BULAN Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam sama seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah..Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih banyak berpuasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan..Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan..Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak puasa sunat, bertaubat dan beristiqhfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya..Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati membesar serta mengagungkan Allah.Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia..Selain itu allah tidak mengampun kan dosa 6 orang pada malam nisfu syaaban iaitu Orang yang kekal minum arak , orang yang derhaka kedua ibu bapa , orang yang kekal dalam zina , orang yang berkelahi , orang yang melakukan perjualan dengan sumpahan yang dusta dan orang yang memperlakukan orang supaya berkelahi .
Nabi bersabda, "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn
Hibban, dinilai sahih oleh al-Albani)
Note :
So di kesempatan ini aku ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog aku jika selama aku berblog ini aku ade berbuat salah atau terbuat salah kat korang semua , hope korang semua dapat maafkan aku ..mungkin ade yang terasa hati atau terguris hati jika aku ade tersalah tulis dalam post-post aku yang lepas , so aku ingin minta maaf sesangat jika aku ade buat salha kat korang semua .
20 Comments
http://celotehsikacak.blogspot.com/2011/07/si-dye-suka-sangat-menggigit.html
Alhamdulillah kita sama-sama diberi kesempatan untuk merasa hari bertuah ini kan..:)
maaf diterima.. :P