Monday, January 30, 2012

Anugerah Juara lagu membosankan ?


Okay , tengok gambar mesti korang dah tahu kan ape yang aku nak post kali ini , yes Anugerah Juara Lagu (AJL) , well tahun nie tema air , first thing memang aku pikir , woahahah tema air , mesti menakjubkan .. ade air pancut , air terjun keluar sana sini .. okay itu memang yang ade dalam kepala otak aku . tapi bila malam kemuncak AJL yang ke 26 nie , aku still lagi konfius mane air nya , kata tema air ?

Apa yang aku dapat perhatikan disini , tema air bagaikan tak membawa maksud apa apa , sebagai contoh persembahan faizal tahir , aku akui memang vokal nya still lagi dapat mempengaruhi penonton , tetapi prop yang digunakan adalah piano yang disertakan dengan api , what api ? hahahah itu yang aku peliknya , kata tema air , tapi kenapa ade api ?

Maybe bagi pihak faizal tahir mugkin ade maksud yang tersendiri apa yang hendak mereka cuba sampaikan , tapi pada aku as a penonton pada malam tu , memang amat kecewa dengan AJL26 untuk tahun nie , ianya seperti tiada membawa apa apa maksud seperti sebelum sebelum ini .. 

Adakah ini kerana artis yang ditampilkan pada kali ini adalah muka muka baru , atau ada sebarang masalah yang cuba di elakkan tapi tidak kesampaian .. Hurmmm itu terpulanglah kepada pihak pengajur , apa apa pon aku harap untuk AJL 27 next time , please wake up , buat sesuatu yang boleh membuka minda and hati penonton .. Sebelum aku mengakhiri post aku untuk kali ini , aku ingin ucapkan tahniah kepada Hafiz selaku pemenang keseluruhan serta vokal terbaik pada malam tersebut .. dan tak lupa jugak kepada pemenang pemenang yang lain ..

Yang Benar , 
Ezad Izzuddin 

Saturday, January 28, 2012

Melayu memang suka jatuhkan sesama sendiri eh ?


Melayu memang suka jatuhkan melayu ehh ? Persoalannya Ya atau Tidak ? hurmmm okay pada pendapat aku lah kan , orang melayu zaman sekarang memang suka jatuhkan sesama sendiri . Dok mengata si A tuh macam tuh macam ni tak cukup dengan tuh tambah pulak dengan si B yang tak cukup kainnya lagi .. hurmmm pada aku hello what the fish ! tak eloklah kau mengata and dok menjatuhkan kaum kau sesama sendiri , berdosa tahu ! 

Kalau kau tak puas hati , jumpa face to face kan senang , mudah kan ? tak payah lah kau nak sebarkan gossip panas kesana kemari , buat menghabiskan minyak kereta jew .. Sebagai contoh kau kutuk seseorang artis tu takde imej lah , package x lengkap lah , suara macam katak puru or other thing .. aku just nak tanya kau kau tuh perfect sangat kew sampai nak menilai orang sebegitu rupe , hello guys please wake up , don't judge the book by his cover .. Jangan mudah menilai orang dari segi luaran .. 

Cuba korang pikir buat nya kau tengah tengah kutuk kutuk orang tetiba kau eksiden kena langgar lari (bukan aku minta) tak ke menyesal jawabnya nanti .. sia sia jew amal ibadat yang kau buat selama nie .. Hanya disebabkan kau tengah kutuk orang masa tuh .. So please lah aku cakap nie pon as a malay  . patutnya korang rasa bangga bukannya menghina orang sesuka hati .. so aku harap korang paham apa yang aku cuba nak sampaikan ini .. buang yang keruh ambik yang jernih , Assalamualaikum ! 


Yang Benar , 
Ezad Izzuddin 

Perubahan Drastik

Assalamualaikum , dan selamat sejahtera okay first of all , aku nak minta maaf sebab sejak kebelakangan nie aku jarang tengok blog , Yess i admit memang banyak perkara yang perlu aku lakukan .. Masih belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru and Selamat Tahun Baru Cina ..

Tahun baru , mestilah cerita baru , semua benda pon kena baru , takkan lah still yang lame , tak gitu ? so aku pon kena lah buat perubahan sikit kat blog aku , If yang banyak kali masuk blog aku tu , mesti korang perasan kan ape yang berubah kat blog aku nie , Yess blog skin , aku memang teringin nak tukar , tapi asyik tak menyempat jew , hahahah and now baru ade mase nak godek sana sini ..


Lagi satu , aku rasa dah tiba masanya aku Disable Comment , bukan sebab aku sombong , tapi aku takut if aku update blog and korang comment, aku tak sempat nak baca atau reply korang punyer comment karang tak pasal pasal korang kata aku nie sombong lah , riak and others ..So lepas nie , aku akan share story mories yang aku ade , and aku harap korang dapat terima apa yang aku ubah kat blog nie .. 

Yang Benar , 
Ezad Izzuddin