Monday, December 19, 2011

Zaman Persekolahan

Assalamualaikum kepada semua yang membaca blog ini .. Hahaha syukur kerana hari ini aku ade masa terluang untuk meng-update blog aku nie , So post untuk kali ini bertajuk zaman persekolahan , okay for sure korang mesti pernah lalui zaman persekolahan kan .. hah ! jangan tipuu kan korang yang panjat tembok , ponteng kelas , hisap rokok semua tu , hahahha Thumbs up (Y) !  



Orang kata , zaman persekolahan adalah zaman yang paling banyak meninggalkan seribu kenangan , hah ? Betul kew , hahahah yelah kot , sebab itu yang aku dengar ... Hanya zaman persekolahan sahaja yang mengajar kita erti sahabat dan keremajaan . Selain itu , kita dapat mengenali erti sebenar kehidupan , suka , tawa , senang dan susah . Semuanya dapat kita lalui dengan penat lelah kita sendiri .. Nescaya apabila zaman itu sudah berlalu ianya akan meninggalkan seribu satu kenangan manis dan pahit .. Tak gitu ? 

Aku yakin , masa korang sekolah dulu peristiwa-peristiwa nie pernah berlaku dalam diri anda semua , hahaha :
_______________________________________________________
  • Waktu darjah satu , korang pernah terberak dalam seluar 
  • Kalau time subjek mathematic jew semua takut sebab tak hafal sifir 
  • Paling bergaya sekali waktu pendidikan seni , sebab boleh tunjuk colour box sapa paling besar 
  • Alasan paling bernas bila tak siap homework " Saya dah siap tapi tertinggal lah cikgu "
  • Time sekolah rendah , lelaki dengan perempuan pon boleh duduk sama sama*takde nafsu lagi*
  • Cikgu subjek paling garang sekali especially cikgu bahasa inggeris , sebab semua tak reti speaking 
______________________________________________________________

So macamane betul tak ape yang aku list kan kat atas tadi , hahahah jangan tipu ehhh , tak baik tuhan marah ! hahahah .. so aku malas nak tulis panjang panjang karang korang ter-flashback kenangan zaman persekolahan korang , hahahha 

Friday, December 16, 2011

Arif Alfian Berkahwin Dengan Lelaki ?

Arif Alfian ? Siapa dia ni ? Well seperti yang korang tahu , nama die trend kat twitter sekarang , Okay aku mulakan cerita aku nie dengan Bismilah .. Alright Arif alfian rosli pelajar cemerlang SPM dan mendapat tajaan daripada petronas untuk belajar di luar negara .. Okay seriously aku memang terkejut dengan berita nie , tak sampai bape minggu tentang kehilangan die yang dibuat oleh bapa die tup tup terus dikaitkan dengan perkahwinan songsang nya bersama lelaki yang bernama Jonathan .. Nauzubilah ..

Dan yang paling menduka citakan , beliau telah memakai satu pasang baju melayu berwarna hitam semasa upacara perkahwinan beliau .. Ya allah , dunia nak akhir zaman .. Bukannya apa , Arif ni islam and melayu pulak tu , tak elok lah kalau die terus bersikap macam nie , Beliau tidak memikirkan ke perspektif pandangan orang ramai terhadap keluarga die , Ya allah , kesiannya kau .. Semoga die mendapat Hidayah daripada allah !


P/s  : Dunia nak akhir zaman , macam nie lah jadinya , ish ish ish macam dah takda perempuan lagi kat dalam dunia nie !

Tuesday, November 29, 2011

28 November 2011 - Hari Bermakna !

Assalamualaikum , kepada semua pembaca blog ini , hahahah sorry sebab dah lame tak update , haishh aku nie pandai berjanji tapi tak pandai nak tepatinya , hehehhe well janji melayu kannnn ! hahaha okay okay back to the story , 28 November 2011 ! Erk ? mesti korang tertanya tanya hari apa tu , apa kena dengan tarikh semalam , hahahah aku hanya mampu tersenyum lebar saje , hahahahah 

Sebenarnya , semalam hari jadi aku , hahahahha okay bak hadiah sekarang , hahahah joke ! jangan ambil hati , so nak dijadikan cerita , before 28hb mean malam 27hb , aku tak tidur lansung , well nak tunggu orang wish kat facebook punyer pasal , hahahah sekali bukak , ahhhah ambik kauuu ! ramai yang hantar .. hahahahh sampai tak terbalas katakan :) 

Tahun nie , aku rasa xde lah semeriah tahun lepas , well dah besar xkan nak buat grand party besar besaran , hahahahh cukuplah sekadar wish and makan  makan gitu , hahahahah btw sebelum aku terlupa thank for those yang wish kat facebook aku tu , hahahah aku hargai jasa baik korang , and tak sia sia aku open wall aku , hehehehehe 

* Tekan gambar untuk lebih jelas

Hahaha , ini saje yang sempat aku print screen , ade yang sanggup tunggu pukul 12.00am semata semata nak wish untuk aku , woahhahaha thanks sangat sangat , haaaaa macam nie lah yang dikatakan truly friend a.k.a kawan sejati ! takdelah macam sesetengah orang tu bajet hotsetuppp ! hahahhah jangan terasa okay . Dan tak lupa juga kepada  Abang Ben Ashaari thanks juga sebab wish my birthday kat facebook , happy sangat sangat , ade juga blogger terkenal nak lawat page aku tu , hehehehe btw sebelum terlupa , hari nie 29 November 2011 , hari jadi Abang Ben Ashaari , so apa tunggu lagi , serbu page beliauuu , hahahahah

p/s : Korang tak nak bagi hadiah kat aku kew ? aku tak minta lebih , korang belikan ipad cukup , hehehehe :)

Sunday, November 13, 2011

Thumbs up For Najwa Latif and Greyson Chance

Credit to : CikguDahlia

 Yeah .. Thumbs up for Najwa Latif and Greyson Chance for the best performance last night at AIM ..Kedua dua artis nie adalah artis YouTube , yang hanya dikenali di laman sosial ... Yeah memang hebat suara kedua-dua artis nie .. Yang sorang memiliki suara lemak merdu , dan yang sorang lagi mempunyai suara lunak lantang yang memukau semua pihak ...

Part yang paling success bagi aku adalah , part Najwa feat dengan Greyson lagu paparazzi ! pergh memang memukau semua pihak , dan pada aku , mereka berdua lah yang patut diberi gelaran The Best Performance kat AIM semalam ...Yeah 


 
p/s : Greyson Chance punya nama sudah meningkat naik , Habislah royalti Justin Bieber , HAHA !

