Thursday, January 31, 2013

Lulus Ujian JPJ

Assalamualaikum ,

Harini ada perkara yang tersangatlah gembira yang nak dikongsikan oleh aku kepada para pembaca blog aku ni . Alhamdulillah , setelah berhempas pulas berminggu-minggu , akhirnya allah mengizinkan aku lulus dalam ujian JPJ pagi tadi , For sure mood memang lah gembira dari pagi sampai lah sekarang , ni pon tengah dok menaip still senyum sampai pipi , hahahhaha


Okay nak di jadikan cerita , mula-mula aku datang memang awal yang terawal sangat , excited lah kononnya padahal dalam jantung dupdapdupdap berkali-kali . Lepas tu aku terus pergi papan kenyataan motifnya aku nak tengok aku kena sesi 1 atau 2 , Alhamdulilah aku kena sesi 1 no giliran 52 target habis antara pukul 9-11 pagi macam tu , Okay apaaa ! Takde lah sampai tengah hari , memang aku dah doa siang-siang "Kalau aku dapat tengah hari memang habis lah aku" . Tapi dengan izin allah , allah makbulkan permintaan aku .

Tunggu punya tunggu , Dalam pukul 10.30 macam tu nombor giliran aku dipanggil , Okay masa tuh , perasaaan memang cuak habis , rasa nak terkencing pon ada , nak je aku cakap kat orang tu "Boleh tak bagi orang lain dulu" tapi hakikat sebenar tak boleh pon , hahahha habis kau zad ! So bila nama kau dah kena panggil aku pon melulu je lah masuk dalam kereta tuh , hahahahaha seriously rasa macam nak campak pon ada kereta kancil yang aku dapat tuhh , clutch dah lah tinggi , kereta dah nazak , tapi tetap juga aku kena bawa , So aku buat semua 3 perkara wajib dalam litar macam Bukit , Parking , 3 penjuru , dan yang paling best sekali aku buat semua benda tu dalam masa 7 minit , Okay please clap your hand for meeeeee , bangga sekejap bila JPJ tu cakap , "Dalam banyak-banyak calon , awaklah yang paling pantas buat 3 perkara ni" Ya allah , masa tuh aku rasa macam mimpi je *IniSemuaPoyo*


Then ambik result , alhamdulillah lulus ketiga-tiga perkara tu , then pergi kat kaunter yang uruskan jalan raya pulak , Okay yang ni memang aku takut tahap gaban , sebab aku tengok muka-muka JPJ tu memang tak mesra alam , Okay aku ulang suara "TAK MESRA ALAM" muka bengis yang amat . Rasa kau nak nyanyi lagi Ombak Rindu je kat muka JPJ tu "Tuhan tolong lembutkan hati dia" Hahahaha Nak-nak JPJ perempuan , maybe masa tu die tengah datang bulan kot , rasanyalah , hahahhaha After 10 minit macam tu , nama aku kena panggil untuk sesi jalan raya pulak , Ohmaiiii dalam fikiran aku asyik tertanya-tanya agak-agak sapa lah JPJ yang nak test aku ni . Alhamdulilah , JPJ yang test aku tu nama dia Naim , muda dan agak pendiam , nak tahu kenapa aku cakap dia pendiam ? Okay masa aku masuk dalam kereta tu , aku check 5 perkara semua complete dah , aku pandang dia , dia cuma angguk dan senyum je *dalam hati aku cakap , bisu ke mamat ni* Then masa nak jalan tu macam biasa tekan clutch semua benda tuh , next masa kat jalan raya tu , memang dia diam seribu bahasa , aku yang tengah memandu ni lagilah pelik , hahahahahah so aku buat bodo jelah , Then bila aku dah nak dekat sampai kat tempat test tu balik semula , baru dia tanda yang mana aku salah buat masa tengah drive , Now baru aku tahu , rupannya dia ni "diam-diam ubi berisi" , So biar jelah , Alhamdulillah , bahagian jalan raya pon aku lulus , So secara keseluruhannya aku dikira layak untuk mendapat lesen P dengan markah 19/20

