PKPB yang akan berakhir pada 9 JUN 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula esok 10 JUN 2020 higga 31 OGOS 2020. Dalam pelaksanaan PKPP ini akan lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan seharian disamping mematuhi SOP berterusan.
Harini 9 JUN 2020, menerusi sidang media khas yang dibentang oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat beberapa perkara baru yang telah mendapat persetujuan bersama dan perkara ini melibatkan,
KEDAI MAKAN & KEDAI SERBANEKA
Kedai makan atau gerai serta oulet - outlet yang menjual makanan dibenarkan untuk beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan mulai esok. Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) menerusi sidang media harian PKPP , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
Mesyuarat Khas Menteri - menteri bersetuju untuk membenarkan kedai kedai serbaneka dan runcit beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam. Tambahanya lagi, Beliau menegaskan bahawa orang ramai perlu mematuhi prosedur SOP yang ditetapkan iaitu termasuk penjarakan sosial.
PERHENTIAN REHAT DAN RAWAT ATAU R&R
Selain daripada kedai makan yang kini boleh beroperasi semula, Perhentian henti dan rawat atau R&R juga dibenarkan beroperasi semula. Malah kawasan surau berhampiran R&R juga akan turut dibuka untuk kegunaan orang ramai menunaikan solat serta gerai gerai jualan kering yang berada disekitar perhentian tersebut akan turut dibuka mengikut SOP yang telah ditetapkan.
SEKATAN JALAN RAYA & NEGERI
Pelaksanaan PKPB tempoh hari tidak membenarkan orang ramai melakukan sebarang aktiviti rentas negeri. Namun untuk pelaksaan PKPP pada kali ini, Sekatan jalan raya tidak akan lagi dilakukan malah ini termasuk juga dengan sekatan rentas negeri yang dilakukan sebelum - sebelum ini kerana mulai 10 Jun 2020 tidak akan ada keperluan kebenaran rentas negeri diperlukan kerana sekatan itu sudah pun terbatal. Tambahan pula, menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian PKPP pada harini berkata,
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan atau mengenakan Pelan Tindakan Baharu sepanjang tempoh PKPP dilaksanakan. Dan melalui pelan itu, PDRM akan menumpukan kepada pematuhan Prosedur Operasi Standart (SOP) di premis - premis perniagaan dan kawasan awam termasuk di pusat membeli belah dan pasar malam.
PUSAT GYMNASIUM & PUSAT SUKAN (DEWAN TERTUTUP)
Tidak ketinggalan Pusat Gymnasium juga akan dibuka semula kepada orang ramai. Perkara telah dibentang oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian PKPP semalam bertarikh 8 Jun 2020 dimana beliau berkata,
GYM dan pusat kesihatan serta pusat sukan yang melibatkan latihan di dewan tertutup dijangka kembali beroperasi pada pertengahan Jun. Pembukaan ini perlulah diikuti dengan mengamalkan langkah - langkah SOP yang telah ditetapkan.
Baca : 5 Larangan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)





0 Comments