Wednesday, February 20, 2013

Tips untuk berjaya dalam ujian pemanduan JPJ

Assalamualaikum ,

Harini aku nak share tips yang mungkin berguna untuk korang praktikan semasa ujian memandu atau ujian JPJ . Aku ni takda lah pro mana pon , tapi sebagai seorang manusia kita haruslah berkongsi ape ape maklumat kepada mereka yang memerlukan . Tak gitu ?



Tips Menaiki Bukit 

Ramai pelajar yang buat silap masa part ni , even aku masa mula-mula belajar pon banyak kali kena maki dan kena marah dengan penyelia tu sebab tayar tak kena garisan kuning . Tapi dengan berkat doa aku boleh buat juga akhirnya . So tips yang boleh aku bagi masa korang nak ujian menaiki bukit .
  1. Buang perasaan gemuruh anda . Dan fikirkan yang ada harus boleh melakukannya ! 
  2. Pastikan anggota badan anda berkeadaan yang selesa serta mudah untuk membuat pijakan pedal minyak , brek dan clutch 
  3. Gunakan pacaindera anda untuk mengetahui keadaan deruman enjin dan kawalan minyak semasa menaiki bukit 
  4. Apabila anda sudah bergerak , pastikan kawalan minyak dapat dikawal dengan baik dalam erti kata lain tidak terlampau laju atau tidak terlampau perlahan . Kalau anda terlampau perlahan besar kemungkinan kereta anda tidak dapat menaiki bukit dengan sempurna . 
  5. Semasa anda bergerak naik ke atas bukit , gunakan mata dan hati anda ini kerana 2 saat sebelum tiang pertama anda perlu berhenti untuk meletakan tayar ke dalam petak kuning dengan sempurna selaras dengan cermin tingkap sebelah kanan anda . Mata amat diperlukan disini . 
  6. Pastikan 5 saat sebelum sampai ke tiang pertama , kaki kiri anda bersedia untuk menekal pedal clutch ini kerana , ramai pelajar yang tidak sempat untuk menekan clutch dengan pantas . 
  7. Bila anda rasa , cermin sisi kanan anda sudah hampir dengan tiang pertama , dengan pantas anda menekan clutch berserta brek . Jika anda berjaya tayar kereta anda akan terletak didalam kotak kuning dengan sempurna . Pastikan anda free kan gear sebelum mengangkat tangan . Yeayyyyyy 
  8. Semasa menuruni bukit , anda tidak perlu risau kerana sekirannya mati enjin semasa mem-balance kan clutch dengan minyak , markah tidak akan diambil kerana JPJ akan memberikan markah hanya untuk meletak tayar ke petak kuning . 

Tips Memasuki Parking 
  1. Masih sama juga , buang perasaan gemuruh anda 
  2. Jalan kan kereta dan rapatkan kekiri sedikit sehingga cermin sisi belah kiri tempat duduk belakang betul-betul dalam berkeadaan "Tengah" selari dengan tiang pertama parking . 
  3. Pusingkan stering kereta anda kearah kiri sehingga habis dan undur secara perlahan-lahan sehingga tayar belakang kereta anda berukuran 2 tapak sebelum garisan putih 
  4. Seterusnya , berhenti dan pusingkan stering anda ke arah kanan pulan sehingga habis dan undur secara perlahan aku confirm punya korang boleh masuk dalam petak tu dengan sempurna , 
  5. Pastikan kepala kereta ( hadapan ) tidak kena dengan tiang pertama , dan masuk secara perlahan-lahan 
  6. Undur kan kereta tapi jangan sampai terlanggar tiang belakang , beri sedikit ruang belakang , and then , seterusnya pusingkan stering kearah kanan sehingga habis dan gerakkan kereta ke depan sehingga berada di tiang hadapan ( Jangan sampai terlanggar pula ) 
  7. Masuk gear reverse and then biarkan stering dalam keadaan arah kekanan . undur sehingga ketengah-tengah kotak , dan anda boleh angkat tangan ke arah JPJ 
  8. Akhirnya anda tinggal keluar je dari kotak parking , itu menandakan anda sudah berjaya melakukannya . Yeayyyyyyy 