Orang pertama yang aku call mesti lah kakak kesayangan aku , hahaha lepas tu baru lah abah dan ibu aku dan juga kawan-kawan , Okay dieorang tak percaya yang aku dah lulus JPJ test , hahahha biarr piii lah kat depa , yang penting , aku dah dapat nak pergi mana je yang aku suka , hahahhaha

Sunday, January 27, 2013

Review Filem The Impossible (13 PG)

Assalamualaikum ,

Okay harini baru aku berkesempatan nak meng-update blog , Well sejak dua menjak ni aku busy sikit , so takda masa nak update blog , Okay semalam 26/1/2013 aku jalan-jalan kat alamanda buat sesi jalan sampai lunyai kaki , then tergerak nak tengok wayang , so aku pon terjahlah wayang yang ada kat alamanda tu , Line clear tak ramai yang ada pon pasangan-pasangan yang baru nak meet up dating kat wayang , itu pon segilintir je , Okay nak dijadikan cerita disebabkan aku ni jenis suka main terjah je , so aku cadang aku nak tengok " The Impossible " sebenarnya aku teringin nak tengok cerita ni since aku tengok iklan kat tv3 . So kesimpulannya entri harini aku nak buat review sikit tentang movie " The Impossible " ni . Kepada yang belum tengok lagi cerita , i bet you must watch it , its great movie i think , and this is suitable for any age .


The impossible ni berkisarkan tentang pengalaman sebuah keluarga yang menghadapi detik-detik cemas semasa kejadian tsunami berlaku pada 2004 . Tsunami telah mengorbankan beratus-ratus ribu nyawa manusia , dan telah memusnahkan harta benda penduduk setempat . Diawal penceritaan cerita ini , kita dapat lihat keluarga Bennet bercuti sehari sebelum perayaan krimas di Khao Lak , Thailand . Pada awalnya semuanya dirancang seperti biasa , tetapi sehari selepas mereka menyambut krimas , ada perkara yang telah menjadikan percutiaan mereka itu sebagai percutiaan yang menggerikan . Dimana Tsunami telah melanda di kawasan yang mereka sedang bercuti . 



Detik-detik sebelum tsunami dapat dirasa apabila angin menjadi kuat dengan tiba-tiba , sekawan burung berterbangan melarikan diri dan gegeran kuat seperti gegeran gempa bumi . Henry bennet ( Ayah ) Lucas , dan dua adik lelakinya sedang bermandi-manda didalam kolam sambil bermain bola air , akan tetapi bola itu telah tertandang keluar kolam dan terus ditiup angin , penonton akan dapat merasakan bahawa pokok kelapa yang berhadapan dengan laut tumbang secara bergilir-gilir dan itu menandakan bahawa gemlombang tsunami yang pertama sedang berlaku dan menghampiri hotel yang diduduki oleh keluarga bennet . Ombak tsunami itu menyerang mereka dengan sekilap mata tanpa mereka dapat memikirkan apa-apa . 

Hasil kejadian itu , keadaan menjadi kelam-kabut semua sedang menyelamatkan diri , Maria ( ibu lucas ) dan lucas dapat ditemukan dan dapat berpaut pada sebatang pokok kelapa yang tumbang . Gelombang kedua tsunami telah mencederakan kaki serta dada maria kerana tertusuk oleh serpihan batang kayu , dan sebagai seorang doktor maria sedar bahawa lukanya itu adalah parah , tetapi dia tetap tekad untuk menyakinkan anaknya lucas bahawa dia berada dalam keadaaan yang baik . Dimanakah ayah dan adik beradik lelaki lucas yang lain ? Adakah mereka selamat atau telah menjadi korban tsunami ? Semuannya anda kena tengok di pawagam , Aku jamin korang mesti akan mengalirkan air mata melihat cerita ini .Rating untuk filem ni adalah 4/5 bintang

AL-FATIHAH KEPADA KELUARGA SERTA MANGSA YANG TELAH TERKORBAN DALAM KEJADIAN TSUNAMI PADA TAHUN 2004

Saturday, January 12, 2013

8 Pahala Yang Berterusan

Assalamualaikum ,

Syukur ke hadrat ilahi sebab tuhan telah memberikan kita kehidupan untuk terus hidup dan hirup oksigen di bumi yang fana ini . Harini aku nak kongsikan beberapa info dari majalah yang aku baca yang pada aku amat menarik dan boleh aku kongsikan pada semua golongan masyarakat . Biar aku explain serba sedikit tentang majalah dan tajuk kita pada  hari ini , Info ini aku ambil dari satu kolum dari Majalah Iman , dimana majalah ini telah dkeluarkan oleh portal utusan karya , pada aku majalah ni memang banyak pengetahuan tentang islam dan ianya amat sesuai bagi semua golongan masyarakat , Okay berbalik semula pada tajuk kita yang kita akan bincang iaitu "8 Pahala Yang Berterusan" .

