3 TAHUN PENUH BERMAKNA BAGI USAHAWAN JUTAWAN RICHWORKS ASHRAF KHALID


3 tahun penuh bermakna bagi Usahawan Jutawan RichWorks, Ashraf Khalid iaitu anak kepada Datuk K apabila berjaya menjadikan impiannya menjadi kenyataan hasil bimbingan bersama RichWorks dan juga Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Apakah impian tersebut? Bagaimanakan bantuan yang diberikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman terhadap anak Datuk K ini? Baca artikel ini hingga ke akhirnya untuk tahu secara menyeluruh. 


Kenali Asyraf, Anak Kepada Datuk K


Asyraf atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid merupakan anak kepada Datuk K hasil perkongsian hidup dengan isteri terdahulu, Yang Mulia Tengku Zawiyah binti Tengku Izham, ahli Keluarga Diraja Kedah. Asyraf dilahirkan pada 31 Mei 1992. 


Beliau merupakan anak ketiga daripada enam beradik dan telah bertemu jodoh dengan seorang pelakon cantik berasal dari Indonesia bernama Tya Arifin. Di awal usianya, Asyraf merupakan seorang anak yang agak nakal. Ini dikongsikan sendiri oleh Asyraf. Bagi Asyraf dia merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya. 




Asyraf sangat mahu berjaya dalam hidup demi untuk membuktikan pada bapanya (Datuk K) bahawa dia juga boleh mencapai impian sebagaimana orang lain tetapi ianya tak mudah seperti yang dituturkan dengan lidah. 


Berkat kehadiran isteri tersayang di sisi, Asyraf nekad untuk terus mencuba dalam dunia perniagaan. Tambahan pula, beliau pernah memegang jawatan sebagai Bekas Pengarah & CEO di syarikat kosmetik halal Malaysia SimplySiti milik ibu tirinya iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. 


Asyraf dan isterinya menamakan bisnes mereka sebagai Mutyara. Jenama Mutyara mengeluarkan produk Jus Kesihatan yang diberi nama Gugusan Sumatra. Resipi Jus tersebut berasal dari keluarga Tya sendiri dari Indonesia. Jus Kesihatan Mutyara juga turut di kenali sebagai Jamu Mutyara di kalangan pengguna-penggunanya.


Nekad Mahu Berjaya, Asyraf Jadikan Dr Azizan Osman Sebagai Mentor 


Sering kali dalam perjalanan ada orang yang akan menyerah kalah di tengah jalan. Banyak faktor yang boleh membuat seseorang menyerah kalah ini. Faktor yang paling berpengaruh adalah tidak adanya arahan dari seseorang atau sulitnya mendapatkan ilmu untuk mencapai tujuan yang diinginkan. 


Menyedari akan keadaan itu, Asyraf nekad untuk mendapatkan seorang mentor sebagai pembimbing untuk beliau dan isteri di dalam dunia bisnis ini. 


Perjalanan menemukan mentor tentu saja tak semudah membalikkan telapak tangan. Sebelum menemukan mentor yang tepat, perlu melihat background dan pengalaman dari mentor tersebut terlebih dahulu. 



Kenapa perlu seorang mentor dalam perniagaan?


Mentor dapat membantu memberi bimbingan apakah cara yang patut dan tak patut dilakukan. Mentor juga dapat membantu memberi idea di saat perniagaan itu mempunyai masalah untuk berkembang.


Tak hanya itu, mentor juga dapat menolong bagaimana untuk keluar dari masalah di saat perniagaan sedang berhadapan dengan kesukaran. Dari masa ke semasa, mentor anda mengenal team anda, produk/servis anda dan perniagaan anda. Mentor membantu anda mengatasi semua jenis cabaran dengan cara yang unik. 


Maka tak hairanlah kenapa Asyraf nekad untuk mendapatkan seorang mentor buat membantu diri dan perniagaannya supaya berjaya. 


Kenapa Asyraf Pilih Datuk Wira Dr Azizan Osman Sebagai Mentor?


Alasan sudah terang lagi bersuluh kerana Datuk Wira Dr Azizan Osman ini mempunyai pengalaman yang sudah sangat lama dalam dunia perniagaan. Tidak hanya itu, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama syarikatnya RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan. 



Seorang mentor seperti Datuk Wira Dr Azizan Osman ini dapat menghidupkan kembali tekad dan cita-cita pemilik perniagaan, yang mengakibatkan peningkatan jualan dan keuntungan.


Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Allah SWT.


Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. 


"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya. 


 



3 Tahun Berguru Akhirnya Kejayaan Ada Di Depan Mata 


Dalam satu hantaran video dikongsikan Asyraf pada semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Azizan yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malah kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja. 


Menurut Asyraf ketika ditemui berkata, ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah ibu bapanya Isnin lalu. 


"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. 


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya. 



Datuk K Berterima Kasih Dan Kagum Dengan Diri Datuk Wira Dr Azizan Osman


Dalam pada itu, Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. 


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat. 


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 



“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya. 


Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujarnya.



Nak Berjaya? Kena Bijak Atur Masa Depan Dan Carilah Mentor Sebagai Penunjuk Jalan


Sekiranya anda sukar mengikuti pelan anda, anda akan mengalami kesukaran untuk mencapai matlamat anda. Kalau anda pemilik perniagaan yang bersungguh-sungguh untuk maju kedepan, jangan berkira-kira untuk mencari mentor yang benar-benar dipercayai. 


Jangan sengaja lakukan kesalahan yang orang lain telah lakukan. Sayangi perniagaan masing-masing dan segeralah cari ilmu supaya tidak terus berhadapan dengan masalah dalam bisnes. 


Seorang mentor yang bagus dapat membina rasa tanggungjawab pada bisnes anak didiknya dengan menanyakan apa yang berhasil, memastikan semuanya berjalan lancar, menunjukkan bahagian mana yang kurang berprestasi, dan menanyakan tindakan pembetulan apa yang perlu dilakukan. 


Bukankah itu cara yang lebih bagus untuk meneruskan langkah hingga berjaya sebagai seorang usahawan?


Tepuk dada dan tanyalah diri. Jika benar mahukan mentor boleh layari laman web utama RichWorks atau terus bersama mereka di talian Telegram untuk mendapatkan pelbagai info dan tips terkini berkenaan dunia bisnes di Malaysia. 

Post a Comment

0 Comments