Monday, January 30, 2012

Anugerah Juara lagu membosankan ?


Okay , tengok gambar mesti korang dah tahu kan ape yang aku nak post kali ini , yes Anugerah Juara Lagu (AJL) , well tahun nie tema air , first thing memang aku pikir , woahahah tema air , mesti menakjubkan .. ade air pancut , air terjun keluar sana sini .. okay itu memang yang ade dalam kepala otak aku . tapi bila malam kemuncak AJL yang ke 26 nie , aku still lagi konfius mane air nya , kata tema air ?

Apa yang aku dapat perhatikan disini , tema air bagaikan tak membawa maksud apa apa , sebagai contoh persembahan faizal tahir , aku akui memang vokal nya still lagi dapat mempengaruhi penonton , tetapi prop yang digunakan adalah piano yang disertakan dengan api , what api ? hahahah itu yang aku peliknya , kata tema air , tapi kenapa ade api ?

Maybe bagi pihak faizal tahir mugkin ade maksud yang tersendiri apa yang hendak mereka cuba sampaikan , tapi pada aku as a penonton pada malam tu , memang amat kecewa dengan AJL26 untuk tahun nie , ianya seperti tiada membawa apa apa maksud seperti sebelum sebelum ini .. 

Adakah ini kerana artis yang ditampilkan pada kali ini adalah muka muka baru , atau ada sebarang masalah yang cuba di elakkan tapi tidak kesampaian .. Hurmmm itu terpulanglah kepada pihak pengajur , apa apa pon aku harap untuk AJL 27 next time , please wake up , buat sesuatu yang boleh membuka minda and hati penonton .. Sebelum aku mengakhiri post aku untuk kali ini , aku ingin ucapkan tahniah kepada Hafiz selaku pemenang keseluruhan serta vokal terbaik pada malam tersebut .. dan tak lupa jugak kepada pemenang pemenang yang lain ..

Yang Benar , 
Ezad Izzuddin