SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)


Berita baik untuk pemohon yang memohon Geran Khas Prihatin (GKP). Permohonan yang dibuat semasa tempoh permohonan dibuka pada bulan lepas kini boleh disemak mulai esok 3 Jun 2020. Menurut artikel Berita Harian bercetak yang ditulis oleh Mohd Zaky Zainudddin pada 2 Jun 2020. Artikel itu menerangkan bahawa segala capaian semakan permohonan boleh dilakukan mulai esok. Malah beliau menerangkan bahawa

Kerajaan meluluskan 488,857 atau 76 peratus permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro daripada 643,000 yang diterima setakat tarikh tutupnya 15 Mei lalu.

                          SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Sedikit maklumat mengenai GKP ialah Geran Khas Prihatin (GKP) ini diwujudkan sebagai salah satu inisiatif kerajaan bagi membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro dalam aliran tunai perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Melalui inisiatif ini, geran khas sebanyak RM3,000 disediakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN PKS) kepada setiap syarikat PKS mikro yang layak dan dijangka memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

Selain itu, menurut kenyataan Video yang dikongsi di Laman Facebook beliau pada harini Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata

"Saya juga ingin berkongsi bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang membuat semakan lanjut ke atas 81,260 permohonan dan status kelulusan bagi permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun ini. Bagi mereka yang lulus, bayaran akan dibuat mulai 15 Jun juga. "LHDN juga mendapati sebanyak 72,859 permohonan yang tidak lulus. Bagi mereka yang tidak lulus, tempoh rayuan akan dibuka dari 3 hingga 15 Jun melalui portal rasmi LHDN iaitu gkp.hasil.gov.my. Bagi perayu yang lulus, bayaran akan dibuat mulai 29 Jun," katanya.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh diajukan melalui 4 kaedah yang diumumkan oleh LHDNM seperti berikut :
  • Hasil Care Line (HCL) yang mengendalikan talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara)
  • Melalui HASiL Live Chat, disediakan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM melalui pautan pantas
  • Media sosial rasmi LHDNM, iaitu :
  • Portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan soalan lazim (FAQ) GKP di 
                     
                        SEMAKAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Post a Comment

0 Comments