Friday, January 4, 2013

Sesi luahan perasaan - Sugar Glider ku -


Assalamualaikum , 

Malam ni malam sesi luahan perasaan , so aku nak cerita pasal tupai terbang aku atau lebih famous dikenali sebagai En Lilo dan Puan Bella di kalangan persatuan member-member dia orang ni . Kepada sesiapa yang berhajat nak beli sugar glider nie , baik korang baca entri aku nie dulu , hahahahah after that decide nak beli ke tak nak , hahahaha . Okay aku mulakan cerita dengan perangai En Lilo yang baik hati lagi berbudi bahasa ni lah sangattttttt .. Pertama kali aku ditemukan oleh Lilo ni masa aku umur 15 tahun dan lilo masa tu umur maybe 2 bulan , umur je 2 bulan , perangai macam umur 20 tahun . First ambik dia takdalah ragam banyak sangat , just kecik kecik je ragam dia (Sila fahamkan ayat kecik-kecik itu) contoh perangai yang gemar lagi disukai ramai yang dia buat macam  acara gigit tangan tanpa henti , lompat macam tupai giler , lari macam usin bolt , diving macam pandalela rinong dan sewaktu dengannya .

Ya allah , hanya tuhan jelah yang tahu macamana aku jaga dia , satu hari bagaikan satu tahun , then , apabila umur si lilo ni meningkat makin banyak ragamlah dia buat , tak cukup dengan tu , perangai dia pon bertambah-tambah nakal , hahahha nasiblah sape yang nak beli sugar glider lepas ni . Mana taknya duduk rumah like a boss , makan minum ditanggung majikan , rumah selesa ibarat banglo kat damansara utama , facilities yang ada pon dah terlebih cukup . Senang cerita si lilo ni ibarat raja dalam rumah . Well terpaksa tahan dengan sikap dia yang suka buat aku macam kuli dia , hahahahah makan nak yang grand grand ala hotel 5 bintang . tempat tidur kena ada selimut aku sendiri pon tidur takde selimut , hahahahaha 

Seterusnya Puan Bella , okay yang ni lagi sekor , dah lah tak padan dek kecik badan macam baby yang kena KZM ( kurang zat makanan ) .. Bak kata orang , lain haiwan , lain peragai , haaaaa yang si bella ni perangai memang teruk sangat-sangat , tak padan dek betina . Mana taknya kencing sesuka hati kau je nak pancut mana , hello anda tu betina . pahammm betina !!!! hahahahha aku syak si bella ni mesti tomboy , peragai kasar suka panjat sana sini , makan comot lagi gelojoh , hahahahha nasib kau kecik , kalau kau besar dah lama dah aku buat bbq makan ramai ramai . hahahhahaha peragai jangan cakaplah , 100% macam jantan , kasar sungguh , habis bersepah rumah banglo dia , yang kena kemas siapa ? Aku jugaaaaaa !

So kepada sesiapa yang berminat atau tergerak hati nak beli sugar glider tu , fikirlah sehabis mungkin , hahahahha jangan jadi macam aku , ibarat nasi sudah menjadi bubur , hahahahha so sampai disini jelah sesi luahan perasaan aku ni , karang lelebih pulak kena saman dek persatuan sugar glider , hahahahh apa apa pon sebenarnya best jaga sugar glider ni , sebab dia mengajar kita tentang kesabaran , ewahhhhhh , hahahahha dah lah malas nak cerita panjang-panjang , si lilo dan si bella aku tu dah panggil sebab aku tak kasi dia makan dari pagi tadi , hahahahh jahat kan .. Wassalam



6 comments:

Azlan Strider said...

comelnya dia....hehe :D

Regards,
-Strider-

Ezad Izzuddin said...

@Azlan : Comelkannn , hahhahaha :)

Lady Jaja said...

Ahaha... lawak2.. muke comel tp nakal kemain lg.. haha

Anonymous said...

salam ezad ...living kat mana

Anonymous said...

Bro terbaik...

ahmad firdaus husni said...

Sugar glider for sale

RM1000 package
- 4 Sugar Gliders (2 adults + 2 new born joey)
- FREE accessories (sleeping pouch, bounding pouch, food container, water bottle, and toys)
- FREE 3 feet cage
- FREE supplement/vitamin
- SG are in good health conditions (fluffy/furry)

PLEASE CONTACT 017-6876377