KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya. 

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, Prof Dr Yahaya Ibrahim, berkata laporan itu dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak semalam.
"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.


Note :
Ish ish ish , ape nak jadilah dengan budak-budak zaman sekarang , belajar tinggi-tinggi sampai tahap Universiti tapi otak still manteliti tahap ketiga atau cetek ...Nie semua akibat terpengaruh dengan politik-politik yang tengah hangat berlaku lah nie .