Sunday, October 2, 2011

Kaya ohh Kaya


Assalamualaikum ..yeah first sekali aku nak minta maaf sebab sudah lama sangat aku tak update blog aku nie ..hehehehe bukannya ape sibuk katakan .. Hari ini aku nak cerita sikit , pasal nuffnang ..heheh act cerita nie sepatutnya aku post 30hb aritu but disebabkan takde masa , now baru aku update ..heheh ini pon tengah managed masa ..hehehe

Alhamdullilah berkat aku berblog selama nie , akhirnya aku dapat juga pendapatan sampingan aku melalui nuffnang ..yeah walaupon tak sebanyak mana tapi boleh dikatakan cukup untuk menampung beli Handphone baru...hehehhe ..Terima kasih kepada sesiapa yang tak henti henti meyokong aku di dunia blog nie ,and then blog yang banyak membantu aku serba sedikit mengenai dunia blog  iaitu blogger blogger senior like Cik epal , Yuyu Zulaikha , dan  Ben Ashaari ..

Hahaha..now aku tinggal tunggu cek dari nuffnang , kalau korang nak tahu , setiap hari aku pandang peti surat ! hahah nie semua gara gara nuffnang lah , hahahah pasal duit aku sanggup buat ape sajew ... lagi pon ini kali pertama aku cash out duit dari nuffnang ..hehehe yeah aku tahu korang mesti dah buat banyak kali kan , hahahah well budak baru nak belajar katakan ...heheheh ..Aku rase , sampai disini jelah kot untuk post aku kali ini ..hope korang sentiasa sokong aku sampai bila bila ..hehehehe 

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya Semua !

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca setia blog ini , bersyukur kite kehadrat ilahi kerana memberi kite peluang untuk bernafas sekali lagi  di muka bumi ini lagi ! Alhamdulliah ..Yeah setelah dipujuk pujuk oleh saudara mara aku , akhirnya mood untuk menulis blog telah kembali seperti biasa , jika sebelum sebelum nie mood nak berblogging amatlah mengkritikalkan ...hahahah

Di sini masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat yang beragama islam di seluruh dunia dan juga yang sudi menyinggah di blog picisan aku nie .. aku ingin meminta maaf sekirannya ada tersalah atau terlanjur kata selama aku berblogging nie . Hurmmm arini dah masuk hari ke-7 kita menyambut hari raya ..woah pejam celik pejam celik dah seminggu pon kita beraya , selama seminggu jugalah banyak duit beribu-ribu di keluarkan , hahahhaha 


Kalau sebut pasal raya jew , first think yang cross my mind adalah kuih raya and duit raya , hahahah dua benda tu dapat nak dipisahkan dalam kehidupan aku , hahahaha...hurmmm ramai yang kata raya tahun nie tak semeriah tahun tahun sebelum nie , betul kew ? hahhaha itu semua terletak pada tangan anda semua nak decide meriah atau tak ! kalau pada aku tahun nie suam suam kuku jelah ..hehhehe tak ramai yang balik kampung tahun nie .. ouhh yeah  berbalik pada kuih raya and duit raya , dua benda tu kalau xde alamat tak raya lah aku tahun nie ,HAHA !  maaflah yerr tahun nie aku malas nak snap gambar gambar raya macam tahun tahun lepas ..heheheh xde mood ! so aku sempat snap gambar kuih raya yang kat atas tu dengan gambar aku yang ini ... Gambar family ade dalam camera nikon but malas nak sambung usb then nak cucuk kat laptop nie , hahahha
 take a long time babe :) 


Berat badan ? woahhhh malas dah nak cakap pasal benda alah nie , hahahah buat rugi jew puasa sebulan but first raya balas dendam dengan cara makan ketupat dengan rendang banyak banyak , hahhahah nak nak ketupat dan rendang  buatan nenek yang amat lazat di makan di pagi raya sambil mendengar lagi raya yang dinyanyikan oleh ahmad jais , hahahah langsung tak hengat nak berhenti makan akibatnya berat badan pon meningkat naik .. *ingat adik adik semua jangan tiru aksi ini ketika raya*

So sampai disini jelah entri raya aku untuk kali nie , maaf sekirannya aku terlewat untuk mem-publish entri raya aku nie ...jangan marah yerr , kan time raya nie ...hahahaha

Thursday, August 25, 2011

Arghhh Lega sikit !

Woahh kini aku bebas , bebas membuat segalannya cewah ..hahhha ayat tak boleh blaaa ! Act sebenarnya aku nak balas dendam sebab dah lame tak update blog nie ..hehehe but now baru aku dapat update blog ..2 minggu exam ..pergh pecah otak aku and yang paling sakit hatinya sekali bila dah baca soalan yang kite aim , soalan tu pulak tak keluar ...macam macam dugaan nak dekat akhir bulan puasa nie kan .. 

Disebabkan hari nie aku nak balas dendam ...semua benda kat dalam blog nie aku edit ... tak berapa banyaklah sikit jew ..*entah korang perasan entah tidak* ..HAHA ! Yeah tahun nie aku tak dapat nak raya huhaa huhaaaa ..sebab aku kena buat Kerja Kursus Akaun yang agak menyusahkan kehidupan aku bagi seorang pelajar comel ..Nak muntah tak ? hahahha 


Part yang paling sakit hati bila nak imbang kedua kedua akaun ..walaweiii raso nak bako jew kertas kerja kursus akaun tu ... cuba korang banyangkan kalau akaun korang tak seimbang cuma beza 1 sen sahaja ..and then korang kena buat balik daripada first step ..perghh rase nak terjun kat bangunan tingkat 60 jew ..

Tarikh last hantar kerja kursus nie ..hujung bulan september ..nampak gayanya ..raya tahun nie aku kena bawak laptop lah kew kampung ..heheheh *bangga kejap* HAHAH ! so kesimpulannya kesabaran tu amat penting dalam sesuatu pekerjaaan ... bak kata orang tua tua "Sabar tu separuh daripada iman" ..Yeah memang tak dinafikan ..memang betul ape yang diperkatakan ..so renung-renungkan dan selamat beramah ! 

Monday, August 8, 2011

iKLan Gangster ~ AmanWan

AMARAN 

Filem pendek ini mengandungi penggunaan 
Bahasa Melayu Rendah yang tidak sesuai untuk digunakan 
dalam pertuturan seharian , mahupun dalam penulisan 
karangan dan tesis

Terima Kasih 



Hahah aku tahu korang mesti belum tengok punyer , hahhha part yang tak boleh bla tu bila time ajib cakap kat malik Amacam choki choki ? best ? then malik balas balik choki choki sudah habis bro. HAHA ! sumpa kelakar giler ... hahahahha then ade lagi satu part yang pada kelakar giler iaitu bila shark cakap kat malik Tadi lu SMS gua mai sini , siap smiley lagi ! hahahha ..

Dalam video nie , korang akan jumpa segala makanan dan minuman yang dijadikan sebagai  Prop ..Woah aku memang tabik giler lah kat orang yang buat video nie , kreatif dan inovatif , kalau lah ramai lagi bakat bakat muda yang boleh buat video macam nie , confirm laku industri perfileman negara kita nie ...

Actually banyak lagi video yang die post , macam Pandangan serong , Tips Temuduga , Salah Faham Berchatting dan banyak lagi , so kalau korang nak usha video video yang lagi kelakar korang boleh pergi kew ~ AmanWan's Channel

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432 Hijrah


Dengan ini anak bulan telah kelihatan menandakan bahawa tarikh untuk umat islam berpuasa adalah pada 1 Ogos 2011 ( isnin ) bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432 Hijrah

Yeay esok puasa ! tak sabar nak sahur pagi esok ... so di kesempatan ini aku ingin memohon maaf jika aku ade terkasar bahasa kat korang , hope korang dapat maafkan aku ....Ingat ! puasa jangan tak puasa ..Bak kata orang dulu-dulu , siapa yang tak puasa tak boleh raya ...hahahah ..Jangan buat perkara yang dilarang oleh allah , ingat walaupun setan di ikat ketat ketat , nafsu tetap berkuasa tahu !  Selamat Berpuasa Kepada Semua Umat Islam Di Seluruh Negara 

 

Abaikan gambar di atas , hahahah ! So kawan kawan ingat semasa berbuka puasa janganlah kite makan terlampau banyak just hanya sekadar mengalas perut sahaja ..Renung-renungkan dan selamat beramah .

-Jangan lupa pergi terawih dan niat puasa yerr kawan kawan-

Wednesday, July 20, 2011

Hi How Are You ?

VIRUS VIRUS VIRUS ! 


Yeah mesti korang dah tahu kan , tajuk arini yang aku nak bincangkan kat korang semua ..Yeah ianya tentang Virus facebook yang paling latest sedang melanda kat semua pengguna laman sosial Facebook ! Hahah cerita die macam nie , ari ahad aritu aku tengah main poker , Then tetiba aku dapat IM Chat dari sorang kawan aku yang tak pernah pon bercakap dengan aku melalui IM Chat .. 

First thing , dalam pikiran aku , aiseymenn budak nie sihat kew tak , tetiba jew chat aku .. hahaha yang kelakarnya tak penah penah cakap inggeris tetiba cakap inggeris dengan aku , hahahah lain lah macam aku nie , inggeris pon berterabur * dulu-dulu tak ambik english education* kat sekolah .. hahaha 

Die tegur aku , Hi how are you ? then aku pon balas seperti gambar yang di atas ... hahahah then aku dah agak dah nie mesti virus ..sebab cara die cakap tak kan skema sangat , sah sah account budak nie dah kena hack . so kepada sesiapa yang dapat IM Chat macam aku nie better korang semua ignore jew .. And then aku nak ingatkan korang semua jangan sesekali tekan or click link yang die bagi , kalau korang semua click link tu , korang just say good bye jelah account facebook korang tu ... dah tak lame dah tu ..So jom lah kita share menge-share korang pernah tak dapat IM Chat macam aku nie ? 

-Wassalam-

Saturday, July 16, 2011

Kelebihan Dan Keistimewaan Bulan Syaaban Dan Nisfu Syaaban .

BULAN Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam sama seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah..Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih banyak berpuasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan..Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan..Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak puasa sunat, bertaubat dan beristiqhfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya..Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati membesar serta mengagungkan Allah.Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia..Selain itu allah tidak mengampun kan dosa 6 orang pada malam nisfu syaaban iaitu Orang yang kekal minum arak , orang yang derhaka kedua ibu bapa , orang yang kekal dalam zina , orang yang berkelahi , orang yang melakukan perjualan dengan sumpahan yang dusta dan orang yang memperlakukan orang supaya berkelahi .

Nabi bersabda, "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn 
Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani)

Note : 
So di kesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog aku jika selama aku berblog ini aku ade berbuat salah atau terbuat salah kat korang semua , hope korang semua dapat maafkan aku ..mungkin ade yang terasa hati atau terguris hati jika aku ade tersalah tulis dalam post-post aku yang lepas , so aku ingin minta maaf sesangat jika aku ade buat salha kat korang semua .


Friday, July 15, 2011

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 2011

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca setia blog ini .. hurmmm aku tahu orang yang beragama islam mesti dah tak sabarkan nak berpuasa .. hahahha yeah pejam celik pejam celik hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk kita semua berpuasa , woahhh aku dah tak sabar nak sembahyang terawih nie .. hehehhe so disini aku show off kan kepada korang jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun 1432H/2011 .

Hahaha macamana ? mesti korang dah tak sabar-sabarkan , mana tidaknya sebut pasal puasa jew kita mesti terbayang woahh Bazar Ramadhan , mesti ade banyak makanan macam macam ayam golek , murtabak , roti john  air soya cincau , woah aku yang tulis nie pon dah terliur nasib bukan bulan puas lagi , heheheh so sudahkah anda semua bersedia untuk berpuasa dalam masa 2 minggu lagi nie ? semuanya terletak di dalam diri anda ! 
-Selamat Berpuasa-

Thursday, July 14, 2011

Kad Pengenalan Bekas Perdana Menteri Malaysia .

Selamat Sejahtera kepada semua pembaca setia blog ini , pernah tak anda semua terpikir bagaimana serta macamana rupa bentuk kad pengenalan bekas-bekas perdana menteri kita ? Haaa ! so pada hari ini secara eksklusif aku akan tunjukkan kepada korang bagaimana dan macamana rupa bentuk kad pengenalan bekas perdana menteri kita ..

Kad Pengenalan Tunku Abdul Rahman 
 Kad Pengenalan Tun Abdul Razak 
 Kad Pengenalan Tun Hussein Onn
 Kad Pengenalan Tun Mahathir Mohamad
Kad Pengenalan Tun Abdullah Badawi 

Note :
So Macamana ? Hensem hensem kan kesemuanya , mesti korang perasan kan dimana serta kemana kad pengenalan Najib Tun Razak perdana menteri kita yang sekarang nie ? Hahaha dengan pantas aku menjawab mungkin kad pengenalan atau i/c die hilang kot , tapi takpe di maafkan kalau hilang cepat cepatlah baharui balik ehh ! Hurmm pada aku lah kan antara bekas perdana menteri kita yang paling hensem dan kacak adalah  Tun Mahathir Mohamad , setuju tak ? kalau tak setuju , sila komen entri nie, siapakah pilihan anda semua . Terima Kasih 

Wednesday, July 13, 2011

Ekin & Mawi Akan Menimang Anak ?


Sudah lama tak kedengaran cerita Ekin & Mawi selepas mereka berdua berkahwin. Rupanya, kedua-dua pasangan ini sedang berada dalam mood kegembiraan apabila Ekin telah disahkan hamil 7 minggu oleh doktor, kira-kira 2 minggu lepas.
Penantian selama 3 tahun nampaknya berbaloi, kami pasti Ekin & Mawi amat teruja dengan kehadiran orang ketiga dalam keluarga mereka, nanti. Walau bagaimanapun, Mawi tampak gusar dengan berita kehamilan ini, apatah lagi sebelum ini Ekin pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali.
Untuk Maklumat Lanjut Click Link Di Bawah 
 Note : 
Woah bertambah-tambah world lah si mawi nie ehh ! Agak -agak bila lah si mawi nie nak ade rambut ? hahahah aku harap lepas si ekin nie beranak harap harap si mawi nie tergerak hati nak bela rambut die sampai panjang , huhu bosan aku tengok gaya rambut die yang botak tuh .. hahahha Oh yerr aku dengar-dengar ramai kat luar sana  yang dah mula tak minat atau dalam bahasa kasarnya sudah muak melihat die , Betul kew ? kalau ade yang sudi menjawabnya sila lah komen yerr ! huhuhuhu

Monday, July 11, 2011

Lagu Negaraku Dipersendakan ?


KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya. 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim, berkata laporan itu dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak semalam.
"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.


Note :
Ish ish ish , ape nak jadilah dengan budak-budak zaman sekarang , belajar tinggi-tinggi sampai tahap Universiti tapi otak still manteliti tahap ketiga atau cetek ...Nie semua akibat terpengaruh dengan politik-politik yang tengah hangat berlaku lah nie .

Konsep kesederhanaan

Selamat Petang kepada semua pembaca blog ini , terima kasih kerana menyingah dan membaca blog yang tak seberapa nie , korang semua dah makan belum ? hahah kalau aku jangan tanyalah ! setiap jam confirm melahap jew , adoyaii macamane nak kurus kan kalau perangai asyik sama macam nie ..hahha 

Hurmm sekarang dah bulan 7 , ish ish ish rase macam sekejap jew kan , tulah dunia berputar tanpa henti kita yang dok di muka bumi nie pon tak terasa peredarannya kan ! Tup Tup bulan depan dah nak puasa , then bulan depan lagi raya , woahh tak sabar rasenya kan .. Now tengok kat shopping complex semua dah jual barang barang untuk puasa dan raya , woahh bersemangat dieorang nie semua , 

Aku pon ape lagi , join sekali hahahah , but yang sedihnya raya tahun nie aku kena pakai baju raya tahun lepas coz bajet lari sikit *bak kata mak aku* , elehhh chill cool buat bodo jew , buat pew nak pakai baju mahal mahal yang harga sampai RM 200 > ke atas ..membazir duit jew . kite pakai just pergi and balik solat raya then tukar baju T Shirt yang korang beli kat shopping complex .. tak kew aspek membazir dan konsep kesederhanaan di ambik kira kat situ ... huhuhu tetiba pulak aku masuk bab Ekonomi Asas kat sini ..Hahah .

Tak lupa juga disini , semasa kita membeli juadah berbuka puasa , walaweiii tak sah kalau tak penuh satu meja makan korang tu kan ! dengan air soya cincau nya , murtabak , roti bomm , woahh nie makan  untuk mengalas perut kew atau melahap ? hahaha .. ingat satu perkara yang nak aku sampaikan kat korang , kalau korang dah melahap juadah berbuka puasa yag banyak tu kat umah , boleh kew korang semua nak menunaikan solat terawih 20 rakaat tuh ? haaaaa dari sini kita dah nampak keburukan membeli terlalu banyak juadah berbuka puasa .. 

Aku disini ingin mengingat-ingatkan antara satu sama lain . tiada maksud lain , so kepada sesiapa yang terasa tuh pandai pandailah korang cover malu sediri ehh ! Ingat kalau terjadi ape ape kepada pengunjung yang singgah dan  membaca disini adalah tangungan sendiri .Aku akhiri dengan serangkap pantun yang paling hot dan femes waktu bercinta-cinta zaman budak kecik dahulu kala .hahahaha .Pecah kaca , pecah gelas , harap baca , harap balas .. 


Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan Bersih 2.0

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog , so semua mesti dh tahu kan top top stories blog sekarang pasal ape ! a'aha betul sangat lah tu kalau ade yang menjawab pasal Perhimpunan Bersih 2.0 .. Adoyaii ape kes lah dieorang semua nie siap buat perhimpunan bagai nie , mcamane lah rakyat nak bersatu kalau ade jew perhimpunan haram macam nie , harap nama jew bersih ..

Sebagai contoh pagi tadi aku dengan family aku nak kew Hukm , perghh punya lame masa nak sampai kat Hukm tuh , ade kew patut pukul 7.30 pagi keluar rumah sampainya pukul 12.30 tengah hari baru sampai kat Hukm .. Jalan jem teramat sangat , last last ade polis buat roadblock , ayakkkkk 4 lorong jadi 2 lorong , mau tak jem .. lenguh kaki tambah pula sampai ade yang kebas kebas kat bontot tuh ..kalau lah kes macam aku rase kalau ade yang nak ter-beranak tuh confirm bersalin kat dalam ambulans paling tidak pon atas jalan raya pon boleh lah ..

Tambahan pula , cuaca yang teramatlah panas macam kat padang pasir , but sabar jelah , nak buat mcmane , benda dah nak jadi , nak salahkan sape ? please lah salahkan Perhimpunan Bersih 2.0 tu ahh ! disebabkan dieorang lah rakyat semua tak boleh keluar rumah , kena tempuh jem yang luar biasa , peniaga-peniaga kecil rugi besar dan pegawai-pegawai khas yang terpaksa kerja 24 jam duduk di bilik bilik gerakan khas .Bak kata pepatah melayu "Disebabkan Nila Setitik , Rosak Susu Sebelanga" 

So aku terpaksa lah duduk tengok berita tv3 sebab nak tahu perkembangan perhimpunan bersih lah sangat tuh .Kuala Lumpur seolah-olah lenggang dan lumpuh tanpa sebarang penghujung tetapi yang ade hanyalah manusia manusia yang ingin melihat pentadbiran negara kite ini berpecah belah .. Subhanalahh ! So dikesempatan ini , aku ingin menyeru supaya rakyat rakyat di malaysia bersatu membangunkan sebuah pentadbiran yang aman dan damai   . Sikap bertolak ansur amat penting di kalangan kite semua bagi menguruskan pentadbiaran , jangan asyik salah kan 1 pihak jew , kite mesti berbincang serta membuat satu conclusion yang bijak untuk sesuatu pengurusan .  seterusnya ianya tidak akan menjadi berat sebelah jikalau kite membuat sesuatu keputusan yang tepat dan bijak .

Perhimpuanan Bersih 2.0 , bersih sangat kew kalau dah penuh sampah sarap kat Kuala Lumpur tuh hasil buangan orang orang yang mengikuti perhimpunan tu . last last mat mat bangla yang tukang sapu yang kutip .
So akhir kata daripada aku , tepuk dada tanya selera , 


Friday, July 8, 2011

Blog Berwajah Baru !

klik untut tumbesaran ..

Woahh pagi nie bangun bangun jew terus capai lappy coz semalam mimpi blog dipadamkan sebab tak update begitu lama , hahahah . so rutin harian ku macam biasa lah , first buka Facebook dulu , kot kot ade Friend Request , hahahah then baru bukak blog .so nak dijadikan cerita , buka buka jew blog alangkah terkejut beruknya aku sebab blog kini berwajah baru .. 

Erk ? betul kew blog berwajah baru ?, then explore punyer explore , baru aku percaya blog kini dah berwajah baru , hurmmm pada aku lah kan , aku rase yang lame punyer lagi senang daripada yang baru nie ..tapi nak buat macamane benda nak jadi , ceh ayat takde yang lagi blaa kew ! hahahah 

Aku ade terbaca satu dua komen kat blog orang , ade sorang hamba allah nie , die kate blog uang berwajah baru nie boleh tukar kew wajah yang lame , so disini aku ingin merayu korang semua boleh tak tolong aku , tak kisah lah sape sape asalkan korang boleh tolong aku , just ajar macamne nak kembalikan blog ke wajah yang asal .

So kepada sesiapa yang tahu macamane nak kembalikan ke bentuk yang asal , please i appeal to you , please help me , pepatah blogger penah berkata , sama tolong , sama naik . maksudnya kalau kite menolong seseorang blogger itu secara tidak langsung ianya akan menaikan trafik di blog anda .. ( pepatah ape lah yang aku sebat nie )

Tuesday, June 28, 2011

Sikap Malas Kembali Lagi


Assalamualaikum , rasenya dah lame aku tak update entri kat sini , Yeah ! tengok tajuk pon dah tahu kan sebab ape aku jarang update sejak akhir akhir nie ..pertama sekali aku nak mintak maaf jika korang menunggu entri aku yang berkurun lame nie , hahahah 

Well biasalah kalau dah bergelar student tuh student lah jugak kan , banyak assignment yang perlu di siapkan then disebabkan itu lah blog aku nie bersemak samun , kadang kadang jeguk pon tak sempat , niat hati memang nak hide jew blog nie daripada korang semua but bila dipikir pikir balik , nanti korang semua tak dapat tengok entri aku yang lame lame , and then duit dari nuffnang pon aku tak dapat nanti kang , sia sia jew aku berblog selama nie , hahahah

Nak-nak lagi sekarang nie aku punyer nuffnang buat hal dengan aku , okay fine aku mengaku yang aku dah lame tak update blog tapi jangan lah buat mcm tu sekali kat aku , ada kew patut nuffnang tukar kan aku punyer status keahlian aku daripada Glitterati kepada Biasa (bukan eksklusif) ..Arghh geram teramat geram sangat sangat , tapi semua tu dah takdir nak buat macamane lagi , hurmm berserah jelah ..

So sampai di sini jelah post aku untuk  kali ini , kalau ade mase yang terluang aku akan cerita kan kat korang semua , Peace yaww ( ala ala Ac Mizal ) .. aku akhiri post aku dengan sepotong ayat al quran :


-Wassalam-

Tuesday, June 21, 2011

Kasih Adik Terhadap Kakaknya


RAHSIA DISEBALIK PINTU 6H

Ya allah kau selamatkanlah kakak ku daripada sebarang komplikasi penyakit berbahaya ,
 hanya kepada mu  aku meminta pertolongan ,
 semoga engkau mendengar permintaan hambamu ini , 
Amin , amin ya raballalamin !

Semoga kakak ku yang bernama Nurul Haniza cepat sembuh daripada penyakit yang melanda diri mu itu ..Adikmu disini tetap mendoakan kesejahteraan kesihatan mu hendaknya ..

Note : Masuk arini dah 6 hari aku duduk kat Hukm teman kan kakak aku ..

Friday, June 17, 2011

Fly High ( Korean Movie )

Modu Juh Eun Achim Ibnida atau dalam bahasa melayunya Selamat Pagi Semua , 
huhuhu pagi ni semangat nak belajar bahasa korea , haha nak tahu sebab ape ? jeng jeng ! sebabnya ialah pagi tadi aku bukak cerita Fly High kat Astro Citra then cite tu memang best giler sumpa tak tipu , kat bawah nie aku ade bagi satu Trailer untuk cite nie : 




________________________________________________________________________
SINOPSIS 
Si-Bum (Kim Beom) mempunyai impian untuk menjadi pelakon. Satu hari, dia bertemu seorang gadis Su-kyoung (Kim Byeol) dan jatuh cinta dengannya pada pandangan pertama. Dengan Si-Bum bersama-sama, Su-kyoung nampaknya mengatasi kesakitanitu dan juga hubungan tidak selesa dengan bapanya. Tetapi selepas beberapa ketika,dia telah menghadapi kematian ibunya.

