Friday, January 4, 2013

Entri tahun baru - Azam 2013 -


 (Gambar tidak ada kena mengena dengan Entri hari ini)

Assalamualaikum ,

Salam jumaat , Masih sempat lagi aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ni . So kita tinggalkan segala kenangan tahun 2012 yang kita lalui dan kita mulakan kehidupan baru pada tahun ini iaitu 2013 . So aku harap tahun ni , aku lebih berjaya berbanding tahun-tahun sebelum ni . Kepada adik-adik yang masih bersekolah , aku nak ucapkan selamat kembali ke sekolah . Dan kepada calon-calon PMR dan SPM tahun ini , ingat jangan banyak buang waktu bila cikgu mengajar kat depan , focus apa yang diajar oleh cikgu sebab kunci pertama untuk berjaya adalah focus semasa belajar .

Aku mulakan tahun baru aku ni dengan cerita yang simple and easy going , Azam ? Of course semua orang ada azam kan , bohonglah kalau takda tu . Even satu azam pon sudah mencukupi . Tapi tahukah anda bahawa orang yang berazam setiap tahun ini hanya 40% orang sahaja yang berjaya melunaskan azamnya , lagi 60% orang , aku rasa maybe terkubur atau dibawa ke tahun-tahun yang akan datang . So dimanakah golongan anda semua , adakah anda berada di golongan 40% atau 60% ? Itu semua terserah pada anda semua , sebab anda yang menentukan azam , dan andalah yang melunaskan azam .

Pada aku , aku tergolong pada golongan 60% , hahahhaha , nak tahu sebab apa ? sebab azam aku sekarang adalah untuk kekal sihat dan nak kuruskan badan , jangan terkejut bila aku kata azam tu adalah azam tahun 2008 aku , See ! 6 tahun dah azam tu tapi sampai ke sekarang belum terlaksana dengan sempurnanya lagi . So aku berharap azam aku yang selama 6 tahun tu akan berakhir pada tahun ini , Semoga tercapai hendaknya , Amin ..

Tahun 2013 telah datang , so banyak perkara yang telah berubah dalam hidup aku . pertama , tiada lagi sesi persekolahan yang macam dulu-dulu , now bila tengok adik-adik sekolah rasa macam janggal lah pulak . Kedua umur semakin tua , mana tidaknya 18 tahun okay , dua tahun lagi nak masuk awal 20 an , tapi muka aku still mantain macam umur 16 tahun , hahahahh bak kata mak cik  cleaner kat Midvalley lah . Ketiga , pemilihan ke IPTA atau IPTS , okay yang ni susah sikit , kena pandai pilih mengikut bidang kita minat . Ramai yang kata jangan ikut orang , just follow your heart and what you want to do in future soon ! Okay now aku dah tahu apa bidang yang lebih cenderung kearah aku , so aku harap masa depan aku akan dibalas dengan setimpal apa yang aku pilih masa nak masuk IPTA atau IPTS nanti , Amin !

So apa azam anda tahun ni , aku harap korang dapat melunaskan segala azam korang pada tahun ni , jangan lupa doakan aku semoga aku dapat capai apa yang aku inginkan dalam kehidupan . Terima kasih daun keladi , semoga kita jumpa lagi di next entri ..

No comments: