Sunday, January 27, 2013

Review Filem The Impossible (13 PG)

Assalamualaikum ,

Okay harini baru aku berkesempatan nak meng-update blog , Well sejak dua menjak ni aku busy sikit , so takda masa nak update blog , Okay semalam 26/1/2013 aku jalan-jalan kat alamanda buat sesi jalan sampai lunyai kaki , then tergerak nak tengok wayang , so aku pon terjahlah wayang yang ada kat alamanda tu , Line clear tak ramai yang ada pon pasangan-pasangan yang baru nak meet up dating kat wayang , itu pon segilintir je , Okay nak dijadikan cerita disebabkan aku ni jenis suka main terjah je , so aku cadang aku nak tengok " The Impossible " sebenarnya aku teringin nak tengok cerita ni since aku tengok iklan kat tv3 . So kesimpulannya entri harini aku nak buat review sikit tentang movie " The Impossible " ni . Kepada yang belum tengok lagi cerita , i bet you must watch it , its great movie i think , and this is suitable for any age .


The impossible ni berkisarkan tentang pengalaman sebuah keluarga yang menghadapi detik-detik cemas semasa kejadian tsunami berlaku pada 2004 . Tsunami telah mengorbankan beratus-ratus ribu nyawa manusia , dan telah memusnahkan harta benda penduduk setempat . Diawal penceritaan cerita ini , kita dapat lihat keluarga Bennet bercuti sehari sebelum perayaan krimas di Khao Lak , Thailand . Pada awalnya semuanya dirancang seperti biasa , tetapi sehari selepas mereka menyambut krimas , ada perkara yang telah menjadikan percutiaan mereka itu sebagai percutiaan yang menggerikan . Dimana Tsunami telah melanda di kawasan yang mereka sedang bercuti . 



Detik-detik sebelum tsunami dapat dirasa apabila angin menjadi kuat dengan tiba-tiba , sekawan burung berterbangan melarikan diri dan gegeran kuat seperti gegeran gempa bumi . Henry bennet ( Ayah ) Lucas , dan dua adik lelakinya sedang bermandi-manda didalam kolam sambil bermain bola air , akan tetapi bola itu telah tertandang keluar kolam dan terus ditiup angin , penonton akan dapat merasakan bahawa pokok kelapa yang berhadapan dengan laut tumbang secara bergilir-gilir dan itu menandakan bahawa gemlombang tsunami yang pertama sedang berlaku dan menghampiri hotel yang diduduki oleh keluarga bennet . Ombak tsunami itu menyerang mereka dengan sekilap mata tanpa mereka dapat memikirkan apa-apa . 

Hasil kejadian itu , keadaan menjadi kelam-kabut semua sedang menyelamatkan diri , Maria ( ibu lucas ) dan lucas dapat ditemukan dan dapat berpaut pada sebatang pokok kelapa yang tumbang . Gelombang kedua tsunami telah mencederakan kaki serta dada maria kerana tertusuk oleh serpihan batang kayu , dan sebagai seorang doktor maria sedar bahawa lukanya itu adalah parah , tetapi dia tetap tekad untuk menyakinkan anaknya lucas bahawa dia berada dalam keadaaan yang baik . Dimanakah ayah dan adik beradik lelaki lucas yang lain ? Adakah mereka selamat atau telah menjadi korban tsunami ? Semuannya anda kena tengok di pawagam , Aku jamin korang mesti akan mengalirkan air mata melihat cerita ini .Rating untuk filem ni adalah 4/5 bintang

AL-FATIHAH KEPADA KELUARGA SERTA MANGSA YANG TELAH TERKORBAN DALAM KEJADIAN TSUNAMI PADA TAHUN 2004

12 comments:

cikumi armena said...

mcm best!hehehe :))

Aina Mansor said...

Woahh mesti best ni! Nak kena curi-curi masa sibukkan diri menyelit ke cinema ni! Hehe :p

Mohamad Khairil said...

singgah!!

Anonymous said...

Wahhh , kena tengok ni , tapi xda masa lah pulak :(

Qarr Jalil said...

tgk rating ko pun dah mcm bes.

Farish said...

cantek :D

Ezad Izzuddin said...

@Cikumi : Memang best :D

Ezad Izzuddin said...

@Aina : Semoga berjaya :D

Ezad Izzuddin said...

@Khairil : Okay :D

Ezad Izzuddin said...

@Anoymous : Kena adakan masa juga :D

Ezad Izzuddin said...

@Qarr : Haruslah :D

Ezad Izzuddin said...

@Farish : Apa yang cantek 0.0 :D