Thursday, January 31, 2013

Lulus Ujian JPJ

Assalamualaikum ,

Harini ada perkara yang tersangatlah gembira yang nak dikongsikan oleh aku kepada para pembaca blog aku ni . Alhamdulillah , setelah berhempas pulas berminggu-minggu , akhirnya allah mengizinkan aku lulus dalam ujian JPJ pagi tadi , For sure mood memang lah gembira dari pagi sampai lah sekarang , ni pon tengah dok menaip still senyum sampai pipi , hahahhaha


Okay nak di jadikan cerita , mula-mula aku datang memang awal yang terawal sangat , excited lah kononnya padahal dalam jantung dupdapdupdap berkali-kali . Lepas tu aku terus pergi papan kenyataan motifnya aku nak tengok aku kena sesi 1 atau 2 , Alhamdulilah aku kena sesi 1 no giliran 52 target habis antara pukul 9-11 pagi macam tu , Okay apaaa ! Takde lah sampai tengah hari , memang aku dah doa siang-siang "Kalau aku dapat tengah hari memang habis lah aku" . Tapi dengan izin allah , allah makbulkan permintaan aku .

Tunggu punya tunggu , Dalam pukul 10.30 macam tu nombor giliran aku dipanggil , Okay masa tuh , perasaaan memang cuak habis , rasa nak terkencing pon ada , nak je aku cakap kat orang tu "Boleh tak bagi orang lain dulu" tapi hakikat sebenar tak boleh pon , hahahha habis kau zad ! So bila nama kau dah kena panggil aku pon melulu je lah masuk dalam kereta tuh , hahahahaha seriously rasa macam nak campak pon ada kereta kancil yang aku dapat tuhh , clutch dah lah tinggi , kereta dah nazak , tapi tetap juga aku kena bawa , So aku buat semua 3 perkara wajib dalam litar macam Bukit , Parking , 3 penjuru , dan yang paling best sekali aku buat semua benda tu dalam masa 7 minit , Okay please clap your hand for meeeeee , bangga sekejap bila JPJ tu cakap , "Dalam banyak-banyak calon , awaklah yang paling pantas buat 3 perkara ni" Ya allah , masa tuh aku rasa macam mimpi je *IniSemuaPoyo*


Then ambik result , alhamdulillah lulus ketiga-tiga perkara tu , then pergi kat kaunter yang uruskan jalan raya pulak , Okay yang ni memang aku takut tahap gaban , sebab aku tengok muka-muka JPJ tu memang tak mesra alam , Okay aku ulang suara "TAK MESRA ALAM" muka bengis yang amat . Rasa kau nak nyanyi lagi Ombak Rindu je kat muka JPJ tu "Tuhan tolong lembutkan hati dia" Hahahaha Nak-nak JPJ perempuan , maybe masa tu die tengah datang bulan kot , rasanyalah , hahahhaha After 10 minit macam tu , nama aku kena panggil untuk sesi jalan raya pulak , Ohmaiiii dalam fikiran aku asyik tertanya-tanya agak-agak sapa lah JPJ yang nak test aku ni . Alhamdulilah , JPJ yang test aku tu nama dia Naim , muda dan agak pendiam , nak tahu kenapa aku cakap dia pendiam ? Okay masa aku masuk dalam kereta tu , aku check 5 perkara semua complete dah , aku pandang dia , dia cuma angguk dan senyum je *dalam hati aku cakap , bisu ke mamat ni* Then masa nak jalan tu macam biasa tekan clutch semua benda tuh , next masa kat jalan raya tu , memang dia diam seribu bahasa , aku yang tengah memandu ni lagilah pelik , hahahahahah so aku buat bodo jelah , Then bila aku dah nak dekat sampai kat tempat test tu balik semula , baru dia tanda yang mana aku salah buat masa tengah drive , Now baru aku tahu , rupannya dia ni "diam-diam ubi berisi" , So biar jelah , Alhamdulillah , bahagian jalan raya pon aku lulus , So secara keseluruhannya aku dikira layak untuk mendapat lesen P dengan markah 19/20

Orang pertama yang aku call mesti lah kakak kesayangan aku , hahaha lepas tu baru lah abah dan ibu aku dan juga kawan-kawan , Okay dieorang tak percaya yang aku dah lulus JPJ test , hahahha biarr piii lah kat depa , yang penting , aku dah dapat nak pergi mana je yang aku suka , hahahhaha

10 comments:

Hayati Harun said...

HELLO DIK..LAWATAN BLAS KEBLOG ADIK

FATIN UMIRA said...

hye . membalas kunjungan terima kasih sudi singgah blog sye .

Alya Natasha said...

congrate :)

Cikgu Fikri said...

WAH!!! Tahniah lulus..hehe :)

Ezad Izzuddin said...

@Hayati : Terima Kasih :D

Ezad Izzuddin said...

@Fatin : Terima Kasih :D

Ezad Izzuddin said...

@Alya : Terima Kasih :D

Ezad Izzuddin said...

@Fikri : Terima Kasih :D

SyieraH SaHimi said...

tahniah ezad... :) follow belog anda :)

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

di tag

http://dyshasahhir.blogspot.com/2013/02/my-blog-giveaway.html