Wednesday, February 20, 2013

Tips untuk berjaya dalam ujian pemanduan JPJ

Assalamualaikum ,

Harini aku nak share tips yang mungkin berguna untuk korang praktikan semasa ujian memandu atau ujian JPJ . Aku ni takda lah pro mana pon , tapi sebagai seorang manusia kita haruslah berkongsi ape ape maklumat kepada mereka yang memerlukan . Tak gitu ?



Tips Menaiki Bukit 

Ramai pelajar yang buat silap masa part ni , even aku masa mula-mula belajar pon banyak kali kena maki dan kena marah dengan penyelia tu sebab tayar tak kena garisan kuning . Tapi dengan berkat doa aku boleh buat juga akhirnya . So tips yang boleh aku bagi masa korang nak ujian menaiki bukit .
  1. Buang perasaan gemuruh anda . Dan fikirkan yang ada harus boleh melakukannya ! 
  2. Pastikan anggota badan anda berkeadaan yang selesa serta mudah untuk membuat pijakan pedal minyak , brek dan clutch 
  3. Gunakan pacaindera anda untuk mengetahui keadaan deruman enjin dan kawalan minyak semasa menaiki bukit 
  4. Apabila anda sudah bergerak , pastikan kawalan minyak dapat dikawal dengan baik dalam erti kata lain tidak terlampau laju atau tidak terlampau perlahan . Kalau anda terlampau perlahan besar kemungkinan kereta anda tidak dapat menaiki bukit dengan sempurna . 
  5. Semasa anda bergerak naik ke atas bukit , gunakan mata dan hati anda ini kerana 2 saat sebelum tiang pertama anda perlu berhenti untuk meletakan tayar ke dalam petak kuning dengan sempurna selaras dengan cermin tingkap sebelah kanan anda . Mata amat diperlukan disini . 
  6. Pastikan 5 saat sebelum sampai ke tiang pertama , kaki kiri anda bersedia untuk menekal pedal clutch ini kerana , ramai pelajar yang tidak sempat untuk menekan clutch dengan pantas . 
  7. Bila anda rasa , cermin sisi kanan anda sudah hampir dengan tiang pertama , dengan pantas anda menekan clutch berserta brek . Jika anda berjaya tayar kereta anda akan terletak didalam kotak kuning dengan sempurna . Pastikan anda free kan gear sebelum mengangkat tangan . Yeayyyyyy 
  8. Semasa menuruni bukit , anda tidak perlu risau kerana sekirannya mati enjin semasa mem-balance kan clutch dengan minyak , markah tidak akan diambil kerana JPJ akan memberikan markah hanya untuk meletak tayar ke petak kuning . 

Tips Memasuki Parking 
  1. Masih sama juga , buang perasaan gemuruh anda 
  2. Jalan kan kereta dan rapatkan kekiri sedikit sehingga cermin sisi belah kiri tempat duduk belakang betul-betul dalam berkeadaan "Tengah" selari dengan tiang pertama parking . 
  3. Pusingkan stering kereta anda kearah kiri sehingga habis dan undur secara perlahan-lahan sehingga tayar belakang kereta anda berukuran 2 tapak sebelum garisan putih 
  4. Seterusnya , berhenti dan pusingkan stering anda ke arah kanan pulan sehingga habis dan undur secara perlahan aku confirm punya korang boleh masuk dalam petak tu dengan sempurna , 
  5. Pastikan kepala kereta ( hadapan ) tidak kena dengan tiang pertama , dan masuk secara perlahan-lahan 
  6. Undur kan kereta tapi jangan sampai terlanggar tiang belakang , beri sedikit ruang belakang , and then , seterusnya pusingkan stering kearah kanan sehingga habis dan gerakkan kereta ke depan sehingga berada di tiang hadapan ( Jangan sampai terlanggar pula ) 
  7. Masuk gear reverse and then biarkan stering dalam keadaan arah kekanan . undur sehingga ketengah-tengah kotak , dan anda boleh angkat tangan ke arah JPJ 
  8. Akhirnya anda tinggal keluar je dari kotak parking , itu menandakan anda sudah berjaya melakukannya . Yeayyyyyyy 

