki untuk menduduki satu exam bagi jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 - JKM . Well macam biasa aku memang tak prepare apa - apa. Then aku dengar lagi orang - orang luar kata exam tu susah lah apa lah itu lah inilah. Lagi bertambah nervous lah aku nak jawab nanti but then aku try seeking for help orang - orang yang pernah jawab exam sebelum - sebelum ini. Mereka semua sangat baik dan sangat - sangat membantu yer anak anak semua. Otak aku daripada berkarat nak jawab soalan mathematics terus boleh berfungsi dengan jayanya. So tips penting daripada aku adalah ringankan tangan bertanya dan selalu selalu lah singgah dalam FB rasmi SPA tu. So aku akan ringkaskan kan lah macamana situasi aku jawab exam dekat korang. 

  1. Calon akan dapat email rasmi dari SPA dan email tu ada segala details berkaitan dengan tarikh exam, jawatan untuk exam dan juga no giliran. No giliran ini sangat penting yer anak- anak semua. 
  2. Bila dah tahu tarikh semua, korang semua prepare lah apa yang patut macam buat lah latih tubi ke apa and buatlah notes ke apa - apa yang berkaitan dengan jawatan korang dan jabatan yang korang dapat tu. 
  3. Masa hari kejadian, korang boleh lah refer balik email yang SPA bagi tu dan tekan link yang diberi dalam email tu automatik akan pergi ke laman exam SPA. Haaa dekat sinilah korang kena masukkan no giliran dan juga no ic korang. Tunggulah sampai portal tu auto direct masuk untuk jawab soalan exam. Takpayah refresh pon takpe. Make sure internet korang tu laju kay sepantas harimau bintang bukan macam kura - kura. 
  4. Then korang jawablah exam tu dengan penuh drama air mata air hidung semua nescaya benda alah tu akan terjadi juga. HAHAHAHA
  5. Bila dah jawab semua soalan tu biar je sampai portal tu autodirect keluar , nanti akan ada pop out yang mengatakan kita dah jawab exam. So korang click okay je nanti. 

Bercerita tentang soalan exam pula, Basically soalan untuk jawatan yang aku dapat ni ada 3 Seksyen iaitu Pengetahuan Am, Daya Menyelesaikan Masalah dan juga Kefahaman Bahasa Inggeris. Masa yang diberikan sangat - sangat tak mencukupi , hahahahahaha 25 minit  untuk setiap seksyen . 25 minit tu umpama 25 saat yer guys. 

  • Pengetahuan Am : Bahagian ini korang kena kena kena kena kena kena kena membaca yer anak - anak semua. Sebab apa sebab pengetahuan am ni lah yang akan uji korang tahu ke tidak segala benda yang berkaitan dengan bakal majikan korang tu. Macam aku haritu dari soalan pertama sampai soalan terakhir dia tanya pasal JKM. So nasiblah aku ada baca sikit - sikit so boleh lah jawab dengan jayanya. 
  • Daya Menyelesaikan Masalah : Bahagian ini diknon, korang kena hafal segala mak nenek formula yang korang belajar time SPM dulu . Contoh macam cara nak kira kelajuan , Masa , cari purata, gradian dan banyak lagi lah. Sila ulang kaji sebelum jawab exam SPA ini. Time aku dulu soalan pasal kira dinding rumah orang pon keluar dalam exam. WHAT THE FISH ! hahahahaha soalan dia sangat - sangat tricky yer . So better prepare awal. 
  • Kefahaman Bahasa Inggeris : Easy mannnnn ! Sangat easy ! Soalan dia tentang struktur ayat grammar , past tense semua tu. Takkan lah korang tak tahu yer dok ? hehehehe tapi percayalah walaupun easy korang tetap akan stuck kat bahagian soalan paragraph ! PERCAYALAH dekat situ korang akan hilang masa sangat banyak sebab sibuk nak tengok paragraph sibuk nak cari jawapan lagi. hahahahah but insyallah benda boleh cari korang buat je. hehehehe 


So after a while bila dah jawab exam tu mesti berdebar - debar nak tahu result kan ? hahahaha well i guess time aku dulu memang nervous dia serupa macam nak ambik result SPM okay ! hahahahah hari - hari okay aku check portal SPA, dah jadi macam rutin aku dah. Pagi sampai je meja kat office tu benda pertama aku buat is buka portal SPA. hahahahah bayangkan 2 minggu aku buat macamtu. But Alhamdulillah kalau tuhan nak beri rezeki tu memang tak salah alamat lahkan. Aku berjaya juga lulus exam SPA PSEE tu dengan berkat orang - orang dalam FB SPA tu juga dan juga berkat aku latih tubi buat mathematic. hahahahaha. Lepas dah tahu status exam nanti SPA akan hantar email rasmi yang mengatakan kita lulus exam tersebut. 

So now aku just tinggal tunggu tarikh untuk langkah yang seterusnya iaitu TEMUDUGA ! Doakan aku berjaya tau dan dipermudahkan segala urusan hendaknya. Nanti aku akan share incase kalau ada apa - apa update dari SPA . 

Terima Kasih. 

Monday, February 17, 2014

Kecewa ...

Kecewa .

Kecewa dengan diri , Kecewa dengan kehidupan
Kecewa dengan segala-galanya .

Hati tak tenteram sejak akhir-akhir ni sebenarnya petanda kekecewaan akan datang dalam kehidupan aku . Aku tak tahu apa yang akan jadi dengan kehidupan aku .

Apa yang akan berlaku 20 tahun akan datang , 30 tahun akan datang . Adakah aku akan hidup dengan kekecewaan juga ?

Hmmmmmmmm ..

Harini aku luahkan segala-galanya , biarlah orang nak cakap aku lembik , tak kuat atau mudah menyerah kalah . Ini kehidupan aku !

Aku yang cipta kehidupan aku sendiri ,
Aku yang corakkan kehidupan aku sendiri ,
Aku juga lah yang mewarnakan kehidupan aku sendiri .

Ego ?

Yeah , memang aku ego !

Ego dengan hidup aku sendiri .
Ego dengan orang sekeliling aku ,
Ego dengan perangai aku !