Tuesday, October 12, 2010

Ratu pecut 100 meter positif dadah !

NEW DELHI: Sukan Komanwel berdepan dengan krisis terbaru, kelmarin apabila pemenang pingat emas 100 meter wanita dari Nigeria, Osayemi Oludamola gagal dalam ujian dadah.
Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), Michael Fennell berkata pelari berusia 24 tahun itu yang diberikan pingat emas kerana pembatalan pemenang dari Australia, Sally Pearson kerana kesilapan di garisan permulaan diuji positif mengambil bahan perangsang methylhexanamine.
Dia menambah perkara itu sudah diberitahu kepada atlet itu yang meminta ujian sampel B dijalankan dengan keputusan dijangka diketahui lewat semalam.

“Sehingga kini kami menjalankan lebih 950 ujian anti-doping dan sudah mendapat lebih 700 keputusan,” kata Fennell. “Malangnya terdapat satu keputusan yang positif. “Keputusan ini adalah berkaitan dengan pemenang 100 meter wanita akhir, Osayemi dari Nigeria. Dia sudah diberitahu mengenai prosedur anti-doping yang dipraktikkan di temasya ini.” Ia adalah keputusan positif pertama untuk temasya ini selepas lapan hari dan Fennell berkata betapa ia memberikan imej yang tidak baik kepada sukan itu di kejohanan berstatus tinggi ini.

Read More :

Ishhh ape nk jadilah skunk nie...atlet hanya tahu ambil dadad untuk memenangi sesuatu acara ...cubalah ambik gula gula hack kew mcm aq nie...bahahaha

No comments: