Monday, July 11, 2011

Konsep kesederhanaan

Selamat Petang kepada semua pembaca blog ini , terima kasih kerana menyingah dan membaca blog yang tak seberapa nie , korang semua dah makan belum ? hahah kalau aku jangan tanyalah ! setiap jam confirm melahap jew , adoyaii macamane nak kurus kan kalau perangai asyik sama macam nie ..hahha 

Hurmm sekarang dah bulan 7 , ish ish ish rase macam sekejap jew kan , tulah dunia berputar tanpa henti kita yang dok di muka bumi nie pon tak terasa peredarannya kan ! Tup Tup bulan depan dah nak puasa , then bulan depan lagi raya , woahh tak sabar rasenya kan .. Now tengok kat shopping complex semua dah jual barang barang untuk puasa dan raya , woahh bersemangat dieorang nie semua , 

Aku pon ape lagi , join sekali hahahah , but yang sedihnya raya tahun nie aku kena pakai baju raya tahun lepas coz bajet lari sikit *bak kata mak aku* , elehhh chill cool buat bodo jew , buat pew nak pakai baju mahal mahal yang harga sampai RM 200 > ke atas ..membazir duit jew . kite pakai just pergi and balik solat raya then tukar baju T Shirt yang korang beli kat shopping complex .. tak kew aspek membazir dan konsep kesederhanaan di ambik kira kat situ ... huhuhu tetiba pulak aku masuk bab Ekonomi Asas kat sini ..Hahah .

Tak lupa juga disini , semasa kita membeli juadah berbuka puasa , walaweiii tak sah kalau tak penuh satu meja makan korang tu kan ! dengan air soya cincau nya , murtabak , roti bomm , woahh nie makan  untuk mengalas perut kew atau melahap ? hahaha .. ingat satu perkara yang nak aku sampaikan kat korang , kalau korang dah melahap juadah berbuka puasa yag banyak tu kat umah , boleh kew korang semua nak menunaikan solat terawih 20 rakaat tuh ? haaaaa dari sini kita dah nampak keburukan membeli terlalu banyak juadah berbuka puasa .. 

Aku disini ingin mengingat-ingatkan antara satu sama lain . tiada maksud lain , so kepada sesiapa yang terasa tuh pandai pandailah korang cover malu sediri ehh ! Ingat kalau terjadi ape ape kepada pengunjung yang singgah dan  membaca disini adalah tangungan sendiri .Aku akhiri dengan serangkap pantun yang paling hot dan femes waktu bercinta-cinta zaman budak kecik dahulu kala .hahahaha .Pecah kaca , pecah gelas , harap baca , harap balas ..