Saturday, September 15, 2012

Sabar itu separuh daripada iman

Assalamualaikum , 

Alhamdulillah , peperiksaan percubaan SPRM SPM 2012 aku is almost done , now tinggal dua paper je lagi , Geografi dengan Prinsip Perakaunan , hopefully semuannya akan berjalan dengan lancar , seperti yang sedia maklum peperiksaan percubaan nie bukannlah mengukur segala masa depan ianya hanya persediaan kita untuk menghadapi ujian yang sebenar iaitu SPM 2012 . 

So jangan lah kite terlalu kecewa , frust menonggeng bagai bila kita dapat keputusan yang tidak memberangsangkan sebab kita masih lagi ade masa untuk melakukan persiapan akhir untuk ujian yang sebenar .. Cuba tenang kan diri dan buat latihan tubi yang telah diberikan oleh cikgu .. Insyaalah sekirannya kita buat segala latihan yang diberi " A " akan mudah dicapai oleh kita , Aminn 

Selain itu , berdoa adalah salah satu faktor penting bagi calon calon yang bakal menduduki peperiksaan awam ( Termasuk aku ) sebab doa adalah salah satu cara kita meminta kepada yang esa supaya diberikan ketenangan dan kemudahan untuk menjawab segala soalan dalam peperiksaan , insyaalah allah swt akan mendengar seterusnya akan mengabulkan permintaan kita : )

-Semoga kita dapat mencapai apa yang kita inginkan-