Tips 3 penjuru 
  1. Jangan gemuruh kerana 3 penjuru adalah yang paling senang untuk dibuat 
  2. Anda hanya masuk secara serong , untuk mendapatkan 3 pergerakkan dengan sempurna , semasa anda memasuki secara serong cuba rapatkan kenderaan kearah kiri sedikit ( jgn sampai terkeluar garisan ) dan pusingkan stering ke arah kanan dan lantas tekan clucth dan brek untuk masuk  ( Pergerakkan 1 )
  3. Tekan clutch masuk gear reverse , pusingkan stering anda kearah kiri dan undur secara perlahan-lahan ( Pergerakkan 2 )
  4. Bila kereta dalam keadaan lurus anda terus keluar dari kotak ujian 3 penjuru (Pergerakkan 3 ) ( Jangan tunggu untuk angkat tangan , kerana ujian 3 penjuru ini tidak perlu anda mengangkat tangan ) hanya pastikan JPJ memberi kebenaran anda untuk keluar okay . 
  5. Dan anda sudah berjaya buat 3 penjuru dengan jayanya . Yeayyyyyyy 

So aku harap , tips yang aku bagi ni dapat membantu serba sedikit bagi sesiapa yang belum lagi melakukan ujian JPJ . Nasihat aku untuk korang , jangan takut untuk menghadapi cabaran sebab takut adalah kunci sesorang untuk kearah kegagalan . So be cool , banyakkan berdoa dan sentiasa tenang . Sebelum tu , semua tips yang aku bagi ni adalah hasil pengalaman aku sendiri bila nak dapatkan lesen P tapi alhamdulillah akhirnya aku berjaya dapat lesen P dengan sekali test sahaja . Nak share boleh tapi credit my url blog okay .

Tuesday, February 19, 2013

5 Fakta menarik yang anda perlu tahu tentang saya

Assalamualaikum ,


5 fakta menarik yang anda semua perlu tahu dalam kehidupan saya berserta alasannya ialah :
  1. Saya fobia dengan kilat/petir kalau duduk rumah sorang-sorang 
  2. Memiliki telinga yang capang waktu kecil , tetapi tidak kelihatan capang pada waktu kini 
  3. Kalau kat shopping mall , saya paling takut nak naik escalator a.k.a tangga elektrik sebab pernah terjatuh waktu kecil
  4. Saya juga takut jika berhadapan dengan " Badut " . Pleaseee lahh tak sanggup tengok muka dia 
  5. Waktu saya berumur 6 tahun , telinga kanan saya pernah digigit oleh cewek/perempuan tanpa sebab . 

Kenapa aku fobia dengan kilat ? 

Hahahaha sebenarnya kisah dia macam ni , masa aku umur 8 tahun , pernah kena tinggal dengan ayah aku dek kerana aku meragam tak nak ikut , masa tu pulak hujan lebat dan kilat sambung menyambung , hahahha so ayah aku pon nak test aku macamana duduk rumah sorang-sorang , Tanpa pengetahuan aku dia berpura-pura keluar rumah naik kete . padahal dia bawa kereta dia then park selang 4 rumah dari rumah aku . So kesimpulannya masa aku duduk rumah sorang-sorang tu , aku buat macam biasa seperti kanak-kanak riang yang lain , Tiba-tiba ....

Papppp.........Kebabommmmmmmmm ... ( Bunyi Kilat )

Rumah blackout , aku pulak kebetulan duduk betul betul bawah fius box , hahahahah apa lagi aku pon melompat sambil melalak minta tolong , hahahahha sejak daripada peristiwa tu , aku ikut je kemana bapak aku pergi , luar rumah , dalam rumah , ke kedai , hahahahaha

Kenapa dulu telinga capang , tapi sekarang tak ? 

Okay yang ini memang aku tak tahu , kuasaa tuhan kannn , hahahahah kita kena terima ape yang tuhan bagi kat kita .

Kenapa takut dengan escalator ?

