Saturday, January 5, 2013

Review Filem Minyak Dagu ( 18sx)


Assalamualaikum , 

Harini aku nak buat review tentang Filem Minyak Dagu , Cerita yang dilakonan oleh Liyana samsudin , Feroz khan dan Fizo omar , Sebelum tu kepada sesiapa yang tidak tahu maksud disebalik Minyak Dagu ini , Biar aku cerita asal usul minyak dagu 

"Minyak Dagu diambil dari tulang dagu wanita mengandung anak pertama yang mati dibunuh. Tulang dagu wanita itu tadi akan dilayurkan berserta dengan bacaan mentera tertentu oleh orang tertentu sahaja. Minyak ini juga dikenali sebagai Raja Segala Minyak kerana khasiatnya yang begitu bagus. Sesiapa yang terkena penangan Minyak Dagu ini (mangsa) bolehlah diibaratkan seperti patung hidup, dimana dia hanya mampu untuk menuruti kata orang yang telah mencalitkan minyak (pemangsa) itu kepada dirinya."

Okay now korang dah tahukan apa maksud disebalik minyak dagu , so sekarang aku nak sambung review tentang filem Minyak Dagu . Pada aku kekuatan cerita ni terletak pada Pelakon wanita utama ini sendiri iaitu Liyana Samsudin , Yana berjaya membawa watak sebagai Emelda yang terkena calitan minyak oleh tunangnya yang dilakonlah oleh ..... ( Nak tahu siapa , kena tengok ) . Manakala Fizo omar juga telah berjaya membawa wataknya sebagai doktor johan , yang mana kawan sekolah yana dahulu . Sepanjang 1 jam 30 minit berada di dalam panggung permulaan cerita agak slow dan juga keseraman yang cuba ditonjolkan oleh hantu juga ada part yang kosong dan perlu diperbaiki , Filem ini juga banyak membuat penonton tertanya-tanya , siapa yang sebenarnya yang menggunakan minyak dagu , Seterusnya , pada akhir filem ini , salah seorang hero dalam filem ini telah melanggar pantang minyak dagu , apa yang terjadi selepas itu ? korang kenalah tengok sendiri

Selain itu , filem ini juga mempunyai banyak kelemahan yang boleh para pengunjung tahu secara lansung iaitu semasa scene diantara Emelda dan Dr Johan , dimana Emelda sedang mencari Dr Johan didalam kawasan hospital , kelemahan yang ada disitu adalah adakah hospital itu tidak mempunyai lampu , para pengunjung mungkin akan berasa lawak kerana jururawat yang berada disitu membaca laporan yang ada didalam buku dalam keadaan yang gelap . Mungkin pengarah kita ada alasan sendiri maybe untuk memberi kesan mood seram . Selain itu , scene pertengahan dimana Johan telah mengahwini Emelda , akan tetapi Emelda telah terkena minyak dagu dengan menjerit bagaikan terkena serangan histeria , lantas Johan memberikan suntikan pelali yang di ambil dari poket beliau , pada aku penonton mungkin akan berasa heran kerana tidak ada pengantin yang membawa suntikan pelali semasa mereka berkahwin . Tambahan pula , Seram yang ingin ditonjolkan oleh Filem ini nampaknya ada yang tidak menjadi .Sampai disini ajalah review aku untuk Filem Minyak Dagu ini , Aku berharap agar pengarah filem diluar sana dapat memperbaiki mutu filem seram di negara kita , daripada 5 bintang untuk filem ini aku boleh berikan mereka sebanyak 3/5 bintang . Kepada sesiapa yang ingin mononton filem ini , aku harap korang enjoy tengok filem ini dan hanya 18 tahun keatas sahaja yang boleh masuk .




2 comments:

afifudinsohaini said...

tungu keluar youtube la..hehe

Ezad Izzuddin said...

@Afifudin : HAHAH ! Nie mesti kes malas nak tgk kat panggung -,-