PERMOHONAN SUMBANGAN BERNILAI RM3000 MELALUI SKIM ZAKAT KAFALAH MUZAKKI


Bayar Zakat sebanyak RM50 ringgit dan anda akan diberi perlindungan Khairat Kematian dibawah Skim Kafalah Muzakki ? Skim Kafalah Muzakki adalah satu skim yang dikenali sebagai Skim Akhirat Kematian yang mana merupakan sumbangan ikhlas dan tanda kasih sayang dari PPZ-MAIWP.  

Skim yang bernilai RM3000 akan diberikan kepada waris pembayar zakat apabila berlaku kematian terhadap pembayar zakat yang membayar zakat melalui PPZ-MAIWP dan tertakhluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. 

Kenapa anda perlu menyertai skim ini adalah kerana skim ini dapat meringankan beban waris pembayar zakat untuk membayar urusan perbelanjaan kematian dan lain - lain . Dibawah merupakan maklumat yang perlu anda tahu. 

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON 

    • Ibu/Bapa 
    • Balu/Duda
    • Anak Angkat (Sah disisi undang - undang)
    • Anak Kandung
    • Pihak Ketiga (NGO/ Badan- badan organisasi yang sah dan berdaftar 

SYARAT - SYARAT KELAYAKAN MEMOHON 

    • Anda perlu menjadi pembayar zakat PPZ-MAIWP
    • Pembayaran zakat mestilah bermula pada tahun 2019 
    • Bayar zakat minimum RM50 setahun pada setiap tahun di PPZ-MAIWP
    • Pembayar zakat yang membuat bayaran dalam tahun kematian atau mempunyai rekod bayaran zakat pada (1) tahun sebelum kematian.
    • Pemohonan tuntutan oleh waris/penama/pemohon/adalah dalam masa 6 bulan selepas tarikh kematian 
    • Bayaran zakat adalah tertakhluk kepada Zakat Harta sahaja. 

CARA PERMOHONAN & DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pemohon hanya perlu mengisi Borang Skim Kafalah Muzakki dan serahkan borang tersebut di kaunter PPZ-MAIWP di Wilayah Persekutuan. Dibawah merupakan dokumen yang perlu disediakan oleh waris pembayar zakat untuk melancarkan proses permohonan skim ini semasa proses serahan. 

    • Sijil Kematian (Asal/Kematian)
    • Salinan kad pengenalan Allahyarham (jika ada)
    • Salinan kad pengenalan Pemohon (asal dan salinan)
    • Dokumen hubungan pemohon dengan Allahyarham (sijil asal dan salinan)
    • Surat Pengakuan Sumpah bagi pemohon kategori pihak ketiga 
    • Salinan muka surat nombor akaun bank atau salinan penyata bank pemohon

TEMPOH BAYARAN ZAKAT KE DALAM AKAUN BANK 

Tempoh bayaran kredit zakat kedalam akaun bank adalah selama 14 hari bekerja dengan menggunakan Pemindahan Wang Secara Elektronik (EFT)

CARA MEMBUAT TUNTUTAN 

    • Anda perlu ke kaunter terdekat PPZ-MAIWP untuk proses tuntan. 
    • Klik untuk SENARAI KAUNTER
    • Talian Zakat di ( 1 300 88 5757 )


Sumber : SKIM KAFALAH MUZAKKI

Post a Comment

0 Comments