Masa aku umur 6 tahun entah macam mana boleh terlepas dari gengaman tangan mak aku , so aku dengan muka tak bersalahnya main dekat area escalator kat salah sebuah shopping mall ni , main punya main punya main . Tiba-tiba ... entah timbul satu idea , idea yang timbul tu pulak agak merbahaya sikit , hahahahha nak try main turun naik turun naik escalator , hahhahah bila tengah dok syok main tu

Kedebukkkkkk ..... ( jatuh ) 

hahahhaahha ... sejak daripada tu aku tak berani naik escalator , hahahhah tapi alhamdulilah sekarang aku dah boleh tangani fobia naik escalator tu . Yeayyyyyy

Kenapa takut dengan badut ? 

Haaaaa part ni yang malas aku nak terangkan ni , hahahhaha muka badut tu menyebabkan aku avoid dia dari aku , hahahhaha sumpa tak suka tengok muka dia , seriously menakutkan okay . hahahahha kalau aku jumpa dia pon , aku cepat cepat jauhkan diri dari dia .

Kenapa kena gigit telinga ?

Okay masa aku tadika , biasalah permainan kanak-kanak , pengantin olok-olok , masak-memasak , buaian , kereta api . hahahaha so nak dijadikan cerita aku leader segala permainan tu semua , dan kebetulan ada satu awek ni cantik wooooo aku ingat lagi nama dia nadhirah , tiba-tiba datang kat aku terus gigit telinga aku tanpa sebab ....

Adoiiiiii ... sakitlah !!!!! ( aku )

Dan belum sempat aku nak cakap " kenapa gigit saya " dia dah berlari masuk kelas dia , dan aku pulakkk terpaksa terima gigitan tu , hahahha aku redha dan pasrah je ape yang terjadi selepas dia gigit aku tu  . Balik dari tadika , aku mengadu kat ayah dan mak aku , macam biasa dia gelakkan aku je . Dan tanpa usul periksa aku pon terbaca satu buku ni yang mengatakan " Berhati-hati dengan gigitan cinta " dan aku pon terus tersentap sambil berkata dalam hati " Whatttttt gigitan cinta " ( Sambil buat muka stimm ) Sejak daripada tu , aku terus makin rapat dengan budak yang gigit aku tu sampai lah keharini , Alhamdulillah ... hahahha

Nota : Semua cerita aku kat atas ni adalah benar dan tidak ada tambahan mana-mana skrip .

Review Makanan yang Best di Muar , Johor

Assalamualaikum , 

Harini aku nak buat review tentang makanan-makanan yang popular di Muar , Johor , so dikesempatan cuti tahun baru cina haritu , aku pon bergerak ke muar untuk cari makanan-makanan yang sedap lagi menyelerakan , hahahhaha dari segi selera aku 3 makanan yang berjaya memikat hati aku selama aku berada di muar ni ialah .. Jeng..Jeng..Jeng 

 MEE BANDUNG MUOOO
  • Mee bandungnya yang kaya dengan rempah 
  • Tidak terlalu pedas apabila dimakan 
  • Kuah mee bandungnya yang pekat lagi menarik 
  • Mempunyai udang , ayam , daging , dan juga telur didalam mee bandung itu sendiri 
 AIR BATU CAMPUR
  • Air batu campurnya yang berwarna-warni 
  • Mempunyai perasa dan pewarna yang menarik minat pelanggan 
  • Mempunyai rasa yang amat menyelerakan 
  • Harganya murah dan mampu dibeli oleh pengunjung
ROJAK PETIS
  • Kuah rojak petis yang pekat dan likat 
  • Campuran sayur , tempe , tauhu , taugeh , timun dan macam-macam lagi 
  • Tamburan kacang yang melimpah-limpah diatas kuah rojak petis 
  • Harganya juga murah 

Selain itu , muar juga mempunyai makanan-makanan atau minuman-minuman lain yang sedap sebagai contoh Asam pedas , Mee siput , Kopi 434 , Satay dan pelbagai lagi

So sejauh mana anda semua dapat bertahan nafsu makanan yang tengah bergelora kat dalam hati anda tu . Mesti anda semua terpikir " Sedapnyaaa makanan ni " atau pon anda semua   "Terliur dan lapar " ?