Untuk melarikan diri daripada realiti, mereka melakukan perjalanan ke laut tetapikemudian Su-kyoung mendapat kecederaan teruk dari kemalangan kereta. Sangatberjuang untuk menyelamatkan dia, Si-Bum mencuri wang untuk membayar hospital itudan ini menyebabkan dia bekerja di sebuah bar untuk berkhidmat gadis kaya.
Sekarang Si-Bum menggunakan kemahiran bertindak untuk melegakan Su-kyoung dan berpura-pura dia membuat hidup daripada bertindak. Tetapi apabila dia semakin popular, beliau memutuskan untuk mengikuti sahabatnya Young-ho ke Seoul untuk membuat lebih banyak wang. Satu hari dia datang di salah satu kawan lama dan mendapat yang terlibat dalam pergaduhan besar.
___________________________________________________________________________

Aku suggest kan korang , better korang tengok cite nie , betapa kuatnya percintaan pandangan pertama dan dalam masa yang sama keinginan untuk menjadi seorang pelakon . kalau korang nak tengok secara online korang boleh pergi kat link nie . Click Here
So aku rase sampai disini jelah post aku untuk kali ini , jangan lupa tengok cerita korean nie , owh yeah aku nak buat satu pengakuan yang aku memang BATAK korean movie , 

"Terima kasih kerana membaca atau Dogseo Jusyeoseo Gamsahabnida "

Wednesday, June 15, 2011

Blog cite cite panas ( 18SX )


Hah ? Apa ? ish ish ish apa lah sikap orang malaysia nie kan . Okay okay aku tahu korang mesti tak paham kan , okay cuba korang tengok kat gambar yang aku post kat atas tu , apa yang  korang dah search ya allah tak percaya aku " BLOG CITE CITE PANAS " . mengucap besar aku aku tengok apa yang korang search 

Ni yang membuatkan aku naik angin , korang ingat blog aku nie blog seks or tempat 18SX , adoyaiii kalau dikekalkan sikap macam nie , sampai bila bila sikap orang orang kita nie tak kan pernah berubah . Nasib baik  aku tergerak hati nak bukak Nuffnang aku harini , kalau tak aku tak jumpa kata kekunci yang korang search nie , 

Hurmmm aku malas nak membebel panjang panjang , karang korang meluat tengok aku pulak , so disini aku ingin menyeru supaya berubah lah sikap anda semua demi negara kita , cewahhh , hahahah , owh yeah aku ade entri selit disini * ceh selit lah pulak * aku dah reti guna twitter , hahaha bangga tau , and ade lagi satu aku punyer earning nuffnang dah boleh cashout dah , huhuhu alhamdulilah cukup untuk sebulan.

Note : Do not do stupid things !

Tuesday, June 14, 2011

5 Blog Pilihan Hati


Hahah Ben Ashaari buat segmen lagi ! nie yang membuatkan aku teringin nak masuk nie , so di sini aku serta 5 blog pilihan hati aku dan sebab sebab aku memilih blogger blogger tersebut untuk tatapan korang , owh yeah korang boleh join segmen nie di sini ~ Ben Ashaari


IZZAN SALWANA
Hahah , blog budak nie adalah blog wajib bagi aku stalker sebelum aku Login blog aku sendiri , aku tertarik untuk datang ke blog die kerana , aku rase cara penyampaian mesej dalam entri dia amat lah berkesan serta berjaya menarik minat aku untuk singgah tanpa jemu

SYED GRAPHIX
Yeah blog paling kerap aku lawati untuk membuat entri , kalau boleh aku nak tiru semua yang ada pada die , hahaha , tapi tak boleh , karang sia sia jew kena tuduh COPYCAT betul x ? aku suka blog die kerana die mempunyai idea yang bernas untuk menarik pengunjung blog kew blog die .

HANNA FAUZANN
Yeah , tanpa die tanpa lah blog aku yang cantik nie , haahhaha first tutorial yang aku belajar semuanya dari blog die , belum cuba belum tahu doiii , senang and pantas semua tutorial yang die ajar , huhuhu kerana blog die lah aku mengenali code code yang ade dalam HTML .

NURUL HANIZA
Hahah , ehem ehem actually nie blog kakak aku , aku rase die mempuyai misi yang hendak di capai , usaha die yang tak pernah putus untuk menarik pengunjung ke blog die yang membuatkan aku tertarik untuk letak kan die didalam 5 blog pilihan hati .

BEN ASHAARI
Blog sape nie ? hahahha jangan nak tipu tak kan lah korang tak kenal blog sape , hahahah kalau blog die nie setiap hari and masa aku bukak , hahah sebab nak tahu perkembangan dunia , cewahh hahahah lagi satu die nie suka buat segmen termasuklah segmen yang aku tengah tulis sekarang nie , hahahaha , okay aku pilih blog die sebab aku rase die boleh menjadi seorang blogger yang profesional and termantopp dalam malaysia ! 

Kyros Kebab

Assalamualaikum , woah lame tak jumpa denga korang semua , arini aku nak share something kat korang , hahahah cuba korang teka ? hahah confirm korang tak tahu punyer hahaha arini aku nak share about Food atau dalam bahasa melayu nya Makanan atau pon lebih famous jika di panggil Makang bagi orang orang yang duduk di negeri Terengganu , 

Owh yeah sebut pasal Terengganu , belum lambat jika aku ucapkan Tahniah untuk pasukan bola sepak negeri Terengganu , kerana telah berjaya menumpasakan Kelantan , Terima kasih juga kepada Daudsu kerana telah menjaringkan gol sendiri masa perlawanan aritu , hahahahah , 


Eh aku nie ! aku rase dah lari tajuk nie ,hahahah sorry sorry , okay berbalik pada entri Makanan atau Makang , sape dekat sini penah makan Kyros Kebab sila angkat laptop atau pc anda semua , hahahah , pada korang sedap x ? hurmmm kalau korang tanya aku confirm aku akan kata Sedap hingga menjilat ibu jari kaki ! hahahahah .

So kat sini aku nak share kan Pictures aku makan kat Kyros Kebab , hahahah so kepada korang yang membaca please sediakan tisu kot kot lah air liur korang meleleh , karang sia sia jew keybord korang bau air liur yang tak berapa nak sedap tu , hahahahha 



Cuba korang teka berapa harga semua makanan kat atas nie , hahahha Murah jew beb , tak sampai RM 20 ringgit pon , so apa lagi jangan lupa try kalau jumpa Kyros Kebab nie . Jangan lupa nantikan post entri Holiday aku , Tunggu jangan tak tunggu .

Wednesday, June 8, 2011

Serius Aku Takde Idea !

