Menteri Kanan Pendidikan Malaysia iaitu Dr Mohd Radzi Md Jidin harini mengumumkan tarikh pembukaan sekolah bagi Kelas - Kelas Peperiksaan Awam. Menerusi sidang media khas Menteri Kanan Pendidikan hari ini yang bertarikh 10 Jun 2020. beliau berkata,
Sebagai persediaan KPM telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah. Gerak kerja bagi penyediaan Garis Panduan ini telah bermula pada awal April 2020. Kami di KPM sentiasa bekerja rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memastikan Garis Panduan yang disediakan menepati peraturan yang ditetapkan oleh badan induk tersebut.
Tambahan beliau lagi,
Untuk makluman semua, setelah mengambil kira pandangan dari nasihat KKM dan MKN. KPM telah menetapkan bahawa tarikh pembukaan semul sekolah untuk murid kelas peperiksaaan awam iaitu SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperikasaan antarabangsa yang setara bagi seluruh negara adalah pada hari RABU, 24 JUN 2020
GARIS PANDUAN YANG PERLU DIPATUHI OLEH PIHAK SEKOLAH
- Suhu perlu diambil setiap kali warga sekolah, guru dan individu yang datang berurusan di sekolah
- Suhu yang dicatat melebihi 37.5 darjah Celsius tidak dibenarkan untuk masuk atau berada di perkarangan sekolah. Individu tersebut perlulah mendapatkan rawatan di klinik atau di hospital. Ini termasuklah murid-murid yang hadir ke sekolah.
- Pihak sekolah perlu menyediakan garis laluan pergerakkan untuk warga sekolah terutamanya pelajar - pelajar yang hadir ke sekolah agar pergerakkan mereka masih lagi dibawah pengawasan garis panduan yang telah ditetapkan
- SEWAKTU DI SEKOLAH
- Pelajar - pelajar perlulah mengamalkan penjagaan diri dengan mengikut langkah - langkah yang telah ditetapkan oleh KKM dan pihak sekolah.
- Meja - meja yang berada di dalam kelas perlulah dijarakkan dalam keluasan 1 meter antara satu sama lain. (1 Keluasan Kelas boleh memuatkan 20 orang murid sahaja)
- WAKTU REHAT
- Waktu rehat bagi pelajar - pelajar akan dibuat secara berperingkat.
- Makanan dan minuman yang disediakan oleh pihak kantin akan dibungkus
- Pelajar perlu beratur dengan pengawasan guru - guru yang terlibat.
- Ibu bapa juga boleh memainkan peranan yang penting dengan menyediakan bekal untuk anak - anak bagi memudahkan urusan rehat disekolah.
- AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH ( SUKAN/PERHIMPUNAN)
- Tidak dibenarkan melakukan aktiviti di luar bilik darjah sehingga mendapat makluman daripada pihak KKM dan KPM.
- Perhimpunan juga tidak dibenarkan dilakukan di sekolah.
- PENGURUSAN ASRAMA
- Katil - katil di asrama juga perlu dijarakan 1 meter antara satu sama lain.
- Waktu rehat juga sama seperti waktu rehat yang dijalankan oleh sekolah harian.
- Susunan meja makan di kantin perlulah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Menurut temubual Menteri Kanan Pendidikan dengan pihak media berkenaan isu waktu persekolahan yang akan ditetapkan oleh KPM. Beliau berkata,
Waktu persekolahan untuk sekolah - sekolah di Malaysia akan dilakukan secara berperingkat dan akan diberitahu kemudian didalam sidang media yang lain.

0 Comments