Anas r.a pernah berkata bahawa : Lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba allah walaupon dia telah meninggal dunia ialah :
  1. Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal. 
  2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya 
  3. Sesiapa yang menulis mashaf (Naskah al-quran yang bertulis tangan) selagi ada orang membacanya 
  4. Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakannya 
  5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya , sama ada manusia atau burung 
  6. Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya 
  7. Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuannya 
  8. Guru al-quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya. 

Friday, January 11, 2013

Pengalaman Kali Pertama Bawa Kereta


Assalamualaikum , 

Fuhh lega , akhirnya lega teramat lega bila dah habis latihan memandu selama 2 jam , Hahahhaah okay now aku tinggal lagi berapa jam je lagi sebelum cukup 8 jam sebelum di test untuk dalam litar dan JPJ test pada hari yang berikutnya .. Entri hari ini aku nak ceritakan pengalaman pertama aku bawa kereta dan sesi soal jawab , so korang layan jelah.

APA PERASAAN PERTAMA KALI BAWA KERETA ?
Perasaan die macam pertama kali kau makan steamboat without sauce , walaaaaaa , hahahah gurau je saja nak kenakan korang , Sebenarnya , masa first bawa kereta tu , ada lah perasaan takut dan gugup sikit-sikit  *Aku ulang sikit-sikit* . Dan lama-lama tu perasaan tu hilang sekelip mata , Best tau sebenarnya ditambah pulak dapat trainer yang lawak and sekepala dengan aku , Kesian kawan-kawan aku semua merungut sebab dapat Trainer garang macam singa kat zoo , Hahahha aku pulak bersyukur sebab dapat trainer yang faham situasi aku yang pertama kali bawa manual car , Untuk pengetahuan korang Trainer aku tu cina , nama dia ken dan muda lagi , Tough woooo badan dia *Cara aku cakap macam Gay lah pulak* Hahahhaha .. 

TAK PENAT KE BAWA KERETA ?
Sape cakap tak penat tu memang bukan oranglah jawabnya , mauuuu tak penat dibuatnya , nak nak bahagian kaki , kita kena sentiasa jaga clutch dan minyak , Now baru aku sedar betapa penatnya jadi pemandu , selama ni aku jadi penumpang asyik merungut  je lambatlah cepatlah . Dan sekarang baru aku sedar betapa penatnya nak memandu . Aku salute lah sape sape yang bawa manual car then tersekat dekat jem , hahahhaha memang korang kena tekan clutch je lah kan .. Hahahaha ..

SELAMA NI TAK PERNAH BAWA KERETA KE ?
Pernah , cuma malas nak tunjuk kehebatan aku , hahahhaha takdelah saje je , sebenarnya memang pernah cuma bawa automatic car jelah , Setakat auto tu memang celah gigi jelah , so orang kata "Bukan Anak Jantanlah Kalau Bawa Kereta Auto" hahahhaha so aku apa lagi terus daftar buat lesen manual car , hahahahah kononnya nak buktikan yang aku ni anak jantanlah , Okay what ever ! Next question please ?

APA YANG KAU BELAJAR MASA KAU TENGAH DRIVE ?
Banyak perkara yang aku dapat , sebagai contoh sebelum memulakan perjalanan kena double check lima perkara yang wajib kita check seperti Cermin pandang sisi , cermin pandang belakang , signal/Wiper , Free gear dan yang paling penting sekali Sit Belt/Kedudukan pemandu . Lima perkara tu wajib kena buat . Then , masa tengah jalan kita kena focus dan jangan sampai terkeluar garisan atau double line sebab boleh dikenakan pemotongan markah oleh JPJ . Banyak lagilah , korang kena rasa sendiri baru korang tahu 
  
BILA NAK TEST UNTUK JPJ ? 
Okay , korang ni kan , sengaja nak cari pasal kan , hahahhah bikin aku takut ajaaa , Kalau takde arah lintang akhir bulan ni dalam 31.1.2013 aku test dengan JPJ , Okay memang kecut perut ramai kata JPJ tu garang , so aku malas nak pikir banyak-banyak just think positive je . Mudah-mudahan aku lulus test jpj tu , Aminn ! 

