Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432 Hijrah


Dengan ini anak bulan telah kelihatan menandakan bahawa tarikh untuk umat islam berpuasa adalah pada 1 Ogos 2011 ( isnin ) bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432 Hijrah

Yeay esok puasa ! tak sabar nak sahur pagi esok ... so di kesempatan ini aku ingin memohon maaf jika aku ade terkasar bahasa kat korang , hope korang dapat maafkan aku ....Ingat ! puasa jangan tak puasa ..Bak kata orang dulu-dulu , siapa yang tak puasa tak boleh raya ...hahahah ..Jangan buat perkara yang dilarang oleh allah , ingat walaupun setan di ikat ketat ketat , nafsu tetap berkuasa tahu !  Selamat Berpuasa Kepada Semua Umat Islam Di Seluruh Negara 

 

Abaikan gambar di atas , hahahah ! So kawan kawan ingat semasa berbuka puasa janganlah kite makan terlampau banyak just hanya sekadar mengalas perut sahaja ..Renung-renungkan dan selamat beramah .

-Jangan lupa pergi terawih dan niat puasa yerr kawan kawan-

Wednesday, July 20, 2011

Hi How Are You ?

VIRUS VIRUS VIRUS ! 


Yeah mesti korang dah tahu kan , tajuk arini yang aku nak bincangkan kat korang semua ..Yeah ianya tentang Virus facebook yang paling latest sedang melanda kat semua pengguna laman sosial Facebook ! Hahah cerita die macam nie , ari ahad aritu aku tengah main poker , Then tetiba aku dapat IM Chat dari sorang kawan aku yang tak pernah pon bercakap dengan aku melalui IM Chat .. 

First thing , dalam pikiran aku , aiseymenn budak nie sihat kew tak , tetiba jew chat aku .. hahaha yang kelakarnya tak penah penah cakap inggeris tetiba cakap inggeris dengan aku , hahahah lain lah macam aku nie , inggeris pon berterabur * dulu-dulu tak ambik english education* kat sekolah .. hahaha 

Die tegur aku , Hi how are you ? then aku pon balas seperti gambar yang di atas ... hahahah then aku dah agak dah nie mesti virus ..sebab cara die cakap tak kan skema sangat , sah sah account budak nie dah kena hack . so kepada sesiapa yang dapat IM Chat macam aku nie better korang semua ignore jew .. And then aku nak ingatkan korang semua jangan sesekali tekan or click link yang die bagi , kalau korang semua click link tu , korang just say good bye jelah account facebook korang tu ... dah tak lame dah tu ..So jom lah kita share menge-share korang pernah tak dapat IM Chat macam aku nie ? 

-Wassalam-

Saturday, July 16, 2011

Kelebihan Dan Keistimewaan Bulan Syaaban Dan Nisfu Syaaban .

BULAN Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam sama seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah..Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih banyak berpuasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan..Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan..Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak puasa sunat, bertaubat dan beristiqhfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya..Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati membesar serta mengagungkan Allah.Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia..Selain itu allah tidak mengampun kan dosa 6 orang pada malam nisfu syaaban iaitu Orang yang kekal minum arak , orang yang derhaka kedua ibu bapa , orang yang kekal dalam zina , orang yang berkelahi , orang yang melakukan perjualan dengan sumpahan yang dusta dan orang yang memperlakukan orang supaya berkelahi .

Nabi bersabda, "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn 
Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani)

Note : 
So di kesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog aku jika selama aku berblog ini aku ade berbuat salah atau terbuat salah kat korang semua , hope korang semua dapat maafkan aku ..mungkin ade yang terasa hati atau terguris hati jika aku ade tersalah tulis dalam post-post aku yang lepas , so aku ingin minta maaf sesangat jika aku ade buat salha kat korang semua .


Friday, July 15, 2011

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 2011

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca setia blog ini .. hurmmm aku tahu orang yang beragama islam mesti dah tak sabarkan nak berpuasa .. hahahha yeah pejam celik pejam celik hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk kita semua berpuasa , woahhh aku dah tak sabar nak sembahyang terawih nie .. hehehhe so disini aku show off kan kepada korang jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun 1432H/2011 .

Hahaha macamana ? mesti korang dah tak sabar-sabarkan , mana tidaknya sebut pasal puasa jew kita mesti terbayang woahh Bazar Ramadhan , mesti ade banyak makanan macam macam ayam golek , murtabak , roti john  air soya cincau , woah aku yang tulis nie pon dah terliur nasib bukan bulan puas lagi , heheheh so sudahkah anda semua bersedia untuk berpuasa dalam masa 2 minggu lagi nie ? semuanya terletak di dalam diri anda ! 
-Selamat Berpuasa-

Thursday, July 14, 2011

Kad Pengenalan Bekas Perdana Menteri Malaysia .

Selamat Sejahtera kepada semua pembaca setia blog ini , pernah tak anda semua terpikir bagaimana serta macamana rupa bentuk kad pengenalan bekas-bekas perdana menteri kita ? Haaa ! so pada hari ini secara eksklusif aku akan tunjukkan kepada korang bagaimana dan macamana rupa bentuk kad pengenalan bekas perdana menteri kita ..

