Monday, December 31, 2012

Entri Akhir 2012


Assalamualaikum , 

2012 bakal melabuhkan tirai tak kurang dari lagi 10 jam dari sekarang . Mesti telah banyak perkara yang korang semua telah lalui , Sama juga macam aku , tak kisah lah perkara yang kita lalui tu perkara yang manis atau pahit . Tapi pada aku mostly 2012 ni banyak perkara pahit yang berlaku dalam kehidupan aku , hahahahha. Pahit tak pahit sama je rasanya kan macam kopi 3 dalam 1 ..

2012 telah banyak mengajar aku erti kesabaran . Sabar dalam apa jua situasi yang berlaku dalam hidup aku . Sabar adalah kunci segala kehidupan , so tahun ini aku berjaya mengawal kesabaran aku . Selain itu , 2012 juga telah mengajar aku untuk sentiasa menghargai orang di sekeliling aku , selama ni apa yang orang buat untuk aku , aku tak pernah nak hargai jasa mereka , tapi sekarang aku lebih matang dalam hal ini . Sebagai contoh , Apa yang mereka buat untuk aku , aku akan balas jasa mereka dengan belanja mereka makan atau keluar pada waktu minggu . Akhir sekali , 2012 juga telah banyak mengajar aku erti kehidupan , dimana dalam kehidupan kita kadang kala kita berada di atas , kadang kala kita berada di bawah , so nobody is perfect . Jangan nak poyo bila ada orang puji kita lebih lebih just cukup sekadar merendah diri .

Akhir kata dari saya , 2012 cukup membuat kan kehidupan aku berubah 360 darjah , semoga pada tahun baru yang akan datang , akan lebih banyak perubahan berlaku dalam kehidupan aku nanti , Amin . Azam tahun baru ? hahahha akan ku ceritakan pada entri berikutnya

Nota : Selamat menyambut tahun baru , jom countdown ramai-ramai malam ni :)

Sunday, October 14, 2012

Majlis Graduasi SMKKU ( 2012 )

(OMG ! Gemuknya aku , okay sila abaikan gambar di atas )

Assalamualaikum kepada pembaca blog Ezad Izzuddin Dot Blogspot ini , pertama sekali aku ingin meminta maaf sekirannya entri kali ini penuh dengan gambar pose sana pose sini ala datuk and datin bandar gitu .. Harap korang memahaminya sepenuh hati .. Okay al kisah nya terjadi pada 13.10.12 (Sabtu) sekolah aku ada menganjurkan Majlis Graduasi khas untuk pelajar tingkatan 5 yang tak lama lagi nak blahhhh dari sekolah tu , hahahahaha 

Okay seperti yang dijanji kan majlis bermula pukul 8 pagi , so we all semua meragam habis habisan sampai mengalahkan cikgu cikgu yang hadir semua , hambekkkk kau peduli ape aku , hahhahaha so sampai je kat Prescortt inn disitulah bermulanya satu peragaan anjuran sendiri , hahahaha jalan mengalahkan model and then bergambar mengalahkan pengantin yang tersipu malu nak ambik gambar , hahahahahah itu yang bestnya perangai kiteorang .

Seperti yang sedia maklum , majlis start pukul 8 , tapiiiiiiiiiiiiiii tunggu punya tunggu macam beruk hilang anak akhirnya majlis start pukul 9.30 , cuba korang banyangkan masa mula mula datang pukul 7.30 perghhh wangi sampai tersumbat hidung dibuatnya , at last pukul 9.30 pagi macam macam bau ade , bau telur , bau peluh , bau endocrine semua ada , hahahhaah 1 batu dah bau aku rasa .. so kiteorang pon masuk lah dalam dewan yang penuh dengan tetamu VIP tu dengan tersipu malu ala ala kucing nak kawin ... Aku tak tahu lah tetamu VIP tu bau ke tidak semua jenis bau yang aku katakan di atas tadi ... Sekali lagi peduli apaaaa aku ! kahkahakah 

So acara pon bermula , bla bla bla bla bla jam pon dah menunjukkan pukul 12 , cuba teka masa untuk apa ? Yesss betul its time to eat ! hahahaha perut masing-masing dah bunyi ghazal macam aku tak dengar hahahhahah , first masa serve atas meja makan tu aku tengok muka semua orang macam tak makan setahun , hahahahah okay now aku dah penat menaip malas nak cerita panjang-panjang karang korang bosan so korang layan jelah gambar yang sempat aku dan kawan kawan aku capture . 