Hahahaha , siapa kata bawa kereta tak best , pada aku best apa dapat jalan-jalan itu pon bergantung pada korang punya trainer lah , kalau dapat sebaik malaikat macam aku memang untunglah , kalau dapat sejahat iblis memang parahlah , hahahah apa-apa pon aku nak ucap selamat maju jaya kepada korang semua yang baru nak ambik atau tengah nak buat lesen kereta , Aku harap korang lulus , Aminn !
 

Thursday, January 10, 2013

Antara Cita-cita dan Harapan


Assalamualaikum , 

Harini punya entri mungkin agak panjang dan mesti korang dah dapat agak kan ? Yess i'm talking about Sistem UPU (IPTA) . Okay 7.1.2013 haritu dah buka dah bagi sesiapa yang nak masuk IPTA dan mereka semua diwajibkan membeli no pin id di bank BSN terdekat . Dannnnnn ... sampai sekarang aku belum beli lagi , hahahahaha seriously takde masa , pagi petang ada hal , so cadang nak beli 14.1.2013 sebab boleh pergi dengan kawan-kawan so terlanjur dah keluar dengan kawan-kawan tu rasa macam nak buat sesi nangis-menangis secara berjemaah sekali . hahahahah 

Okay back to the topic , kenapa aku beli 14hb ? hahhahahah banyak sebab sebenarnya , antaranya adalah markah koko aku belum diupdate oleh cikgu yang sepatutnya mengupdate kan markah koko untuk anak-anak muridnya supaya anak muridnya boleh mengupdate kan application form ni secepat yang mungkin * Okay aku tahu korang pening kan , sebab banyak perkataan update kat situ * hahahahahah actually aku ter-excited nak isi application U ni well sape taknak masuk IPTA , Ya dokk ? Sebab-sebab lain yang boleh dikaitkan dengan pembelian 14hb aku ialah aku kena pilih course yang betul-betul boleh aku bawa and senang dapat kerja bila aku graduate nanti .. Seperti yang mak and bapak aku bebelkan malam semalam , dia cakap 
"DIKK , KAU DAH HABIS PIKIR KE BIDANG 
APA KAU NAK MASUK NANTI , BUKANNYA APA 
KAU KENA INGAT , RAMAI LAGI YANG KAT LUAR TU 
TAK DAPAT KERJA LAGI , SO MAMA AND PAPA HARAP 
KAU DAPAT BUAT KEPUTUSAN KAU DENGAN BAIK "   
So lepas je dieorang membebelkan kat telinga , aku decide aku check balik apa syarat-syarat yang IPTA nak untuk bidang yang aku akan pilih nanti , so disini aku nak tunjukkan kat korang bidang yang akan aku isikan kat application form tu nanti
  1. Diploma Pengurusan Maklumat (UiTM)
  2. Diploma Perakaunan (UiTM)
  3. Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (UPSi)
  4. Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat (UiTM) 
  5. Diploma Pentadbiran Awam (UiTM) 
  6. Diploma Komunikasi dan Media (UiTM)
  7. Diploma Seni Kulinari (UiTM) 
  8. Diploma Bahasa Inggeris (UPSi) 
Haaaaa , nampak tak , korang ingat senang ke nak pilih semua ni , tak tidur malam woiii , nak tengok syarat kelulusan dia lagi , hahahahah ingatkan lepas SPM boleh lepak-lepak..Rupanya bukan setakat lepak , kadang-kadang nak pergi tandas pon kena skip, hahahaha. Kalau korang perasan aku pilih 6 course di UiTM dan 2 course lagi kat UPSi , hahhahah nampak tak kasih sayang aku kat UiTM macam anak dengan bapak , LOL ! hahahhahahah abaikan .. Actually aku ada jugak minta kat KPTM , aku minta tu untuk backup kot kot tak dapat apa yang kita isi ke , mana tahuuu kannnn , So aku minta dua tempat je KPTM Bangi dengan Kuala Lumpur , KPTM Bangi aku minta Diploma in Accountancy manakala KPTM KL aku minta Diploma in (TESL) dan Diploma in Human Resource Management .. So aku harap apa yang aku minta ni dapat , Amin ya rabalalamin !

Sunday, January 6, 2013

Gangguan Seksual ( 18sx)


Assalamualaikum ,

Harini sedih yang teramat sedih , kenapa ? Sebab harini aku buka nuffnang aku macam biasa , lepas tu aku tergerak hati nak tengok " Keywords " untuk minggu ni , Ya allah alangkah terkejutnya aku bila pautan untuk blog aku korang search " Tetek Besar " Well hello , terasa aku tahu tak , mentang-mentang aku berbadan besar sanggup korang buat macam ni kat aku , sedih seribu kali sedih *Ayat kena poyo* Korang memang tak berperikemanusiaan kepada insan yang lemah macam aku  *ayat haruslah macam drama baru bikin gempak* 

Tetapi aku heran sangat-sangat , kenapa korang sanggup search benda-benda yang tak masuk akal macam tu ehh ? korang tahu tak , biar aku jelas kan secara terperinci , mengikut kajian di malaysia hampir 40% rakyat di malaysia masih lagi boleh dikategorikan sebagai pemikiran mentaliti tahap ketiga , walaupon 40% itu masih lagi boleh dikira sikit , tidak mustahil peratusan itu akan bertambah dari setiap tahun ke tahun yang lain . Meskipon malaysia akan capai negara maju menjelang tahun 2020 tetapi korang nak ke pemikiran kolot korang tu jauh kebelakang dan terus kebelakang . Taknak kan ? So korang kena bertindak dari sekarang , ubah segala prinsip hidup dan cuba untuk memajukan negara selari dengan daya pemikiran apabila menjelang tahun 2020 .

Saturday, January 5, 2013

Review Filem Minyak Dagu ( 18sx)


Assalamualaikum , 

Harini aku nak buat review tentang Filem Minyak Dagu , Cerita yang dilakonan oleh Liyana samsudin , Feroz khan dan Fizo omar , Sebelum tu kepada sesiapa yang tidak tahu maksud disebalik Minyak Dagu ini , Biar aku cerita asal usul minyak dagu 

"Minyak Dagu diambil dari tulang dagu wanita mengandung anak pertama yang mati dibunuh. Tulang dagu wanita itu tadi akan dilayurkan berserta dengan bacaan mentera tertentu oleh orang tertentu sahaja. Minyak ini juga dikenali sebagai Raja Segala Minyak kerana khasiatnya yang begitu bagus. Sesiapa yang terkena penangan Minyak Dagu ini (mangsa) bolehlah diibaratkan seperti patung hidup, dimana dia hanya mampu untuk menuruti kata orang yang telah mencalitkan minyak (pemangsa) itu kepada dirinya."

Okay now korang dah tahukan apa maksud disebalik minyak dagu , so sekarang aku nak sambung review tentang filem Minyak Dagu . Pada aku kekuatan cerita ni terletak pada Pelakon wanita utama ini sendiri iaitu Liyana Samsudin , Yana berjaya membawa watak sebagai Emelda yang terkena calitan minyak oleh tunangnya yang dilakonlah oleh ..... ( Nak tahu siapa , kena tengok ) . Manakala Fizo omar juga telah berjaya membawa wataknya sebagai doktor johan , yang mana kawan sekolah yana dahulu . Sepanjang 1 jam 30 minit berada di dalam panggung permulaan cerita agak slow dan juga keseraman yang cuba ditonjolkan oleh hantu juga ada part yang kosong dan perlu diperbaiki , Filem ini juga banyak membuat penonton tertanya-tanya , siapa yang sebenarnya yang menggunakan minyak dagu , Seterusnya , pada akhir filem ini , salah seorang hero dalam filem ini telah melanggar pantang minyak dagu , apa yang terjadi selepas itu ? korang kenalah tengok sendiri

Selain itu , filem ini juga mempunyai banyak kelemahan yang boleh para pengunjung tahu secara lansung iaitu semasa scene diantara Emelda dan Dr Johan , dimana Emelda sedang mencari Dr Johan didalam kawasan hospital , kelemahan yang ada disitu adalah adakah hospital itu tidak mempunyai lampu , para pengunjung mungkin akan berasa lawak kerana jururawat yang berada disitu membaca laporan yang ada didalam buku dalam keadaan yang gelap . Mungkin pengarah kita ada alasan sendiri maybe untuk memberi kesan mood seram . Selain itu , scene pertengahan dimana Johan telah mengahwini Emelda , akan tetapi Emelda telah terkena minyak dagu dengan menjerit bagaikan terkena serangan histeria , lantas Johan memberikan suntikan pelali yang di ambil dari poket beliau , pada aku penonton mungkin akan berasa heran kerana tidak ada pengantin yang membawa suntikan pelali semasa mereka berkahwin . Tambahan pula , Seram yang ingin ditonjolkan oleh Filem ini nampaknya ada yang tidak menjadi .Sampai disini ajalah review aku untuk Filem Minyak Dagu ini , Aku berharap agar pengarah filem diluar sana dapat memperbaiki mutu filem seram di negara kita , daripada 5 bintang untuk filem ini aku boleh berikan mereka sebanyak 3/5 bintang . Kepada sesiapa yang ingin mononton filem ini , aku harap korang enjoy tengok filem ini dan hanya 18 tahun keatas sahaja yang boleh masuk .




Friday, January 4, 2013

Sesi luahan perasaan - Sugar Glider ku -


Assalamualaikum , 

Malam ni malam sesi luahan perasaan , so aku nak cerita pasal tupai terbang aku atau lebih famous dikenali sebagai En Lilo dan Puan Bella di kalangan persatuan member-member dia orang ni . Kepada sesiapa yang berhajat nak beli sugar glider nie , baik korang baca entri aku nie dulu , hahahahah after that decide nak beli ke tak nak , hahahaha . Okay aku mulakan cerita dengan perangai En Lilo yang baik hati lagi berbudi bahasa ni lah sangattttttt .. Pertama kali aku ditemukan oleh Lilo ni masa aku umur 15 tahun dan lilo masa tu umur maybe 2 bulan , umur je 2 bulan , perangai macam umur 20 tahun . First ambik dia takdalah ragam banyak sangat , just kecik kecik je ragam dia (Sila fahamkan ayat kecik-kecik itu) contoh perangai yang gemar lagi disukai ramai yang dia buat macam  acara gigit tangan tanpa henti , lompat macam tupai giler , lari macam usin bolt , diving macam pandalela rinong dan sewaktu dengannya .

Ya allah , hanya tuhan jelah yang tahu macamana aku jaga dia , satu hari bagaikan satu tahun , then , apabila umur si lilo ni meningkat makin banyak ragamlah dia buat , tak cukup dengan tu , perangai dia pon bertambah-tambah nakal , hahahha nasiblah sape yang nak beli sugar glider lepas ni . Mana taknya duduk rumah like a boss , makan minum ditanggung majikan , rumah selesa ibarat banglo kat damansara utama , facilities yang ada pon dah terlebih cukup . Senang cerita si lilo ni ibarat raja dalam rumah . Well terpaksa tahan dengan sikap dia yang suka buat aku macam kuli dia , hahahahah makan nak yang grand grand ala hotel 5 bintang . tempat tidur kena ada selimut aku sendiri pon tidur takde selimut , hahahahaha 

Seterusnya Puan Bella , okay yang ni lagi sekor , dah lah tak padan dek kecik badan macam baby yang kena KZM ( kurang zat makanan ) .. Bak kata orang , lain haiwan , lain peragai , haaaaa yang si bella ni perangai memang teruk sangat-sangat , tak padan dek betina . Mana taknya kencing sesuka hati kau je nak pancut mana , hello anda tu betina . pahammm betina !!!! hahahahha aku syak si bella ni mesti tomboy , peragai kasar suka panjat sana sini , makan comot lagi gelojoh , hahahahha nasib kau kecik , kalau kau besar dah lama dah aku buat bbq makan ramai ramai . hahahhahaha peragai jangan cakaplah , 100% macam jantan , kasar sungguh , habis bersepah rumah banglo dia , yang kena kemas siapa ? Aku jugaaaaaa !