Tips 3 penjuru 
  1. Jangan gemuruh kerana 3 penjuru adalah yang paling senang untuk dibuat 
  2. Anda hanya masuk secara serong , untuk mendapatkan 3 pergerakkan dengan sempurna , semasa anda memasuki secara serong cuba rapatkan kenderaan kearah kiri sedikit ( jgn sampai terkeluar garisan ) dan pusingkan stering ke arah kanan dan lantas tekan clucth dan brek untuk masuk  ( Pergerakkan 1 )
  3. Tekan clutch masuk gear reverse , pusingkan stering anda kearah kiri dan undur secara perlahan-lahan ( Pergerakkan 2 )
  4. Bila kereta dalam keadaan lurus anda terus keluar dari kotak ujian 3 penjuru (Pergerakkan 3 ) ( Jangan tunggu untuk angkat tangan , kerana ujian 3 penjuru ini tidak perlu anda mengangkat tangan ) hanya pastikan JPJ memberi kebenaran anda untuk keluar okay . 
  5. Dan anda sudah berjaya buat 3 penjuru dengan jayanya . Yeayyyyyyy 

So aku harap , tips yang aku bagi ni dapat membantu serba sedikit bagi sesiapa yang belum lagi melakukan ujian JPJ . Nasihat aku untuk korang , jangan takut untuk menghadapi cabaran sebab takut adalah kunci sesorang untuk kearah kegagalan . So be cool , banyakkan berdoa dan sentiasa tenang . Sebelum tu , semua tips yang aku bagi ni adalah hasil pengalaman aku sendiri bila nak dapatkan lesen P tapi alhamdulillah akhirnya aku berjaya dapat lesen P dengan sekali test sahaja . Nak share boleh tapi credit my url blog okay .

18 comments:

Liyana Adnan said...

bagus lahh entry ni :) btw thanks sebab jenguk blog sy tadi :)

Ezad Izzuddin said...

@Liyana : Thanks , no big deal :D

Gugu Suseno said...

mgu dpn aku test .. tak nebes tp rsau . hahaha

Hikmah Nurhayati said...

entri yang sangat baik :) saya dah follow ^^

Ezad Izzuddin said...

@Gugu : Wahhhh , Good luck okay :D Think positive

Ezad Izzuddin said...

@Hikmah : Thank you :D

Mieza Jhaa K said...

Lupa dh tip2 ni..8tahun dah ambik lesen

Ezad Izzuddin said...

@Mieza : Wahhh :D

Anonymous said...

Hi, I pla tak pass latihan bukit ni, asyik mati enjin je. Stress, sampai tutor pun naik angin. :(

aseng peace said...

ahhh esok a test JPJ rasa seram pun ada ne

Ryena Asyran said...

3 penjuru senang? huu selalu kt situ la saya paling risau..sebab dia takde step2 cm yg lain huuu risau2..

fa farhana said...

Nak Duit Poket dgn guna FB tak??
RM0.15?? sikit kan??
Klik punya klik.. tak sedar, dalam bank dah ada RM250! hehehe.. Seronok laaaa...
daftar FREEE!..just promote jerr.... pastu boleh dapat RM 100 satu hari!...
JOM! ((((CUMA KLIK JE LINK DI BAWAH DAN ANDA AKAN TAHU))):)

KLIK PERCUMA Di: http://iklansticky.com/hop.php?ref=farahlove91

fa farhana said...

Nak Duit Poket dgn guna FB tak??
RM0.15?? sikit kan??
Klik punya klik.. tak sedar, dalam bank dah ada RM250! hehehe.. Seronok laaaa...
daftar FREEE!..just promote jerr.... pastu boleh dapat RM 100 satu hari!...
JOM! ((((CUMA KLIK JE LINK DI BAWAH DAN ANDA AKAN TAHU))):)

KLIK PERCUMA Di: http://iklansticky.com/hop.php?ref=farahlove91

mod shoes said...
This comment has been removed by the author.
mod shoes said...
This comment has been removed by the author.
NINA'S SCHOOL said...

Hey takut betul part parking dgn 3 penjuru tu

sepatubordir oke said...

maksih infonya! :)

sepatubordir-oke.blogspot.com

kesah pulak aku said...

cuak gila nak turun bukit. aku kalau waktu turun aje mesti terundur ke belakang. x reti nak agak bila nak turunkan handbreak. hari ni alu ada test jpj. doa2 kan lah ye