Holla Everyone , woahhh lama tak jumpa dengan korang semua , sorry sebab aku tak tahu nak post ape dekat korang semua , well biasalah perkara tu datang balik " KEKURANGAN IDEA " ..Oke oke back to the story , hurmmm setiap manusia mesti mempunyai kelemahan sendiri kan , Tipu lah kalau ada yang cakap , diri die takde kelemahan even aku sendiri pon ade kelemahan jugak . So entri aku pada kali ini ialah tentang "Kelemahan ".
Mesti Korang nak tahu kan kelemahan aku , HOHO ! CECITE CECITE , oke oke , korang mesti dah kenal dengan aku lebih dari setahun kan ( pengikut blog aku ) dan yang mane masih baru nak mengenali aku meyh sini aku nak cite kat korang tentang kelemahan yang ada pada diri aku ..kirannya macam ( open life secret )
Dari luar korang mesti perasan yang aku nie Macho , Hensem , Cute and di minati ramai , but ada 3 perkara yang korang patut tahu and memang patut tahu lah ,
Yang Pertama
Kalau korang pergi Majlis-majlis hari jadi or whatever party , benda yang mesti ada untuk hiburkan kanak-kanak adalah " BADUT " . hahaha kalau korang nak tahu , sejak aku kecik lagi aku paling takut dengan Badut even sekarang pon aku masih takut lagi , walaweiii muka die tak boleh blaaaa seram sejuk aku dibuatnya ..Pernah sekali , kalau tak salah aku masa aku umur 8 tahun , ditakdirkan aku tengah jalan jalan , and adalah badut yang sungguh malang nie tiba tiba sergah aku , then aku pon apa lagi , terus tendanglah die punyerr %^$%%^ ( ehem ehem ) , aiseymenn apalah nasib badut tu sekarang ehh , sejak aku tendang die , terus die lari lintang pukang ..
Yang Kedua
Korang pernah pergi shopping complex tak , tipulah kalau tak pernah pergi , hahah , kat shopping complex tu korang perasan tak ade "Tangga Escalator" perghh tak boleh blaa tangga tu , kalau korang nak tahu aku fobia nak naik tangga tu mana taknya aku pernah jatuh naik tangga tu , lastly tiga jahitan aku kena , and then sampai sekarang kalau naik naik tangga tu jew , aku akan tunggu and ready untuk beberapa saat pastu baru naik .. kalau tak boleh jugak LIF kan ade ! .hahaha
Yang Ketiga
Di negara kita nie , setiap petang hujan , tak sah lah kalau tak hujan , hurmmm cuba korang teka , kalau ade hujan confirm ade ape ???? hahahha of course " Petir " , aku paling takut dengan petir , cite die mcmnie , mase aku duduk rumah lama , kan kalau rumah lame kan fius box die kan rendah , nak di jadikan cite , aku tengah duduk kat bawah fius box tu , time tu jugak tengah hujan lebat , perghh selang beberapa minit aku duduk bawah fius box tu , rumah aku terus Blackout ...perghh perasaan aku time tu hanya tuhan jelah yang tahu ...Mengikut sumber sumber yang boeh dipercayai , mereka mengatakan bahawa mereka nampak laluan petir tu terus kew fius box rumah aku tu ..woahhh nasib aku selamat lagi , kalau tak , korang tak jumpa dah dengan aku entah entah blog nie pon entah wujud entah tak ...
So aku rase sampai disini jelah cerita aku untuk kali ini , aku harap korang jangan pulak gelak jahat bila baca entri aku hari ini ..
2 Comments
dulu pon Yana takot gak nak naik escalator tu.. kene pimpin lau nak naik.. hehe..