So kepada sesiapa yang berminat atau tergerak hati nak beli sugar glider tu , fikirlah sehabis mungkin , hahahahha jangan jadi macam aku , ibarat nasi sudah menjadi bubur , hahahahha so sampai disini jelah sesi luahan perasaan aku ni , karang lelebih pulak kena saman dek persatuan sugar glider , hahahahh apa apa pon sebenarnya best jaga sugar glider ni , sebab dia mengajar kita tentang kesabaran , ewahhhhhh , hahahahha dah lah malas nak cerita panjang-panjang , si lilo dan si bella aku tu dah panggil sebab aku tak kasi dia makan dari pagi tadi , hahahahh jahat kan .. Wassalam



Entri tahun baru - Azam 2013 -


 (Gambar tidak ada kena mengena dengan Entri hari ini)

Assalamualaikum ,

Salam jumaat , Masih sempat lagi aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca blog ni . So kita tinggalkan segala kenangan tahun 2012 yang kita lalui dan kita mulakan kehidupan baru pada tahun ini iaitu 2013 . So aku harap tahun ni , aku lebih berjaya berbanding tahun-tahun sebelum ni . Kepada adik-adik yang masih bersekolah , aku nak ucapkan selamat kembali ke sekolah . Dan kepada calon-calon PMR dan SPM tahun ini , ingat jangan banyak buang waktu bila cikgu mengajar kat depan , focus apa yang diajar oleh cikgu sebab kunci pertama untuk berjaya adalah focus semasa belajar .

Aku mulakan tahun baru aku ni dengan cerita yang simple and easy going , Azam ? Of course semua orang ada azam kan , bohonglah kalau takda tu . Even satu azam pon sudah mencukupi . Tapi tahukah anda bahawa orang yang berazam setiap tahun ini hanya 40% orang sahaja yang berjaya melunaskan azamnya , lagi 60% orang , aku rasa maybe terkubur atau dibawa ke tahun-tahun yang akan datang . So dimanakah golongan anda semua , adakah anda berada di golongan 40% atau 60% ? Itu semua terserah pada anda semua , sebab anda yang menentukan azam , dan andalah yang melunaskan azam .

Pada aku , aku tergolong pada golongan 60% , hahahhaha , nak tahu sebab apa ? sebab azam aku sekarang adalah untuk kekal sihat dan nak kuruskan badan , jangan terkejut bila aku kata azam tu adalah azam tahun 2008 aku , See ! 6 tahun dah azam tu tapi sampai ke sekarang belum terlaksana dengan sempurnanya lagi . So aku berharap azam aku yang selama 6 tahun tu akan berakhir pada tahun ini , Semoga tercapai hendaknya , Amin ..

Tahun 2013 telah datang , so banyak perkara yang telah berubah dalam hidup aku . pertama , tiada lagi sesi persekolahan yang macam dulu-dulu , now bila tengok adik-adik sekolah rasa macam janggal lah pulak . Kedua umur semakin tua , mana tidaknya 18 tahun okay , dua tahun lagi nak masuk awal 20 an , tapi muka aku still mantain macam umur 16 tahun , hahahahh bak kata mak cik  cleaner kat Midvalley lah . Ketiga , pemilihan ke IPTA atau IPTS , okay yang ni susah sikit , kena pandai pilih mengikut bidang kita minat . Ramai yang kata jangan ikut orang , just follow your heart and what you want to do in future soon ! Okay now aku dah tahu apa bidang yang lebih cenderung kearah aku , so aku harap masa depan aku akan dibalas dengan setimpal apa yang aku pilih masa nak masuk IPTA atau IPTS nanti , Amin !

So apa azam anda tahun ni , aku harap korang dapat melunaskan segala azam korang pada tahun ni , jangan lupa doakan aku semoga aku dapat capai apa yang aku inginkan dalam kehidupan . Terima kasih daun keladi , semoga kita jumpa lagi di next entri ..