Kad Pengenalan Tunku Abdul Rahman 
 Kad Pengenalan Tun Abdul Razak 
 Kad Pengenalan Tun Hussein Onn
 Kad Pengenalan Tun Mahathir Mohamad
Kad Pengenalan Tun Abdullah Badawi 

Note :
So Macamana ? Hensem hensem kan kesemuanya , mesti korang perasan kan dimana serta kemana kad pengenalan Najib Tun Razak perdana menteri kita yang sekarang nie ? Hahaha dengan pantas aku menjawab mungkin kad pengenalan atau i/c die hilang kot , tapi takpe di maafkan kalau hilang cepat cepatlah baharui balik ehh ! Hurmm pada aku lah kan antara bekas perdana menteri kita yang paling hensem dan kacak adalah  Tun Mahathir Mohamad , setuju tak ? kalau tak setuju , sila komen entri nie, siapakah pilihan anda semua . Terima Kasih 

Wednesday, July 13, 2011

Ekin & Mawi Akan Menimang Anak ?


Sudah lama tak kedengaran cerita Ekin & Mawi selepas mereka berdua berkahwin. Rupanya, kedua-dua pasangan ini sedang berada dalam mood kegembiraan apabila Ekin telah disahkan hamil 7 minggu oleh doktor, kira-kira 2 minggu lepas.
Penantian selama 3 tahun nampaknya berbaloi, kami pasti Ekin & Mawi amat teruja dengan kehadiran orang ketiga dalam keluarga mereka, nanti. Walau bagaimanapun, Mawi tampak gusar dengan berita kehamilan ini, apatah lagi sebelum ini Ekin pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali.
Untuk Maklumat Lanjut Click Link Di Bawah 
 Note : 
Woah bertambah-tambah world lah si mawi nie ehh ! Agak -agak bila lah si mawi nie nak ade rambut ? hahahah aku harap lepas si ekin nie beranak harap harap si mawi nie tergerak hati nak bela rambut die sampai panjang , huhu bosan aku tengok gaya rambut die yang botak tuh .. hahahha Oh yerr aku dengar-dengar ramai kat luar sana  yang dah mula tak minat atau dalam bahasa kasarnya sudah muak melihat die , Betul kew ? kalau ade yang sudi menjawabnya sila lah komen yerr ! huhuhuhu

Monday, July 11, 2011

Lagu Negaraku Dipersendakan ?


KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya. 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim, berkata laporan itu dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak semalam.
"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.


Note :
Ish ish ish , ape nak jadilah dengan budak-budak zaman sekarang , belajar tinggi-tinggi sampai tahap Universiti tapi otak still manteliti tahap ketiga atau cetek ...Nie semua akibat terpengaruh dengan politik-politik yang tengah hangat berlaku lah nie .

Konsep kesederhanaan

Selamat Petang kepada semua pembaca blog ini , terima kasih kerana menyingah dan membaca blog yang tak seberapa nie , korang semua dah makan belum ? hahah kalau aku jangan tanyalah ! setiap jam confirm melahap jew , adoyaii macamane nak kurus kan kalau perangai asyik sama macam nie ..hahha 

Hurmm sekarang dah bulan 7 , ish ish ish rase macam sekejap jew kan , tulah dunia berputar tanpa henti kita yang dok di muka bumi nie pon tak terasa peredarannya kan ! Tup Tup bulan depan dah nak puasa , then bulan depan lagi raya , woahh tak sabar rasenya kan .. Now tengok kat shopping complex semua dah jual barang barang untuk puasa dan raya , woahh bersemangat dieorang nie semua , 

Aku pon ape lagi , join sekali hahahah , but yang sedihnya raya tahun nie aku kena pakai baju raya tahun lepas coz bajet lari sikit *bak kata mak aku* , elehhh chill cool buat bodo jew , buat pew nak pakai baju mahal mahal yang harga sampai RM 200 > ke atas ..membazir duit jew . kite pakai just pergi and balik solat raya then tukar baju T Shirt yang korang beli kat shopping complex .. tak kew aspek membazir dan konsep kesederhanaan di ambik kira kat situ ... huhuhu tetiba pulak aku masuk bab Ekonomi Asas kat sini ..Hahah .

Tak lupa juga disini , semasa kita membeli juadah berbuka puasa , walaweiii tak sah kalau tak penuh satu meja makan korang tu kan ! dengan air soya cincau nya , murtabak , roti bomm , woahh nie makan  untuk mengalas perut kew atau melahap ? hahaha .. ingat satu perkara yang nak aku sampaikan kat korang , kalau korang dah melahap juadah berbuka puasa yag banyak tu kat umah , boleh kew korang semua nak menunaikan solat terawih 20 rakaat tuh ? haaaaa dari sini kita dah nampak keburukan membeli terlalu banyak juadah berbuka puasa .. 

