CARA TEBUS EPENJANA BAUCER BERJUMLAH RM50 MELALUI E-WALLET ATAU E-DOMPET


Apa itu E-Wallet ? Mesti ramai yang masih keliru dan tertanya - tanya apa itu E- Wallet, Khususnya pada mereka - mereka yang masih lagi tidak didedahkan secara fizikal dengan teknologi moden pada masa kini. E-Wallet atau lebih dikenali sebagai Electronic Wallet atau dalam bahasa mudahnya E-dompet merupakan satu aplikasi yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan wang secara maya atau digital kredit. Penggunaan E- Wallet yang bermatlamatkan " cashless " merupakan satu norma baharu untuk rakyat Malaysia untuk memudahkan aktiviti transaksi mereka. Dengan adanya E-Wallet banyak manfaat yang diperoleh daripada aplikasi ini. 

Sehubungan dengan itu, harini 5 Jun 2020, Perdana Malaysia Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan bertemakan Bersama Menjana Ekonomi, yang mana merangkumi 40 inisiatif bernilai RM 35 Billion yang bertujuan untuk memulihkan ekonomi Malaysia selepas terkesan daripada wabak pendemic COVID-19. 

Daripada 40 inisiatif yang diperkenalkan oleh beliau, terdapat satu inisiatif yang menarik perhatian ramai warganet Malaysia. iaitu Kerajaan akan kreditkan RM 50 ke dalam akaun E-Wallet yang dipadankan dengan baucer diskaun yang bernilai RM 50 bermula pada Julai 2020. Seperti yang kita tahu selama kita menjalani Perintah Berkurung atau PKP warganet lebih memilih untuk berbelanja melalui atas talian seperti Lazada dan Shopee. Mereka berpendapat bahawa dengan menggunakan pembelian atas talian memudahkan mereka untuk mendapatkan barang tanpa perlu ke kedai seraya membayar secara "contactless payment"

Update yang diterima pada 8 JUN 2020, Menurut kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didalam sidang media khas, beliau berkata

Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam E-Wallet atau E-Dompet pengguna setelah memuat turun aplikasi MySejahtera. Tambahan lagi, ini adalah untuk menggalakan pengguna untuk memuat turun aplikasi tersebut dan menggunakan app MySejahtera ini. 

CARA MENDAFTAR E-WALLET UNTUK MENEBUS RM 50 

Seperti apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu, Baucer Tunai RM30 dapat ditebus melalui aplikasi E-Wallet. Seperti yang sedia maklum sehingga tahun 2020 Kerajaan Malaysia hanya mengiktiraf 4 aplikasi E-Wallet yang hanya boleh menebus RM 50 ini iaitu Aplikasi MySejahteraTouch n Go E-Wallet, Boost and Grabpay.

APLIKASI MYSEJAHTERA 


  • Langkah pertama ialah Download App MySejahtera melalui Playstore dan AppsStore. Atau anda boleh mendaftar di Portal MySejahtera ( Daftar MySejahtera )
  • Setelah download dilakukan. Pengguna boleh memilih untuk " Login menggunakan Phone Number atau Email". Sekirannya tidak berjaya, Pengguna boleh klik " Register Here" untuk mengisi semua maklumat pengguna. Setelah isi. Tunggu Verikasi. 
  • Setelah melalui langkah Verifikasi. Anda boleh Login Semula dengan Email atau No Telefon yang telah didaftarkan ke Muka Hadapan MySejahtera.  Anda sudah selesai dan boleh menebus baucer RM50 yang akan dikreditkan di dalam E-Wallet anda Touch n Go E-WalletBoost and Grabpay ( (Sentiasa Alert dengan Tarikh penebusan RM50)

APLIKASI TOUCH' N GO E-WALLET (Android / IOS)




    • Langkah pertama ialah Download Touch'nGo E-Wallet melalui Playstore dan AppsStore.
    • Setelah download dilakukan. Sahkan atau verify akaun Touch'nGo anda terlebih dahulu 
    • Setelah melalui langkah Verifikasi. Anda sudah selesai dan boleh menebus baucer RM50 anda yang terdapat aplikasi tersebut (Sentiasa Alert dengan Tarikh penebusan RM50)

APLIKASI GRABPAY  (Android / IOS)


    • Download aplikasi Grabpay terlebih dahulu di AppsStore / Playstore 
    • Lakukan aktiviti Pengaktifan.
    • Masukkan No Kad Pengenalan dan Nama Penuh anda. 
    • Tekan hantar dan anda akan menerima mesej pengesahan 
    • Kemudian setelah menerima mesej pengesahan. Anda boleh menebus baucer RM50 tersebut (Sentiasa Alert dengan Tarikh penebusan RM50)

APLIKASI BOOSTS  (Android / IOS)



    • Sama seperti dua aplikasi diatas yang lain. Anda perlu download aplikasi Boosts ini terlebih dahulu di AppsStore / Playstore.
    • Masukkan details yang diperlukan seperti Nama anda dan butiran yang lain. 
    • Buat pengesahan atau verify akaun Boosts anda. 
    • Klik "Ready To Claim E-Tunai" dan ikut langkah yang berikutnya. 

Apa yang diharapkan adalah gunakanlah duit serta inisiatif - inisiatif yang telah kerajaan berikan kepada kita seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Geran Khas Prihatin (GPK) serta bantuan - bantuan lain dan berbelanjalah dengan berhemah dan berjimat cermat. Kerana inisitif yang diberikan ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk rakyat Malaysia yang terkesan serta terjejas pendapat mereka dengan  bermatlamatkan untuk meringankan beban kos saraan hidup rakyat di Malaysia akibat daripada wabak pandemik COVID-19.  

Post a Comment

1 Comments

Anonymous said…
Terima Kasih sebab bagi info yang bermanfaat macamani. Teruskan penulisan ilmiah macam ini.