Thursday, March 28, 2013

Apa kena mengena aku dengan Institut Pendidikan Guru ( IPG ) ?

Assalamualaikum

Okay rasa macam dah lama aku tak update blog ni , agak-agak ada tak dalam sebulan ? *HembusDebuKatBlog* hehehehe , Okay aku rasa benda yang aku nak ceritakan ni pada aku belum basi lagi , heheheh , korang semua mesti tahu kan yang aku tingkatan 5 tahun lepas , ambik SPM pon tahun lepas , so keputusan SPM nya dah keluar kan , mesti korang pelik kan bila buka blog aku ni dan mesti korang akan tertanya-tanya macam ni

Hurmmm nak buka blog budak ni lah ! 

Agak agak berapa lah yang dia dapat SPM ?

Ehhh kenapa dia tak update lagi ni ? 

Kecewaaaa aku :( 

Haaaaa mesti korang punya reaksi macam tu punya , jangan tipuuuu , allah nampak , heheheheh . Sebenarnya bukannya aku taknak update , cuma masa tak mengizinkan aku update blog ni . Kadang-kadang nak makan pon tak sempat dek kerana kerja melambak *AyatTuPoyoSangat* So terpaksa lah aku tunda , tunda , tunda dan sehingga lah ke harini , baru boleh update blog .

Result SPM aku ? Alhamdulillah aku bersyukur dengan apa yang allah dah beri kat aku . Aku redha dan sentiasa melapang dada untuk terima apa jua yang diberikan oleh -NYA . Hurmmm agak-agak aku nak sambung mananya ? *Gosok-GosokDagu* actually aku belum tahu lagi nak sambung belajar kat mana cuma aku apply je course diploma yang mana aku rasa aku boleh carry on nanti  . Kalau dari segi kolej atau U mana nak sambung belajar tu , aku tak kisah sangat asalkan aku dapat belajar . Adalah juga aku apply KPTM , UNITEN , KLIUC tapi itu semua swasta , but kalau awam pulak aku bergantung pada UPU aku tu , kalau UPU aku tu berjaya maka aku dapatlah salah satu U yang aku pilih tu antaranya UPM , UITM dengan UPSi .

Ohhh sebelum tu aku ada juga apply Institut Pendidikan Guru ( IPG ) dulu dikenali sebagai maktab perguruan tapi sekarang dah upgrade sikit tu yang tukar ke IPG . Alhamdulillah dengan berbekal result aku yang tak seberapa tu , aku boleh mohon untuk Progaram Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian ( PISMP ) untuk lepasan SPM . Aku memang dah lama aim bidang guru ni , sebab pada aku , kerja jadi cikgu ni kerja yang mulia , sebab dia membekalkan ilmu yang dia ada untuk anak-anak murid dia simpan hingga ke dewasa . Lagi pon dalam family aku takde sorang pon yang jadi cikgu , so why not aku mencuba . Alih-alih dapat . Minta-minta aku lulus temuduga kat IPG Bangi tu nanti . Aaminn .

Nota Kaki : Tahniah kepada Izzan dan Soliha sebab korang dah lulus dengan jayanya JPJ test harini :D

2 comments:

Teacher Basariah said...

semoga berjaya!!cikgu sokong sangat kalau anak-anak didik cikgu nak jadi guru..panjangkanlah ilmu maka makin panjanglah pahala..(^_^)

Ezad Izzuddin said...

@Teacher : Aminn , Thank you teacher :D