RESEPI DAGING BAKAR ALA DANOK



Assalammualaikum rasanya ramai yang mencari resepi berkaitan daging bakar. Bagi sesiapa yang pernah ke sempadan Thailand atau di Danok. Daging Bakar ni sememangnya menjadi pilihan kerana itu salah satu tarikan juadah paling popular di sana. Siapa yang pernah ke sana memang tahulah ,  sememangnya kesedapan Daging Danok terletak pada perapan dan sos pencicah yang disediakan. 

Sebelum minggu PKP dilaksanakan ada juga jalan - jalan dengan kakak di Festival Makanan Thailand so dalam kepala memang dah set kan untuk cari Daging Danok ni. Alhamdulillah jumpa satu gerai ni yang mana Pemilik Gerai ini seorang mualaf dan sememangnya berasal daripada Thailand  dan kebetulan beliau ada kedai makan yang dibuka di Malaysia so tak kan nak lepaskan peluang kan. So kami pun beli daging tersebut dan sambil tu dapatlah info-info resepi Original Daging Danok yang diberitahu oleh beliau. 



Balik je dari Festival Makanan Thailand memang dah niat nak buat Daging Ala Danok tu so aku dengan kakak aku mulalah tercari-cari resepi seperti yang diberitahu oleh pemilik gerai di festival tadi. Tapi untuk perapan daging tersebut ada sedikit olahan untuk menyedapkan lagi daging tersebut. Untuk Pengetahuan Perkongsian kalini adalah menggunakan Air Fryer yang jimat masa dan mudah.

 Perapan Daging (Bahan-Bahan)

  • 500gm Daging Batang Pinang
  • 2 sb Gula
  • 2 sb Maggi Cukup Rasa
  • 1 pek Perencah Lada Hitam Istimewa Maggi
  • 2 sb Sos Tiram
  • 2 sb Sos Ikan

 Cara Penyediaan :

  • Satukan kesemua bahan diatas, dan perapkan daging bersama perapan tersebut dalam masa 2-3 jam
  • Selepas 2 – 3 jam, Set Kan Air Fryer kepada 180-190’ sebelum tu panaskan Air Fryer tersebut dalam 2-3 minit.
  • Untuk tidak melekat, sapukan minyak pada gril tapak besi Air Fryer tersebut dan bakar selama 30 minit.
  • 15 minit pertama tukar kedudukan daging tersebut, agar ianya masak dan sekata.
  • Bila dah masak, terus keluarkan dan hiris nipis-nipis


(Bahan-Bahan)

  • 3 sb beras
  • 1 biji bawang
  • 1 biji Limau Nipis
  • Akar Daun Ketumbar
  • 5-6 Tangkai Cili Padi
  • 4-5 sb Chili Flakes
  • Air Asam Jawa
  • 3 sb Sos Ikan
  • Gula Melaka
  • Daun Ketumbar

Cara Penyediaan :

  • Sangai beras sehingga perang. Kemudian tumbukkan bersama Akar daun ketumbar sampai lumat. Masukkan cili dan bawang besar tumbuk sekali lagi sampai lumat.
  • Setelah lumat, masukkan dalam mangkuk, satukan baki barang kesemuanya dan gaul. Jika terasa kurang kuah, boleh tambah samada sos ikan atau air asam jawa. Untuk nampak lebih merah adalah bergantung pada kapasiti Chili Flakes yang dimasukkan.
  • Setelah semuanya gaul sebati dan sekata, maka sejukkan dalam peti ais.
Kredit : CIKZA COM

Post a Comment

0 Comments