Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan satu berita baik kepada rakyat Malaysia yang mana berita tersebut memberikan satu kelegaan kepada netizen Malaysia. Rata - rata mereka berasa bersyukur dan terharu dengan berita yang diumumkan oleh PM kita tersebut. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau berkata
PKPB yang akan berakhir pada 9 JUN 2020 akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang akan bermula pada 10 JUN 2020 hingga 31 OGOS 2020. Dalam pelaksanaan PKPP ini akan lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan seharian disamping mematuhi SOP berterusan.
Namun diingatkan, walaupun Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarakat (PKPB) telah digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP). Masih terdapat beberapa larangan yang masih berkuatkuasa didalam fasa (PKPP). Antara larangan yang dikuatkuasakan ialah ;
PERJALANAN RENTAS NEGERI.
Menurut teks ucapan yang dibentangkan oleh PM kita pada tempoh hari, Beliau menegaskan bahawa ,
Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan KECUALI bagi kawasan - kawasan yang telah dan masih diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD)
AKTIVITI SUKAN
Walaupun terdapat beberapa aktiviti sukan yang telah dibenarkan untuk beroperasi namun masih terdapat beberapa aktiviti sukan yang masih tidak mendapat kebenaran untuk diteruskan. Antara aktiviti sukan tersebut ialah
- Pertandingan Sukan/ Permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai di stadium.
- Sukan Renang dan Kolam Renang Awam.
- Sukan yang melibatkan aktiviti bersentuhan seperti Ragbi, Gusti, Tinju, Bola Sepak, Bola Keranjang dan Hoki.
AKTIVITI PELANCONGAN
Menurut Perdana Menteri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan untuk dibuka semula dan ini selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara. Namun demikian, bagi aktiviti pelancongan di luar negara di tangguhkan terlebih dahulu kerana sempadan negara masih lagi ditutup.
AKTIVITI KEAGAMAAN
Bagi aktiviti keagamaan, kelonggaran telah diberikan seperti yang telah diumumkan menerusi sidang media sebelum ini dan ianya termaktub bagi sesetengah individu atau jawatankuasa masjid sahaja. Namun untuk rakyat Malaysia melakukan aktiviti keagamaan seperti solat berjemaah dengan melibatkan orang ramai ianya masih belum diputuskan lagi dan masih diperhalusi oleh kerajaan.
SEKTOR SOSIAL
Walaupun kebanyakkan sektor sosial telah pun mendapat kebenaran untuk beroperasi semula, Namun masih terdapat sektor sosial yang masih dilarang untuk beroperasi semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di jalankan. Antara sektor sosial yang dilarang ialah ;
- Pub / Kelab Malam / Pusat Hiburan
- Pusat Rekreasi / Pusat Karaoke
- Taman Tema
- Perarakkan Keagamaan dalam jumlah yang ramai
- Kenduri Kendara / Rumah Terbuka
Akhir kata, diharapkan dengan adanya larangan - larangan yang masih berkuatkuasa ini dapat dipatuhi oleh rakyat Malaysia. Seterusnya Rakyat Malaysia perlulah sentiasa mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan dan turut mengamalkan norma - norma baharu seperti yang telah diberitahu sepanjang tempoh PKP, PKPB dan PKPP dijalankan. Muat turun aplikasi MySejahtera untuk membolehkan rakyat Malaysia melihat kesihatan Kendiri.

0 Comments