Pertama sekali tahniah diucapkan untuk pelajar - pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG). Manakala untuk pelajar - pelajar yang tidak mendapat tawaran jangan bersedih hati kerana rayuan ke IPG telah dibuka pada 3 Jun yang lalu. Diingatkan bahawa hanya pelajar yang berjaya melepasi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) yang dibenarkan untuk meneruskan proses secara online ke portal rayuan IPG.
PEMOHONAN YANG LAYAK MEMBUAT RAYUAN KE IPG
Bagi pelajar - pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan pertama ke IPG. Jangan risau kerana anda boleh membuat permohonan rayuan. Namun ianya tertakhluk kepada syarat - syarat yang ditetapkan oleh IPG
- Pemohon yang telah menjalani saringan UKCG dan telah menghantar video pengajaran.
- Pemohon yang telah memohon di 12 pilihan di UPU tetapi gagal mendapat tempat di mana mana universiti.
- Pemohon yang telah memohon Pilihan 1-4 bagi Program Bahasa Melayu (SK), Sejarah (SK), Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SK), Bimbingan dan Kaunseling, Matematik (SJKC) dan tidak mendapat mana-mana tawaran dalam pilihan 1 hingga 12 semasa membuat permohonan dalam UPUonline.
- Sekiranya layak IPGM boleh menawarkan mana-mana bidang dan aliran sekolah mengikut keperluan KPM seperti berikut;
- Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC/SJKT) untuk Tahap 2 (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SJKC/SJKT) untuk Tahap 2 bahasa Cina tidak diperlukan, mempunyai syarat kepujian bahasa Cina adalah satu kelebihan.).
- Reka bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah (SK)
- Pendidikan Khas Masalah Penglihatan (SK)
PEMOHON YANG TIDAK LAYAK MEMBUAT RAYUAN KE IPG
Perhatian kepada pemohon. Ini merupakan maklumat bagi pemohon yang tidak layak untuk memohon ke rayuan IPG
- Pemohon yang GAGAL dan ujian UKCG dan gagal dalam penilaian video pengajaran.
- Pemohon yang tidak menjalani saringan UKCG dan tidak menghantar video pengajaran.
- Pemohon yang telah mendapat tawaran dari mana mana pihak pengajian melalui UPU.
CARA MEMBUAT RAYUAN
Pemohon boleh membuat permohonan rayuan di Portal Rayuan IPG di bawah dengan mengisi no kad pengenalan calon dan juga no angka giliran SPM.
PORTAL RAYUAN KE INSTITUT PENDIDIKAN GURU
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PERMOHONAN IPG
Sekirannya pemohon mengalami kesulitan dan sebarang ketidakfahaman, pemohon dinasihatkan untuk berhubung terus ke agensi yang berkaitan.
- Alamat IPG :
- INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
- No Telefon :
- 03-8312 6666/ 03-8312 6720/ 6678/ 6768/ 6693/ 6733/ 6731/ 6689/ 6760/ 6758/ 6769
- Email :
- uppp.ipgm@gmail.com / uppp@ipgm.edu.my


0 Comments