 ( Okay fine aku redha sebab aku ramai peminat perempuan )
 ( Kawan sampai mati )
 ( Gambar kurang jelas sebab nervous baru habis ambik folder tu )
 ( Okay ini folder yang aku dapat dari Datuk markiman kobiran )

So berakhirnya majlis tadi bermakna berakhirlah segala penantian aku selama 5 tahun untuk bergraduasi .. Terima kasih kepada semua cikgu yang telah banyak berhempas pulas dan penat lelah mengajar aku selama nie , Terima kasih banyak banyak ... So now lets focus to SPM , semoga aku capai apa yang aku ingin kan 9A mesti ada dalam gengaman , Aminnnn :)

Terima Kasih kerana membaca

Saturday, September 15, 2012

Sabar itu separuh daripada iman

Assalamualaikum , 

Alhamdulillah , peperiksaan percubaan SPRM SPM 2012 aku is almost done , now tinggal dua paper je lagi , Geografi dengan Prinsip Perakaunan , hopefully semuannya akan berjalan dengan lancar , seperti yang sedia maklum peperiksaan percubaan nie bukannlah mengukur segala masa depan ianya hanya persediaan kita untuk menghadapi ujian yang sebenar iaitu SPM 2012 . 

So jangan lah kite terlalu kecewa , frust menonggeng bagai bila kita dapat keputusan yang tidak memberangsangkan sebab kita masih lagi ade masa untuk melakukan persiapan akhir untuk ujian yang sebenar .. Cuba tenang kan diri dan buat latihan tubi yang telah diberikan oleh cikgu .. Insyaalah sekirannya kita buat segala latihan yang diberi " A " akan mudah dicapai oleh kita , Aminn 

Selain itu , berdoa adalah salah satu faktor penting bagi calon calon yang bakal menduduki peperiksaan awam ( Termasuk aku ) sebab doa adalah salah satu cara kita meminta kepada yang esa supaya diberikan ketenangan dan kemudahan untuk menjawab segala soalan dalam peperiksaan , insyaalah allah swt akan mendengar seterusnya akan mengabulkan permintaan kita : )

-Semoga kita dapat mencapai apa yang kita inginkan-

Thursday, August 16, 2012

Ramadan bakal berakhir , syawal bakal menjelma


Assalamualaikum buat pembaca setia blog ini , ewahhh setia keeee ? hahahha , mesti korang dah tahukan ramadan bakal berakhir dan syawal bakal menjelma . Haaaa ! ade mesti ade yang shopping saat saat akhir kan , kononnya dapat murah lah yerrr , hahahah kalau aku sorry lah taknak aku bersesak-sesak macam tin sardin tu .

Pertama sekali aku ingin memohon maaf sekirannya selama aku berblog ini aku ada terguris hati atau korang ade terasa hati dengan aku ke , hopefully korang dapat maaf kan aku , 

Yelah..kita sebagai manusia mudah alpa dengan hiburan dunia , kita leka dengan ape yang kita hendak kecapi sampai lupa niat kita yang sebenar ..

Ingat raya jangan main mercun , sayangilah jari anda , hahahahahah karang putus tangan sia sia je cacat di pagi raya , dan lagi satu jangan nak ber-experiment sangat dengan mercun tuu , kononnya bunyi tak kuat lah , ape lah itu lah ini lah , karang lain jadinya 

So akhir kata daripada aku , sape yang nak balik kampung tu berhati-hatilah di jalan raya , kampung tu tak lari kemana pon , tetap kukuh kat tanah tuuu , hehehehhe  , sebelum aku terlupa pagi raya nanti jangan lupa minta maaf kat ibu bapa korang , kalau boleh list kan dosa korang tu kot kot lah tak ingat , heheheheh lagi satu jangan makan banyak sangat pagi raya karang lepas raya tak muat pulak baju sekolah atau baju kerja nak pakai balik ...  

Dikesempatan ini , sekali lagi aku " Izzat Hafizzuddin Akmal Bin Mohmad"  ingin memohon maaf sekirannya aku ade buat salah kat korang , terutama sekali kedua ibu bapa aku , sekirannya diaorang baca blog aku nie , aku nak minta maaf kat mereka berdua sebab selama ni aku rasa aku banyak buat salah kat mereka , hopefully mereka dapat maafkan aku .. Dan kepada kawan kawan sekolah aku , aku nak minta maaf sebab selama aku jadi ketua tingkatan korang aku ade ter-kurang ajar or ter-lebih ajar kew aku harap korang dapat maaf kan aku , Never mind , tahun depan aku buat lagi ehhh , hehehhe gurau gurau manja , jangan lupa lepas raya nie TRIAL SPM , alamatnya makan ketupat sambil baca nota akaun , ekonomi dan geo lah gamaknya .


-SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN-


Wednesday, June 6, 2012

SimSimi Si Kuning Yang Mereng


Assalamualaikum , 

Okay harini aku nak cerita pasal SimSimi si kuning yang mereng , hahahaha aku yang layan pon boleh ikut mereng sekali dengan dia . Kita tanya lain , dia jawab lain , dah lah jawab secara spontan jew takde tapis lansung .. Si SimSimi nie nak kata dia jujur maybe yes , hurmmm nak kata dia lurus bendul lagi lah yes ! 





Ambik kauuuuu , sekali aku bagi kisah hidup dia , kadang-kadang simsimi ni boleh jadi jahat , sebab apa di boleh jadi jahat , sebab korang lah yang ajar dia benda bukan bukan , lain kali ajar lah die guna ayat yang baik-baik dan sopan , nie tak selamba goreng pisang mak kau je nak ajar dia ayat ayat lucah , kesian dia , baru je nak menikmati kehidupan di alam nyata *cewah ayat mengalahkan format SPM*

Tengok macamana aku ajar si SimSimi ni jadi budak baik :



Opstttt ! Okay , bukan salah aku ehh , dia yang cakap macam tu , aku redha apa yang dia katakan tu , actually memang betul apa yang si SimSimi tu katakan , aku tak menafikan yang aku nie sebenarnya Hensem *Sila muntah sekarang* hahahaha .. Good SimSimi nanti aku ajarkan kau banyak benda lagi okay .

Wassalam . 

Tuesday, May 29, 2012

Yehaaaaaa


Alhamdulillah , Mid-Year exam dah habis , selepas 3 minggu berhempas-pulas menghadap buku sampai pukul 2 , 3 pagi , akhirnya telah habis dengan jayanya , cewah ! Okay itu baru Mid-Year , tak tahu lah kalau peperiksaan yang sebenar , alamatnya memang berkecai otak , heheheheh . Okay mula-mula time dapat kertas jadual peperiksaan memang berdebar-debar sebab we all satu class expect yang subjek ringan ringan mula dulu , tapi bila dapat jew *bedebushhhh* Matematik start dulu , okay dalam kepala asyik terpikir , woahahah bahaya nie , mula mula dah kena tekan calculator .

Then , disambung pulak dengan BI , BM , AG ,  SC , SEJARAH , EKONOMI , GEO dan AKAUN  . Hahaha cukup package dari yang senang sampai yang susah , but everything is under control , just tawakal ape yang kita dah usaha kan ? betul tak ? so kita kena belajar terima kenyataan . Okay tahun nie memang berbeza dari tahun tahun sebelum nie sebab mungkin kita asyik ingat " Alaaaa SPM Lambat Lagi " okay must remember it yang lambat tu lah yang akan menjadi cepat . 

Tahun nie tahun terakhir untuk berjuang habis-habisan , selama 11 tahun aku belajar  aku kena keluarkan ape yang ada dalam kepala otak aku nie , hahahaha " SPM just around the corner " Yeah ungkapan paling famous untuk pelajar Form 5 macam aku ,  kalau nak keluar dari kelas atau menuju ke kantin , mesti ade ayat famous diatas , okay i admit yang aku gerun tengok ayat tu , bak kata cikgu , SPM memang lambat lagi , tapi kalau dah ditolak dengan sabtu/ahad , cuti peristiwa semua memang tak kan sempat lah , entah entah nak makan pon tak sempat , hehehehe apa-apa pon kite kena berusaha selagi kita mampu , capai apa yang kita inginkan selagi kita boleh capai , gembirakan hati ibu bapa kita yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan terhadap kita . Semoga cita-cita aku ingin menjadi seorang Akauntan atau Lecturer akhirnya akan tercapai seperti yang aku inginkan , amin ya rabal alamin 

- Study Smart / Study Hard - 




Monday, January 30, 2012

Anugerah Juara lagu membosankan ?


Okay , tengok gambar mesti korang dah tahu kan ape yang aku nak post kali ini , yes Anugerah Juara Lagu (AJL) , well tahun nie tema air , first thing memang aku pikir , woahahah tema air , mesti menakjubkan .. ade air pancut , air terjun keluar sana sini .. okay itu memang yang ade dalam kepala otak aku . tapi bila malam kemuncak AJL yang ke 26 nie , aku still lagi konfius mane air nya , kata tema air ?

