Thursday, April 11, 2013

Dapat Tawaran KPTM Bangi



Alhamdulillah , Akhirnya course yang aku apply kat portal KPTM haritu berjaya ditawarkan kepada aku . Mula-mula aku macam tak percaya yang aku dapat KPTM Bangi Course Diploma Perakaunan AA101 . Siap aku refresh page banyak-banyak kali . Hahahaha at last still keluar benda yang sama macam dalam gambar diatas tu . Wahhhhhh Alhamdulillah .

Sebenarnya masa aku isi KPTM tu , aku ada lah minta Human Resource dengan Tesl kat KPTM KL , tup tup bila keluar result , Aku dapat Diploma Perakaunan kat KPTM Bangi . Mungkin masa aku isi application KPTM tu aku letak pilihan pertama aku Akaun . Tu yang terus dapat tu . Well orang pertama yang tahu aku dapat KPTM ni mesti lah Zairien , hahahah kawan sekolah menengah aku dulu . hahahaha sebenarnya dia pon dapat KPTM juga tapi dia dapat kat cawangan Kota Bharu then course yang dia dapat Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak . hahahhaah tapi dia taknak pergi sebab jauh katanya .

Okay berbalik kepada cerita aku tadi . KPTM ini bukanlah benda asing pada aku , sebab cousin aku pon ada yang belajar kat KPTM ni , cuma dia belajar kat KPTM Kuantan course Bussiness Management . Lagipon ada certain part bab bab bussiness ada sangkut paut juga dengan Akaun , so aku tak lah risau sangat sebab dia boleh tolong aku . Well for your information Sem 1 dia dekan okay . hahahahah So ini serba sedikit subjek yang aku akan belajar masa ambik akaun nanti


Aku harap aku boleh carry semua subjek ini . Aminn . Tapi sebelum tu , aku harap juga UPU aku dapat , semua orang ingin masuk Universiti kan termasuk juga aku . Dapat merasa pon dah kira cukup lah , hehehehe apa-apa pon Doa kan aku supaya dapat buat keputusan yang terbaik okay .

Tuesday, April 2, 2013

Review Filem G.I Joe : Retaliation

Assalamualaikum ,

Okay harini aku nak buat review tentang Filem GI.JOE - Retaliation . Sebenarnya cerita ni adalah kesinambungan dari G.I JOE : The Rise Of Cobra yang telah pon menemui penonton pada tahun 2009 5 tahun yang lalu . Filem G.I JOE kali ini padat dengan penuh aksi lasak dan babak pertarungan


Review Jalan Cerita
Pasukan tentara G.I JOE yang berkhidmat untuk menghapuskan musuk kerajaan AS ini bukan saja menentang kumpulan penjahat , cobra malah mereka juga bertindak melenyapkan segala penjenayah yang mengancam keamanan negara . Kumpulan ini diketuai oleh Duke dan dianggotai oleh Roadblock , Miss Jaye , Flint dan beberapa orang lagi .

Dalam masa yang sama meskipon komander cobra sudah ditangkap dan diletakkan di penjara bawah tanah yang dikawal rapi , anak buah nya sentiasa mencari jalan untuk membebaskannya bagi menjayakan rancangan memusnahkan bumi . Storm Shadow muncul untuk menyelamatkan komander berkenaan namun tidak sedar dirinya hanya dijadikan alat bagi menjayakan misi jahat kumpulan cobra.

Zartan yang menyamar sebagai presiden dalam diam turut merancang menghapuskan pasukan G.I JOE kerana bagi kumpulan cobra , kumpulan ini menjadi ancaman utama kepada mereka . Namun 3 daripada ahli G.I JOE terselamat dalam serangan daripada kumpulan cobra . Lalu mereka bersatu dengan jeneral colton bagi menyekat rancangan jahat pasukan lawan . Adakah mereka berjaya ? Semuanya anda kena tonton sendiri filem hebat pada abad ini .



Nak lagi ? hahhahaha pergi lah tengok sendiri kat wayang , i bet you must enjoy watching this action movie . Ada certain part yang berjaya menghiburkan penonton , Movie ni memang banyak action dan aksi lasak so kepada kaum kaum adam tu memang confirm enjoy lah , tapi bagi kaum hawa tu , mungkin boleh layan juga cerita ni . asalkan jangan tidur dalam panggung sudah . Sebelum terlupa kalau korang nak lebih puas lagi , tonton filem ni dalam aksi 3D . Korang akan rasa peluru tu betul betul pergi ke arah korang dan babak babak aksi dalam ni memang timbul dalam screen wayang tu . Kalau kat Midvalley tak mahal hanya RM 20 je . So overall aku boleh bagi Filem G.I JOE : Retaliation ni 9/10 bintang . Hooo . Hoaaaaaaa