So kalau nak tahu lebih lanjut tentang makanan-makanan yang menarik dan tertarik kebabommmm ,Apa tunggu lagi jom lah kita pergi Muooooo , yang juga telah diberi gelaran bandar diraja . Makanan-makanan yang ada kat muar ni semuanya sedap-sedap dan murah-murah belaka . Aku yakin korang semua takkan menyesal datang muoooo

Friday, February 1, 2013

Review Filem Wawa Semput (13 PG)




Assalamualaikum 

Okay salam 1 Februari aku ucapkan , So dalam bulan baru mesti ada entri baru , hahahahah so cerita dia macam ni Entri yang lepas aku ada buat review tentang filem The Impossible so harini cuba korang teka aku nak buat review tentang filem yang mana pulak ? hahahahha jeng jeng jeng Okay sebenarnya harini aku nak buat review filem Wawa Semput . Yerrr aku tahu sejak akhir-akhir entah kenapa hormon tengok wayang aku naik mendadak , hahahah mungkin sebab dah habis zaman sekolah kot ! Okay sepanjang aku tengok filem wawa semput ni , cerita dia bolehlah tahan kelakar dia . Secara sinopsis berdasarkan pemerhatian aku sepanjang filem ini dimainkan ialah

PEMERHATIAN 1 
Bobby kembali lagi dengan menjual burger yang turut dibantu oleh Wawa dan juga Ismat . Akan tetapi dengan sikap Bobby yang malas berusaha , Wawa mengambil keputusan untuk tinggalkan bobby untuk bersama dengan Ismat .

PEMERHATIAN 2
Ismat masih lagi menjadi tukang karoke di gerai burger Bobby . Tetapi telah berhijrah berniaga ke kedai Pak Din , ayah kepada Wawa . Tetapi Ismat dalam cerita Wawa Semput ini telah dikembang sebagai seorang yang mempunyai banyak duit berbanding Bobby yang kekurang hasil pendapatan .

PEMERHATIAN 3 
Konflik berlaku dimana Bobby cemburu dengan sikap Ismat yang suka mengambil hati Wawa . Keputusannya Bobby telah berpura-pura menjadi teman lelaki ayuni dengan harapan agar Wawa akan cemburu bila Bobby bercinta dengan Ayuni . Lebih parah lagi , Yang mana ayuni adalah  teman baik Wawa di kampung . Pelbagai konflik berlaku sepanjang cerita ini . Ismat dan Bobby bersaing untuk menyaingi atau menambat hati Pak din yang mana ayah kepada Wawa . Pelbagai cara mereka lakukan untuk menambat hati pak din . Adakah mereka akan berjaya ? Siapa kah salah seorang dari mereka yang berjaya ? Semua korang kena tengok sendiri filem ni .

PEMERHATIAN DARI SEGI WATAK/PERWATAKAN 
Pada pendapat aku cerita ni tak kosong , ada je pelbagai cara dan karenah yang dilakukan oleh Bobby dan Ismat dalam cerita ni . Watak Bobby masih lagi sama seperti watak dalam cerita Adnan Sempit . Selain itu , watak Wawa juga masih lagi sama seperti watak Bobby cuma dalam cerita Wawa semput ni , wawa terpaksa membuat keputusan siapakan yang berjaya menambat hati dia "Besar atau Kecik" . Seterusnya , watak Ismat , kali ni dia muncul sebagai orang yang mempunyai kereta dan boleh mengunakan apa sahaja cara kotor dengan hanya mengupahkan seseorang dengan wang . Watak baru dalam cerita ni adalah Ayuni , kalau korang perasaan watak ayuni ni seakan -akan kesinambungan cerita Taikun , so kepada yang belum tengok taikun tu , pergi tengok sekarang , watak ayuni ni seorang gadis yang lemah lembut dari segi luaran tetapi mempunyai hati yang keras . Dan mengusahakan sebuah Homestay di kampungnya . Manakala watak Pak din seorang pengusaha kedai warung dan juga pengurut batin di kampung . Peranan pak din tidak banyak tetapi masih boleh menghiburkan hati penonton .

So jangan lupa untuk menonton filem Wawa Semput pada 31 Januari 2013  , bawa seluruh family anda serbu panggung , pasti tak menyesal punya tengok cerita ni . Rating untuk filem ni aku bagi 4/5