Pertama sekali nak ucapkan tahniah kepada pelajar - pelajar yang berjaya mendapatkan tempat di Universiti pilihan mereka sendiri. Tahniah lagi sekali untuk pelajar - pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Entri kali ini sememangnya ditunggu - tunggu oleh pelajar - pelajar yang masih samar - samar dengan keputusan yang perlu mereka pilih untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.
Secara am sistem pendidikan di Malaysia terbahagi kepada 4 fasa (UPSR, PT3, SPM & STPM) Pelajar pelajar yang menduduki peperiksaan SPM/ STPM pasti akan menempuh fasa - fasa yang sukar dalam menentukan dimana mereka selepas ini. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan 1 Sistem untuk pelajar - pelajar lepasan SPM ini meneruskan pembelajaran mereka iaitu Sistem Matrikulasi, Manakala Pembelajaran Berteraskan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diperkenalkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Apa Perbezaan Matrikulasi dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ?
Matrikulasi.? Merujuk kepada Portal Kementerian Pendidikan Malaysia
Matrikulasi diperkenalkan ada tahun 1998 merupakan satu program persediaan bagi pelajar Bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Selain itu, program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.
Untuk pengetahuan semua, Matrikulasi merupakan satu platform persediaan untuk pelajar - pelajar melanjutkan pembelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti. Antara maklumat ada mengenai Matrikulasi ini ialah :
- Matrikulasi ini sememangnya dibawah KPM
- Terdapat Elaun/Asrama yang diberikan
- Pembelajaran dilakukan di pusat - pusat matrikulasi yang terpilih.
- Pembelajaran yang agak laju dan Subjek - subjek yang diperkenalkan mengikut Module adalah sangat susah (bergantung kepada pelajar)
- Perlukan pointer 3.5 keatas untuk melayakkan serta merebut tempat di Universiti pada peringkat Ijazah Sarjana Muda.
- Tempoh pembelajaran terbahagi kepada 2 iaitu (1) Tahun untuk Pelajar yang memperoleh keputusan yang baik sewaktu SPM manakala (2) Tahun bagi pelajar yang sebaliknya.
- Pada tahun 2017, KPM telah mengiktiraf Sijil Matrikulasi sebagai salah satu sijil yang boleh digunakan untuk memohon Pekerjaan.
Bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pula, tidak kurang sama juga dengan sistem Matrikulasi kerana kedua - keduanya merupakan satu platform pantas untuk pelajar - pelajar melanjutkan pembelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Namun sistem pembelajaran di Tingkatan Enam agak berbeza berbanding tahun tahun yang dulu kerana sistem baru yang diperkenalkan mereka agak sama dengan sistem yang digunakan oleh Universiti - universiti tempatan dengan menyediakan sistem pengiraan merit secara pointer untuk keputusan peperiksaan dan juga sistem pembelajaran mengikut semester. Antara maklumat mengenai Tingkatan Enam ini ialah ;
- Dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
- Tiada elaun.Pembelajaran dilakukan di Sekolah - sekolah terpilih.
- Memperkenalkan sistem MUET untuk kemasukkan ke Peringkat Ijazah Muda.
- Pembelajaran yang laju dan pembahagian sub-subjek yang banyak untuk sesebuah subjek
- Tempoh pembelajaran 1 tahun setengah (3 semester).
- Perlukan Pointer 3.00 ke atas untuk melayakkan diri ke Universiti.
- Sijil STPM juga diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai salah satu sijil yang boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.
Bagaimana pula dengan Asasi dan Diploma ?
Asasi dan Diploma tak jauh bezanya, Dua - dua merupakan dibawah kelolaan IPTA dan ada juga dibawah IPTS. Bezanya disini hanya tahun pembelajarannya sahaja dimana Asasi mengambil masa (1) Tahun dan (1) Tahun Setengah mengikut bidang yang diambil. Manakala bagi Diploma pula (3) Tahun.
- Di bawah kelolaan IPTA & IPTS
- Pembelajaran Asasi (1) Tahun & (1) Tahun Setengah.
- Diploma pula merupakan pembelajaran jangka panjang iaitu (3) Tahun atau (4) Tahun bergantung kepada bidang yang dipilih.
- Boleh menerima biasiswa/ tajaan luar mahupun PTPTN.
- Dari segi kesinambungan pembelajaran. Asasi juga merupakan satu platform persediaan untuk pelajar - pelajar ke Ijazah Sarjana Muda.
- Sistem pembelajaran Asasi tidak kurang lebih sama seperti Matrikulasi dan Tingkatan Enam.
- Namun bagi Diploma, pembelajaran yang lapang kerana tempohnya iaitu 3 Tahun.
- Sijil Asasi tidak diiktiraf oleh SPA untuk tawaran kerja manakala Sijil Diploma diiktiraf oleh SPA sama seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Apa - apa pun pilihan pelajar - pelajar semua. Diharapkan agar anda semua belajar bersungguh-sungguh dan selamat maju jaya diucapkan.

0 Comments