Apa yang aku dapat perhatikan disini , tema air bagaikan tak membawa maksud apa apa , sebagai contoh persembahan faizal tahir , aku akui memang vokal nya still lagi dapat mempengaruhi penonton , tetapi prop yang digunakan adalah piano yang disertakan dengan api , what api ? hahahah itu yang aku peliknya , kata tema air , tapi kenapa ade api ?

Maybe bagi pihak faizal tahir mugkin ade maksud yang tersendiri apa yang hendak mereka cuba sampaikan , tapi pada aku as a penonton pada malam tu , memang amat kecewa dengan AJL26 untuk tahun nie , ianya seperti tiada membawa apa apa maksud seperti sebelum sebelum ini .. 

Adakah ini kerana artis yang ditampilkan pada kali ini adalah muka muka baru , atau ada sebarang masalah yang cuba di elakkan tapi tidak kesampaian .. Hurmmm itu terpulanglah kepada pihak pengajur , apa apa pon aku harap untuk AJL 27 next time , please wake up , buat sesuatu yang boleh membuka minda and hati penonton .. Sebelum aku mengakhiri post aku untuk kali ini , aku ingin ucapkan tahniah kepada Hafiz selaku pemenang keseluruhan serta vokal terbaik pada malam tersebut .. dan tak lupa jugak kepada pemenang pemenang yang lain ..

Yang Benar , 
Ezad Izzuddin 

Saturday, January 28, 2012

Melayu memang suka jatuhkan sesama sendiri eh ?


Melayu memang suka jatuhkan melayu ehh ? Persoalannya Ya atau Tidak ? hurmmm okay pada pendapat aku lah kan , orang melayu zaman sekarang memang suka jatuhkan sesama sendiri . Dok mengata si A tuh macam tuh macam ni tak cukup dengan tuh tambah pulak dengan si B yang tak cukup kainnya lagi .. hurmmm pada aku hello what the fish ! tak eloklah kau mengata and dok menjatuhkan kaum kau sesama sendiri , berdosa tahu ! 

Kalau kau tak puas hati , jumpa face to face kan senang , mudah kan ? tak payah lah kau nak sebarkan gossip panas kesana kemari , buat menghabiskan minyak kereta jew .. Sebagai contoh kau kutuk seseorang artis tu takde imej lah , package x lengkap lah , suara macam katak puru or other thing .. aku just nak tanya kau kau tuh perfect sangat kew sampai nak menilai orang sebegitu rupe , hello guys please wake up , don't judge the book by his cover .. Jangan mudah menilai orang dari segi luaran .. 

Cuba korang pikir buat nya kau tengah tengah kutuk kutuk orang tetiba kau eksiden kena langgar lari (bukan aku minta) tak ke menyesal jawabnya nanti .. sia sia jew amal ibadat yang kau buat selama nie .. Hanya disebabkan kau tengah kutuk orang masa tuh .. So please lah aku cakap nie pon as a malay  . patutnya korang rasa bangga bukannya menghina orang sesuka hati .. so aku harap korang paham apa yang aku cuba nak sampaikan ini .. buang yang keruh ambik yang jernih , Assalamualaikum ! 


Yang Benar , 
Ezad Izzuddin 

Perubahan Drastik

Assalamualaikum , dan selamat sejahtera okay first of all , aku nak minta maaf sebab sejak kebelakangan nie aku jarang tengok blog , Yess i admit memang banyak perkara yang perlu aku lakukan .. Masih belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru and Selamat Tahun Baru Cina ..

Tahun baru , mestilah cerita baru , semua benda pon kena baru , takkan lah still yang lame , tak gitu ? so aku pon kena lah buat perubahan sikit kat blog aku , If yang banyak kali masuk blog aku tu , mesti korang perasan kan ape yang berubah kat blog aku nie , Yess blog skin , aku memang teringin nak tukar , tapi asyik tak menyempat jew , hahahah and now baru ade mase nak godek sana sini ..


Lagi satu , aku rasa dah tiba masanya aku Disable Comment , bukan sebab aku sombong , tapi aku takut if aku update blog and korang comment, aku tak sempat nak baca atau reply korang punyer comment karang tak pasal pasal korang kata aku nie sombong lah , riak and others ..So lepas nie , aku akan share story mories yang aku ade , and aku harap korang dapat terima apa yang aku ubah kat blog nie .. 

Yang Benar , 
Ezad Izzuddin