Friday, February 1, 2013

Review Filem Wawa Semput (13 PG)




Assalamualaikum 

Okay salam 1 Februari aku ucapkan , So dalam bulan baru mesti ada entri baru , hahahahah so cerita dia macam ni Entri yang lepas aku ada buat review tentang filem The Impossible so harini cuba korang teka aku nak buat review tentang filem yang mana pulak ? hahahahha jeng jeng jeng Okay sebenarnya harini aku nak buat review filem Wawa Semput . Yerrr aku tahu sejak akhir-akhir entah kenapa hormon tengok wayang aku naik mendadak , hahahah mungkin sebab dah habis zaman sekolah kot ! Okay sepanjang aku tengok filem wawa semput ni , cerita dia bolehlah tahan kelakar dia . Secara sinopsis berdasarkan pemerhatian aku sepanjang filem ini dimainkan ialah

PEMERHATIAN 1 
Bobby kembali lagi dengan menjual burger yang turut dibantu oleh Wawa dan juga Ismat . Akan tetapi dengan sikap Bobby yang malas berusaha , Wawa mengambil keputusan untuk tinggalkan bobby untuk bersama dengan Ismat .

PEMERHATIAN 2
Ismat masih lagi menjadi tukang karoke di gerai burger Bobby . Tetapi telah berhijrah berniaga ke kedai Pak Din , ayah kepada Wawa . Tetapi Ismat dalam cerita Wawa Semput ini telah dikembang sebagai seorang yang mempunyai banyak duit berbanding Bobby yang kekurang hasil pendapatan .

PEMERHATIAN 3 
Konflik berlaku dimana Bobby cemburu dengan sikap Ismat yang suka mengambil hati Wawa . Keputusannya Bobby telah berpura-pura menjadi teman lelaki ayuni dengan harapan agar Wawa akan cemburu bila Bobby bercinta dengan Ayuni . Lebih parah lagi , Yang mana ayuni adalah  teman baik Wawa di kampung . Pelbagai konflik berlaku sepanjang cerita ini . Ismat dan Bobby bersaing untuk menyaingi atau menambat hati Pak din yang mana ayah kepada Wawa . Pelbagai cara mereka lakukan untuk menambat hati pak din . Adakah mereka akan berjaya ? Siapa kah salah seorang dari mereka yang berjaya ? Semua korang kena tengok sendiri filem ni .

PEMERHATIAN DARI SEGI WATAK/PERWATAKAN 
Pada pendapat aku cerita ni tak kosong , ada je pelbagai cara dan karenah yang dilakukan oleh Bobby dan Ismat dalam cerita ni . Watak Bobby masih lagi sama seperti watak dalam cerita Adnan Sempit . Selain itu , watak Wawa juga masih lagi sama seperti watak Bobby cuma dalam cerita Wawa semput ni , wawa terpaksa membuat keputusan siapakan yang berjaya menambat hati dia "Besar atau Kecik" . Seterusnya , watak Ismat , kali ni dia muncul sebagai orang yang mempunyai kereta dan boleh mengunakan apa sahaja cara kotor dengan hanya mengupahkan seseorang dengan wang . Watak baru dalam cerita ni adalah Ayuni , kalau korang perasaan watak ayuni ni seakan -akan kesinambungan cerita Taikun , so kepada yang belum tengok taikun tu , pergi tengok sekarang , watak ayuni ni seorang gadis yang lemah lembut dari segi luaran tetapi mempunyai hati yang keras . Dan mengusahakan sebuah Homestay di kampungnya . Manakala watak Pak din seorang pengusaha kedai warung dan juga pengurut batin di kampung . Peranan pak din tidak banyak tetapi masih boleh menghiburkan hati penonton .

So jangan lupa untuk menonton filem Wawa Semput pada 31 Januari 2013  , bawa seluruh family anda serbu panggung , pasti tak menyesal punya tengok cerita ni . Rating untuk filem ni aku bagi 4/5

4 comments:

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

wawa semput ingat tgok cite die semput ke hape..huhu

Anonymous said...

Best ke cite ni ?

Ezad Izzuddin said...

@Dysha : Hahaha ! tak semput punya :D

Ezad Izzuddin said...

@Anon : Seriously best , pergilah tengok :D