Buah Kurma dah sinonim di Bulan Ramadhan. Asal Masuk je bulan Ramadhan, berpusu-pusu orang mencari buah kurma untuk di jamah ketika berbuka puasa. Tapi pada amalan Ezad sendiri, Buah kurma tidak memfokuskan pada bulan ramadhan, tetapi bulan-bulan biasa tetap Ezad makan seperti biasa.
Ramai yang berkira-kira untuk membeli buah kurma Ajwa kerana harganya yang mahal, dan sebab itulah Kurma tersebut di panggil Kurma Nabi. Tapi berbaloi sangat kalau buat stok simpanan, kerana Kurma Ajwa ni tahan lama berbanding kurma-kurma yang lain. Dan sebab itulah dengan harganya yang mahal, tapi manfaat dan khasiatnya sangat berbaloi.
Rupanya ini 5 Kelebihan Kurma Ajwa Yang Di Kenali Sebagai Kurma Nabi
#1 – Disebut Dalam Hadis / Penawar Sihir
Rupanya terdapat pelbagai jenis kurma yang berada di pasaran dalam mahupun luar negara. Namun kurma Ajwa yang selalu disebut-sebut dan begitu uniknya tersebut didalam satu hadis. Namun ada juga dikatakan dapat membantu untuk mengusir racun serta penawar sihir yang ada di dalam badan kita. (wallahualam)
Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ‘Ajwah, tiada racun atau sihir dapat memudharatkannya pada hari itu.
[Sahih al-Bukhari, Kitab at-Thibb, Bab Syurb al-Sum…, hadis no: 5779]
#2 – Mempunyai Ciri – Ciri Yang Unik
Kalau korang nak tahu, kenapa kurma Ajwa ni Ezad kata sangat unik, sebab Kurma ni tahan lama berbanding kurma lain yang ada di pasaran. Tarikan utama yang membuatkan ianya sangat unik adalah :-
- Ciri buah yang agak gelap
- Saiz agak kecil
- Isi tak tebal
- Rasa Tidak terlalu manis
- Tekstur buah tak berapa kering
- Tahan Lama
#3 – Sumber Anti Oksidan Melindungi Dari Sebarang Jangkitan
Hasil kajian daripada King Saud University, kandungan buah kurma ajwa mengandungi flavonoid glycosides sumber yang membekal antioksidan kepada tubuh supaya kekal lebih bertenaga sepanjang hari. Lagi pulak Kurma rata-rata ramai yang menggalakkan untuk memakan sekurangnya 2 biji kurma untuk tenaga sepanjang hari.
Selain itu juga, Antioksidan ini dapat membantu melindungi tubuh kita daripada jangkitan serta meningkatkan kesihatan jantung. Dengan kandungan Zat Magnesium itu sudah cukup diklafikasikan sebagai penawar anti radang yang setanding dengan ubat-ubatan seperti aspirin dan ibu profien.
#4 – Merancang Kehamilan / Ibu Hamil
Kurma juga sinonim dengan ibu hamil dan juga mereka yang merancang kehamilan. Seperti ibu ibu yang lain yang sedang merancang kehamilan, Amalan yang boleh dilakukan ialah dengan mengamalkan 7 biji kurma ajwa setiap hari, samada di makan begitu sahaja atau pun kisar bersama susu. Kajian menunjukkan ia mengandungi kolesterol, rutin, karotenoids meningkatkan paras hormon gonadotropin yang meningkatkan kesuburan wanita.
#5 – Melancarkan Penghadaman
Bulan Puasa mahupun bulan lepas raya ni, selalunya kita kurang untuk minum air, dan sebab itulah punca utama sembelit sering terjadi di bulan puasa dan juga raya asbab kita kekurangan minum air. Jadi ada yang makan ubat tapi masih lagi tidak berapa nak jalan, Namun dengan pengambilan buah kurma inilah penawar untuk mereka yang sembelit dan melancarkan Penghadaman perut di bulan puasa dan juga selepas raya. Tak percaya Cubalah.
Ramai yang mengeluh, harga kurma terlalu mahal di pasaran, tapi Ezad sangat berpuas hati dengan servis dan harga yang di pasarkan oleh Rihura Herbs Enterprise yang sangat berpatutan. Yang bagusnya setiap produk adalah stok yang terbaru dan bukan yang lama. Harga tak sama dengan yang ada tau. Walaupun VIP premium tapi berbaloi untuk dibeli.
- [100g] Rm 15
- [200g] Rm 28
- [300g] Rm 40
- [500g] Rm 60
- [1kg] Rm 110


0 Comments