Maaf sebab jarang kemas kini blog macam sebelum - sebelum ini. Insyallah harini aku akan ceritakan pengalaman aku temuduga sampailah aku dapat keputusan jawatan Penolong Pembangunan Masyarakat S29 JKM ini. Seperti sebelum - sebelum ini mana - mana calon yang berminat untuk mengisi jawatan yang ada kekosongan di Sektor Awam perlulah membuat permohonan di SPA tak kurang juga aku yang mana aku telah berminat untuk mengisi satu jawatan di SPA iaitu Penolong Pembangunan Masyarakat S29. Pada awalnya calon - calon tidak diberitahu kementerian atau jabatan mana yang mahu di isi kekosongan namun calon akan diberitahu sekirannya calon " Melepasi Kelayakan SPA" itu sendiri.
Macam aku dulu, Jawatan PPPM S29 ini lepas dalam bulan 5 atau 6 tahun 2019 macam tu dan pihak SPA akan bagi email kepada calon - calon yang melepasi tapisan untuk siap sedia bagi menjawab exam yang disediakan oleh pihak SPA. Exam ? Betul sebelum melepasi tapisan yang berikutnya calon - calon akan disuruh menjawab exam yang dikhaskan untuk calon oleh pihak SPA dan juga Jabatan yang terlibat sebagai contoh jawatan yang aku dapat adalah jawatan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. So didalam exam tersebut akan ada unsur - unsur yang terkait dengan tugas hakiki JKM dan juga pengurusan JKM itu sendiri.
Alhamdulillah, exam tersebut dah pun aku jawab pada bulan 17 Nov 2019 yang lalu. Pada yang ingin melihat contoh - contoh atau prosedur exam tersebut boleh klik link yang aku sertakan dibawah ini.
Selepas menjawab exam yang diberi oleh pihak SPA. Calon - calon perlulah menunggu sekitar 1 bulan atau 2 bulan selepas tarikh exam dilakukan untuk melihat keputusan exam bagi jawatan tersebut. Untuk aku alhamdulillah aku dapat jawapan dari pihak SPA dalam bulan 1 macam tu untuk pergi ke tahap seterusnya iaitu Temu Duga. Selang seminggu selepas tu baru pihak SPA akan email segala maklumat yang perlu disi sebelum di temuduga.
So bila dah dapat tarikh semua. Korang just get ready untuk ditemuduga jelah. Get ready dengan cara komunikasi korang. Notes - notes yang berkaitan dengan JKM dan SPA. Semua benda tu korang kena mahir sebelum hadirkan diri. Untuk aku pula tarikh interview aku 12 Febuari 2020. Masa tu pula hari bekerja aku. Nak buat macamana terpaksa aku ambik MC untuk satu hari tersebut. Sebelum tu aku nak bagitahu Intake JKM batch aku kalini ada lebih kurang 100 ribu yang mohon. Akan tetapi yang lepas saringan exam untuk ditemuduga dalam lingkungan 1800 sahaja satu Malaysia. Bayangkan dalam 1800 tu nak rebut 26 Kekosongan Jawatan dan 150 Simpanan. Ini bermakna hanya Best 176 sahaja yang layak dipilih. Macam aku. pusat temuduga yang aku pilih adalah di Putrajaya. So calon - calon di putrajaya memang tak kurang hebatnya, Ada diantara mereka memang sudah sedia ada bekerja di JKM seperti Gred 19 dan juga pekerja PSH.
Berbekalkan soft skill yang diasah pada zaman belajar dan juga maklumat yang diperolehi dari internet aku gagahkan diri juga pergi interview tu walaupun pada awalnya aku ragu - ragu sebab untuk dapat 174 : 1800 lebih tu agak mustahil pada aku. Aku bagitahu mak ayah aku yang aku dapat dan aku pergi supaya doa mereka boleh iringi aku masa aku temuduga tu nanti. Macam biasa pagi 12 Feb tu aku dah terpacak dekat ruangan parkir depan SPA asbabnya untuk elak jem dan juga untuk elak bertembung dengan orang orang yang bekerja di bangunan SPA tu sendiri.
Calon yang hadir pada haritu rasa dalam 20 orang sahaja sebab batch kami dah dibahagikan kepada 5 tarikh yang berbeza ianya bertujuan untuk memudahkan para panel temuduga untuk tidak terus menerus menemuduga calon yang hadir. Aku orang yang ke 19 yang ditemuduga so bermakna orang kedua terakhir so temuduga dijalankan pada pukul 1.30 petang dan mengambil masa selama setengah ke 1 jam bergantung kepada panel. Bayangkan aku datang pukul 7.30 pagi ambik no giliran masuk temuduga pukul 1.30 petang. hehehehehe seram kan ? Antara soalan - soalan yang panel attack aku awal awal adalah...
Kenapa nak kerja dengan JKM ? Kenapa memilih SPA sebagai pekerjaan awak ? Apa fungsi tugas JKM ? Apa kumpulan sasaran JKM ? Dasar - dasar yang diperuntukan oleh JKM apa ? Contoh Warga Emas ? Satu soalan situasi daripada Panel. Apa kelebihan dan kelemahan awak ? Boleh sebutkan kenapa skim sosial ini penting kepada masyarakat ?
Itu adalah antara soalan yang bertubi tubi ditanya oleh panel kepada aku. Tanpa ada soalan kenalkan diri terus dengan soalan - soalan tersebut. Mulanya agak terkejut tapi aku berjaya kawal gaya percakapan dengan juga eye contact terhadap panel tersebut. Sesi temuduga itu berlangsung sekitar 1 jam. hahahahaha Yer 1 jam ! Korang takkan rasa masa tu bergerak selama tu. hahahahaha tips dari aku cuba practice gaya percakapan depan cermin dan juga keyakinan diri sewaktu berinteraksi. Insyallah you can survive waktu temuduga nanti.
So untuk keputusan pula, sepatutnya 1 bulan dari tarikh akhir temuduga dah boleh tahu tetapi disebabkan PKP dan juga Covid-19 yang melanda negara waktu ini. Keputusan ditangguhkan kepada 3 bulan . So bulan ini iaitu bulan Mei dah pun keluar result untuk jawatan ini. Alhamdulillah daripada 1800 orang yang hadir temuduga 1 Malaysia . Aku tergolong dalam kalangan 150 Calon Simpanan/ Simpanan Lantikan dimana no Lantikan aku no 84. Insyallah kalau ada rezeki simpanan lantikan ini akan bertukar kepada Lantikan Tetap. Doakan aku yer kawan kawan semua.
Terima Kasih Semua.




11 Comments
Saya pun simpanan mcm owner blog jugak tapi untuk jawatan berbeza la.