Aku disini ingin mengingat-ingatkan antara satu sama lain . tiada maksud lain , so kepada sesiapa yang terasa tuh pandai pandailah korang cover malu sediri ehh ! Ingat kalau terjadi ape ape kepada pengunjung yang singgah dan  membaca disini adalah tangungan sendiri .Aku akhiri dengan serangkap pantun yang paling hot dan femes waktu bercinta-cinta zaman budak kecik dahulu kala .hahahaha .Pecah kaca , pecah gelas , harap baca , harap balas .. 


Saturday, July 9, 2011

Perhimpunan Bersih 2.0

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog , so semua mesti dh tahu kan top top stories blog sekarang pasal ape ! a'aha betul sangat lah tu kalau ade yang menjawab pasal Perhimpunan Bersih 2.0 .. Adoyaii ape kes lah dieorang semua nie siap buat perhimpunan bagai nie , mcamane lah rakyat nak bersatu kalau ade jew perhimpunan haram macam nie , harap nama jew bersih ..

Sebagai contoh pagi tadi aku dengan family aku nak kew Hukm , perghh punya lame masa nak sampai kat Hukm tuh , ade kew patut pukul 7.30 pagi keluar rumah sampainya pukul 12.30 tengah hari baru sampai kat Hukm .. Jalan jem teramat sangat , last last ade polis buat roadblock , ayakkkkk 4 lorong jadi 2 lorong , mau tak jem .. lenguh kaki tambah pula sampai ade yang kebas kebas kat bontot tuh ..kalau lah kes macam aku rase kalau ade yang nak ter-beranak tuh confirm bersalin kat dalam ambulans paling tidak pon atas jalan raya pon boleh lah ..

Tambahan pula , cuaca yang teramatlah panas macam kat padang pasir , but sabar jelah , nak buat mcmane , benda dah nak jadi , nak salahkan sape ? please lah salahkan Perhimpunan Bersih 2.0 tu ahh ! disebabkan dieorang lah rakyat semua tak boleh keluar rumah , kena tempuh jem yang luar biasa , peniaga-peniaga kecil rugi besar dan pegawai-pegawai khas yang terpaksa kerja 24 jam duduk di bilik bilik gerakan khas .Bak kata pepatah melayu "Disebabkan Nila Setitik , Rosak Susu Sebelanga" 

So aku terpaksa lah duduk tengok berita tv3 sebab nak tahu perkembangan perhimpunan bersih lah sangat tuh .Kuala Lumpur seolah-olah lenggang dan lumpuh tanpa sebarang penghujung tetapi yang ade hanyalah manusia manusia yang ingin melihat pentadbiran negara kite ini berpecah belah .. Subhanalahh ! So dikesempatan ini , aku ingin menyeru supaya rakyat rakyat di malaysia bersatu membangunkan sebuah pentadbiran yang aman dan damai   . Sikap bertolak ansur amat penting di kalangan kite semua bagi menguruskan pentadbiaran , jangan asyik salah kan 1 pihak jew , kite mesti berbincang serta membuat satu conclusion yang bijak untuk sesuatu pengurusan .  seterusnya ianya tidak akan menjadi berat sebelah jikalau kite membuat sesuatu keputusan yang tepat dan bijak .

Perhimpuanan Bersih 2.0 , bersih sangat kew kalau dah penuh sampah sarap kat Kuala Lumpur tuh hasil buangan orang orang yang mengikuti perhimpunan tu . last last mat mat bangla yang tukang sapu yang kutip .
So akhir kata daripada aku , tepuk dada tanya selera , 


Friday, July 8, 2011

Blog Berwajah Baru !

klik untut tumbesaran ..

Woahh pagi nie bangun bangun jew terus capai lappy coz semalam mimpi blog dipadamkan sebab tak update begitu lama , hahahah . so rutin harian ku macam biasa lah , first buka Facebook dulu , kot kot ade Friend Request , hahahah then baru bukak blog .so nak dijadikan cerita , buka buka jew blog alangkah terkejut beruknya aku sebab blog kini berwajah baru .. 

Erk ? betul kew blog berwajah baru ?, then explore punyer explore , baru aku percaya blog kini dah berwajah baru , hurmmm pada aku lah kan , aku rase yang lame punyer lagi senang daripada yang baru nie ..tapi nak buat macamane benda nak jadi , ceh ayat takde yang lagi blaa kew ! hahahah 

Aku ade terbaca satu dua komen kat blog orang , ade sorang hamba allah nie , die kate blog uang berwajah baru nie boleh tukar kew wajah yang lame , so disini aku ingin merayu korang semua boleh tak tolong aku , tak kisah lah sape sape asalkan korang boleh tolong aku , just ajar macamne nak kembalikan blog ke wajah yang asal .

So kepada sesiapa yang tahu macamane nak kembalikan ke bentuk yang asal , please i appeal to you , please help me , pepatah blogger penah berkata , sama tolong , sama naik . maksudnya kalau kite menolong seseorang blogger itu secara tidak langsung ianya akan menaikan trafik di blog anda .. ( pepatah ape lah yang aku sebat nie )