Kampung People nak buat sequel ? Mana peminat Lailer dan Jekfer ! Yer betul Kampung People yang dulunya mendapat sambutan di hati masyarakat Malaysia kini kembali dengan sequel-nya Kampung People 2. Perkara ini juga disahkan sendiri oleh Pengarah Drama Kampung People itu sendiri iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin di laman Twitter milik beliau Laman Twitter Milik Wan Hasliza
Kampung People season 2 is in progress #KampungPeople
Mengimbas kembali penceritaan drama ini pada tahun lepas, Pada awalnya tanggapan drama ini pada masyarakat hanyalah sekadar drama drama biasa yang pernah ada di TV3, Namun setelah beberapa episod telah disiarkan ianya ternyata dapat menarik hati peminat masyarakat di Malaysia kerana ada diantara mereka memberikan pujian yang sangat - sangat positif terhadap drama tersebut.
Kepada anda yang tidak mengikuti cerita ini, drama ini mengisahkan tentang Keluarga Razif yang terpaksa menukar identiti mereka yang penuh kemasyuran dan kekayaan kepada keluarga yang berasal daripada kampung demi mengelakkan razif dan keluarganya diburu oleh penjenayah.
Sedikit sinopsis yang boleh diceritakan melalui drama ini ialah :
Razif bekerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap. Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut. Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaan di kampung.
Agak - agaknya apalah gelagat Keluarga Razif dalam Drama Kampung People 2 kalini kan. Mesti lagi lucu dan tak kering gusi. Yang pasti kepada peminat yang meminta drama ini dipanjangkan boleh menarik nafas lega kerana sememangnya drama ini akan menemui anda di TV3 nanti. Nantikan.



0 Comments