Kerajaan menerusi Pelan PENJANA telah meluluskan sejumlah bayaran tambahan sebanyak RM50 juta untuk membiayai Skim Peduli Kesihatan atau PeKa B40. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassir berkata,
Menerusi PENJANA yang telah dibentangkan oleh Kerajaan kini kerajaan telah bersetuju untuk memberi dana tambahan melalui Skim Perlindungan Kesihatan sebanyak RM50 juta ringgit untuk membiayaai kos saringan kesihatan dan juga kos perubatan kesihatan.
APA ITU SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN (PEKA B40)
Skim ini merupakan satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana telah bersetuju untuk menampung keperluan kesihatan bagi golongan berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD)
APA MANFAAT YANG DIPEROLEHI OLEH RAKYAT
Terdapat banyak manfaat yang bakal diperolehi oleh rakyat menerusi Skim Perlindungan Kesihatan ini. Antaranya ialah ;
- Saringan Kesihatan Percuma di Klinik Swasta
- Bantuan Alat Perubatan bernilai (RM 20,000)
- Insentif melengkapkan rawatan kanser sebanyak (RM 1000)
- Insentif tambang pengangkutan sehingga (RM 1000)
KRITERIAN KELAYAKAN
Penyertaan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah secara automatik berdasarkan kriteria yang ditetapkan iaitu Penerima Bantuan Sara Hidup dan pasangannya yang berdaftar, berumur 40 tahun dan ke atas. Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai PeKa B40.
CARA PERMOHONAN & SEMAK KELAYAKAN
Permohonan dan semakan kelayakan boleh dilakukan melalui capaian dibawah dengan memasukkan no kad pengenalan untuk mengetahui kelayakan pemohon.
KLINIK PANEL BAGI SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN (PEKA B40)
Pemohon yang berjaya dalam permohonan secara automatik akan mendapat manfaat dan kelebihan yang ada melalui skim ini. Di bawah merupakan Klinik- klinik panel yang berdaftar bagi Skim Perlindungan Kesihatan PEKA B40 ini.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang permasalahan boleh berhubung terus ke Pihak PeKa B40 ;
Alamat :
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor
No Telefon: +603 8687 2500
Emel: info@pekab40.com.my
Emel: info@pekab40.com.my
SUMBER : PORTAL PEKA B40 / YOUTUBE RASMI KKM / FACEBOOK RASMI (PEKA B40)



0 Comments