Assalamualaikum semua , 
Hurmm minta maaf sebab sejak kebelakangan nie takde post , hahhah korang tahu tahu jelah sebab apa takde post , well kekurangan idea , aku nie bukanlah macam Ben Ashaari yang sentiasa ade idea 24 jam , hehehe.
Hurmm korang mesti penah kekurangan idea kan , tak tahu nak post ape , well biaselah tu , kita manusia biasa tidak mampu lari dari masalah , cewahh ayat aku skema doii . huhuhu

Yeah aku terlupa nak bagitahu korang yang esok aku nak pergi Holiday ! yeyyyyy , tempat ? biarlah rahsia , hahah nanti aku bagitahu lah , ishhh tak sabar sabar nak tahu .. Hurmm korang cuti 2 minggu nie tak kemane kew ? kalau ade mohh lah kita share , alaaaaa sharing is caring kan kan kan ! 

Tapi kan ramai yang kata cuti kali nie membosankan , hurmm kenapa boleh jadi sampai macam tu sekali ?
Tapi bila difikir fikir balik patutlah bosan , mak bapak dieowang tak bawak anak anak mereka bercuti ! hurmmm so salah siapa di sini ? anak mereka or parent mereka ? entahlah malas nak pikir panjang panjang !

So sampai disini aje lah post aku untuk kali nie , kalau ade benda benda yang menarik , jangan lupa share dengan aku , ingat satu perkara 
"SHARING IS CARING "

Sunday, June 5, 2011

Sabhi Saddi Add Facebook aku !

Assalamualaikum kepada pembaca blog ezad izzuddin , woahh arini aku happy :)
Nak tahu kenapa ? hurmmmm cuba korang teka , hahahahah aku tahu korang mesti tak kan dapat teka punyer, 
Okay okay aku story kat korang , penah nak tak di antara pembaca blog ezad izzuddin nie Account Facebook die penah di Add oleh artis terkenal , hahahha confirm korang akan kata , Hah ? elehhh artis sekarang sombong mane nak add orang ! hahahaha ternyata pendapat korang tu salah ..

Pagi tadi aku terkezuttt gile tahap terjun lombong sebab aku check friend request aku yang banyak gile tuhh , cehh bangga jap , dengan tak di sengaja aku scroll kebawah , aku jumpa sorang mamat nie , Aiseymennn muka macam penah aku lihat , stalker punyer stalker akhirnya baru aku tahu , mamat nie lah yang penah datang ke rumah kaca Akademi Fantasia 9  , Orang yang aku maksudnya tu adalah Sabhi Saddi ala die nie penyanyi and kalau korang perasan sebelum die menceburi bidang nyanyian die nie penah join penari Adam AF2 ..

So aku malas nak cite banyak banyak karang nanti korang muntah pulak tengok aku membebel jew dari tadi , so aku nak tunjukkan bukti Sabhi Saddi  nie add aku , (print screen)  ..


Amacam percaya tak , nie bukan aku main main tau , nie barang bukti ( macam CSI ) .. Aku tahu korang mesti cakap elehh entah entah orang lain yang menyamar jadi Sabhi Saddi then add Facebook kau ! 
Hello aku ade bukti lain lah , jap jap aku upload 


See nie first account die , Tengok tuh die tulis ape
 "UNTUK SIAPA2 YANG TAK BOLEH ADD FB NI SBB DH PENUH , ADD MY 2ND ACCOUNT SABHI SADDI 11"


So terserah korang nak percaya atau pon tak , huhuhuhu aku tak paksa pon nak suruh korang percaya kat aku . Hurmm yang penting aku terus approved die , then aku tulis kat wall die 
"Thank Add Bro :)"

Saturday, June 4, 2011

Dragon Fruits

Dicuri Dari Mr Google

DRAGON FRUITS
Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini ,
Woahh mengikut kajian Antarabangsa , terdapat banyak  zat-zat and vitamin dalam buah buahan seperti orange , apple dan Dragon Fruit ( buah naga ) , so korang mesti dah tahu kan post aku kali ini ape , huhuhu ..

Perghh mantap ! aku baru jew abis makan buah naga atau nama saintifik die dragon fruit , tak terkata doe begitu nikmat dan lazatnya aku makan , bhahahah kau ade ? xde kan , ape lagi cepat cepatlah beli , owhh yeah di sini aku ingin menyatakan serba sedikit mengenai Buah Naga 

WIKIPEDIA
Buah Naga adalah buah daripada sejenis pokok kaktus. Ia ditanam secara komersial di Vietnam dan Australia, walaupun ia berasal dari Amerika Selatan. Buah naga yang matang adalah seberat lebih kurang 400 gram tetapi ada juga yang membesar sehingga lebih satu kilogram!
Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.

ZAT MAKANAN
Zat makanan lain yang terkandung di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.
Industri buah-buahan di luar negara menggunakan buah naga dalam pembuatan wain. Selain buah, bunga dan batang buah naga daripada spesies Selenicereus grandiflorus khususnya, digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan yang memberikan kesan baik pada salur darah koronari dan menggalakkan peredaran darah yang baik di dalam tubuh.

So aku dah bagi serba sedikit mengenai Buah Naga ( Dragon Fruit ) harap korang paham , so sampai disini jelah entri aku untuk kali ini , kalau rajin jangan lupa komen post ini , terima kasih 

Friday, June 3, 2011

BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO


Assalamualaikum kepada pembaca blog ezad izzuddin , yeah bertemu kita lagi pada hari ini , korang mesti nak tahu kan kenapa aku letak gambar Bro otai kita nie , hahahha kalau korang nak tahu , bro otai kita nie buat satu segmen , a'aha nak tahu segmen ape ?

Kalau korang nak tahu segmen ape korang kena lah pergi ke blog beliau :

So macamane , owh yeah kalau nak masuk segmen nie korang kena undi tau , cewahhh undi secara paksa atau rela pon tak kisah , bahahhaha , then kena lengkapkan satu ayat , nak tahu ayat ape ? 
Saya suka blog.... kerana....

Kalau pada saya , ceh bertukar pada mood "saya" , Saya suka blog kerana blog ini adalah tempat untuk kita melepaskan segala perasaa yang terpendam , dengan adanya blog kita dapat berkongsi masalah dengan pembaca pembaca di blog kita ini .

Tak payah lah solat jumaat !


Salam Jumaat kepada semua pembaca blog ezad izzuddin , 
Aiseymenn masih ade lagi kaum adam tidak mengerjakan solat jumaat , ish ish ish apa nak jadi lah nie memalukan kaum jew .. Sebagai contoh tadi semasa aku pergi kew salah sebuah masjid di area taman aku , ramai budak budak especially golongan remaja duduk melepak , 

Aku sengaja dok lama lama kat luar masjid tuh , bahkan azan dah berkumandang dieowang masih lagi lepak and  bergurau senda , hurmmm sungguh tak di sangka . Aku bukannya nak jadi ustaz kew atau nak bagi ceramah , just aku nak kata berubah lah jangan dok buat kerja kerja macam tu lagi , 

Tugas kita sebagai umat di muka bumi adalah melakukan perkara yang suruh oleh allah dan meninggalkan perkara yang di laranginnya , So kesimpulannya disini , kita seharusnya melakukan amal ibadat dan meninggalkan segala bentuk kejahatan atau kemurkaan di muka bumi ini .

SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN

Tuesday, May 31, 2011

Apabila Burung Sudah Marah


ANGRY BIRD
Selamat Petang semua , woahhh pagi tadi bukak fb , then godek punyer godek akhirnya jumpa satu game best nie , nama game di angry bird .

Game nie tersangatlah best , kelakar pon ade , well kalau korang tak percaya , korang try lah main at fb , confirm dok melekat jew 24 jam , hahahhaha aku rase game nie lagi best dari Farmville , 
To all readers cuba jangan tak cuba , 

NOTE : Well fan page blog ini dah mencecah 100 orang , terima kasih yang dah meng-like

Monday, May 30, 2011

Akhirnya


Alhamdulilah , akhirnya dapat jugak aku makan kuih kaswi , tak sangka bapak aku cari seluruh taman semata mata nak bagi anak lelaki kesayangan die nie makan kuih tu , terima kasih banyak banyak to my papa ..Hurmm setelah berminggu-minggu aku cari kuih nie , tapi tak jumpa jumpa akhirnya jumpa jugak dekat gerai mak cik juling , thankz tu mak cik juling kerana menjual kuih kaswi nie , hahahha 

Aku memang dah lame aim jew kuih nie , kalau korang nak tahu dulu aku selalu cakap nama kuih nie "kuih kentut" hahah sampai bergaduh gaduh dengan mak aku , and then baru aku tahu , nama sebenar kuih nie , hahahha itu pon aku search sendiri , malas nak tanya mak aku karang gelak besar die , hahah bodoh sungguh aku nie , nama kuih pon aku tak tahu , tapi tahu makan , adoyaiiii , kahkahakah 

Apa-apa pon sekali lagi aku nak ucapkan terima kasih dekat bapak aku and makcik juling kerana menjual dekat gerai mak cik , you kuih so awesome mak cik ! hahahahh ... nak tahu tak cara -cara membuat kuih nie , hahaha disebabkan mood aku baik arini aku tunjukkan :

Bahan A 
450 ml air 
350 gram gula melaka
240 gram gula pasir 
*satukan bahan tersebut masak sehingga gula larut, then sejukkan sebentar*

Bahan B
190 gram tepung 
120 tepung kanji 
60 gram tepung beras
900 ml air
1 sudu makan air kapur 
2 sudu makan air abucang *search kat internet*
2 sudu makan pewarna coklat

Cara Membuat 
Satu kan kesemua bahan A dan bahan B lalu ditapis , kukus hingga masak , jika anda menggunakan acuan kecil masa mengukus kirakira 15-20 minit .manakala acuan besar kirakira 30-40 minit , setelah siap dikukuskan , hidangkan bersama kelapa putih parut yang dikukus terlebih dahulu dah bubuh sedikit garam . 
So Selamat mencuba .

NOTE : Sejak bila blog aku jadi blog masakan nie , hahahah nie mesti angkara Mat Gebu

Betul ke Pizza Hut Tidak Halal ?


SHORT ENTRY

Aku paling tak suka cuti , sebab cuti lah berat badan aku confirm  naik . mana tidaknya pizza hut jew  , 2 pizza sekali gus , woahhh bentak dibuatnya , ahahha , well makan makan juga senam kena selalu , hahah itulah yang selalu aku perkatakan bila aku ter-overdose makan ,hahaha 

Actually aku sebenarnya kekeringan idea , so aku nak minta tolong kat korang , please lah tolong bagi idea kat aku sikit , hahhaah especially blogger blogger otai . hahahah , owh yeah jangan lupa untuk LIKE fan page blog ini , ala click aje like yang kat tepi tuh , abis cite , hahahah , kalau korang click nanti aku buatkan satu entri khas untuk korang semua .

NOTE : kawan aku dah selamat tiba di Beijing , aku bile lagi ? 



Saturday, May 28, 2011

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Good Morning
Yeah cuti sudah bermula , well biasalah tuh bangun lambat sikit , arini bangun bangun jew terus capai lappy sebab nak bagitahu something kat korang . Ala aku yakin korang pon confirm dah tahu apa yang aku nak bagitahu nie , 


Blog Akan Dipadam Selepas 25 Jun 2011 ?

Whats going on ? hahahh adakah itu suatu permainan Google , hurmmm i dont think so ! kalau korang nak tahu 25 jun 2011 mungkin blogspot akan ditamatkan akses kerana google telah hampir menamatkan perkhidmatan e-mailnya untuk log in ke blogspot ...

Aku akan memberi sedikit maklumat tentang blogspot kepada korang :
Dahulunya Blogspot ini merupakan antara perkhimatan pertama yang dibeli oleh Google. Tapi sehingga kini blogspot masih boleh diakses menggunakan email perkhidmatan yang mereka gunakan dahulu sebagai contoh; email yahoo.com. Namun, kini Google telah hampir menamatkan akses bagi perkhidmatan email lain untuk log in ke Blogspot. 

Pihak Google akan memadam Blogspot yang didaftar selain daripada gmail selepas 25 Jun 2011. Jadi, bagi mereka yang masih menggunakan email yang lama, anda perlu bertukar ke akaun Google atau akaun anda akan dipadam bersama-sama blog yang telah didaftarkan. Google kini memberikan penekanan serius untuk mendaftar menggunakan akaun Google selepas 8 tahun memberikan perkhidmatan sokongan akaun lain. Amaran berbentuk begini juga telah diberikan bagi pengguna Youtube.

Haha , kalau korang nak tahu , disebabkan kenyataan ini lah , aku terus bertukar dari memakai Yahoo.com  ke Gmail.com .. Sedihh owhhh dah nak dekat 4 tahun aku pakai Yahoo.com , tetiba jew jadi macam nie , tapi takpe bagi memudahkan semua sistem blog aku nie , aku nekad untuk mengubah e-mail aku .

So semuanya terserah pada korang semua , nak percaya atau tidak , tapi kalau pada tarikh tersebut blog korang tak boleh bukak jangan salah kan aku pulak , hahahah , so aku nak bagi satu nasihat kat korang semua , buat persedian awal sebelum terlambat 
Credit to : MyungDAE