CEGAH COVID-19 : 3 NORMA BAHARU YANG PERLU DIPRAKTIKKAN DALAM FASA PEMULIHAN (PKPP)


Warganet Malaysia hari ini melahirkan rasa syukur kerana penantian mereka untuk menantikan sama ada PKPB disambung atau tidak kini berakhir dan terjawab dengan respon yang positif kerana pada harini 7 JUN 2020. Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin telah membuat kenyataan menerusi teks ucapannya. Beliau berkata 

PKPB yang akan berakhir pada 9 JUN 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 JUN 2020 hingga 31 OGOS 2020. Dalam pelaksanaan PKPP ini akan lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan seharian disamping mematuhi SOP berterusan. 

Seperti yang sedia maklum, PKPB akan digantikan dengan Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP dimana fasa ini bermatlamatkan untuk memulihkan sektor - sektor ekonomi negara. Rakyat Malaysia diseru agar terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menjalankan aktiviti harian. Norma - norma baharu perlulah dipatuhi dan dipraktikan dalam kehidupan seharian. 

Apa itu Norma Baharu ? Norma menurut carian dari Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud sukatan yang "Standard untuk menentukan sesuatu ukuran atau kaedah." Dalam erti kata mudah yang lain norma yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan Malaysia adalah kaedah baru yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia pada masa kini untuk bebas dari wabak pendemik COVID-19. Tiga norma baharu yang perlu dipraktikan oleh rakyat Malaysia ialah ; 

PEMAKAIAN FACE MASK 


Pemakaian mask penting untuk terutama individu yang terdedah dengan persekitaran orang ramai dan juga pekerjaaan yang perlu berhadapan dengan orang ramai. Perkara ini juga disokong oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi salah satu kenyaataannya semasa mengendalikan sidang media COVID-19 pada 4 Mei 2020. Beliau menegaskan bahawa ; 

Memakai penutup muka dan hidung bukan satu kewajipan tapi sangat - sangat digalakkan terutama kalau kita berada di kawasan awam atau pun di kawasan orang ramai

PENGUNAAN HAND SANITIZER & KERAP BASUH TANGAN 


Penggunaan hand sanitizer dan kerap basuh tangan merupakan salah satu langkah dalam norma baharu untuk rakyat Malaysia. Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Aizuniza Abdullah, beliau menegaskan melalui FB Live KKM Khas Kenali Covid-19 pada 4 Mei 2020, berkata 

Jika seseorang berada di luar rumah, mereka perlulah mencuci tangan sekerap yang mungkin terutamanya apabila menyentuh sebarang permukaan. Tambahannya lagi, jika berada di rumah pula mereka dinasihatkan untuk mencuci tangan usai melakukan kerja - kerja rumah seperti memasak atau mengemas rumah kerana sentuhan yang disentuh boleh disyaki memiliki kuman.

Selain itu, bagi penggunaan Hand Sanitizer pula,  KKM Portal MyHealth ada juga membuat satu kicauan menerusi laman Twitter pada 24 Mac 2020 berkaitan dengan Langkah - langkah untuk mencuci tangan menggunakan Hand Sanitizer


AMALKAN PENJARAKAN SOSIAL 


Selain dari memakai mask dan penggunaan hand sanitizer, Penjarakan sosial juga perlu diterapkan oleh rakyat Malaysia menerusi norma baharu yang diperkenalkan. Penjarakan sosial ini perlulah dilakukan sekirannya anda berada khusus dikawasan - kawasan yang sering dikunjungi oleh orang ramai, sebagai contoh di Pusat Membeli belah, Pusat Pengangkutan Awam dan juga di tempat -tempat seperti di Restoran dan kedai serbaneka. Seterusnya, Menerusi kenyataan akhbar yang sering dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. KKM menyarankan agar ; 

Mengamalkan penjarakan sosial (social distancing) sekurang- kurangnya 1 meter dari orang lain.

Maka diingatkan bahawa tangungjawab kita sebagai rakyat malaysia yang prihatin perlulah mengamalkan norma - norma baharu yang diperkenalkan untuk kita bagi mengurang serta menghilangkan wabak pendemik covid19 seterusnya mengekalkan serta mempraktikan norma baharu tersebut dalam kehidupan seharian kita. 

Post a Comment

0 Comments