Terbuka khas untuk Penjaja dan Peniaga di Negeri Selangor yang terjejas dengan penularan wabak COVID-19, Kerajaan negeri Selangor berbesar hati melaksanakan pakej rangsangan yang dikenali sebagai Pakej Selangor Prihatin. Dimana Pakej ini diperkenalkan atas tujuan untuk mengurangkan beban kehidupan dan kesulitan ekonomi rakyat negeri Selangor akibat wabak pendemik COVID-19.
Oleh itu, antara bantuan yang layak diperolehi oleh rakyat di negeri Selangor adalah salah satunya Bantuan sebanyak RM 500 (One Off) bagi Penjaja Berlesen di negeri Selangor. Pakej ini diberikan kepada penjaja dengan bermatlamatkan mengurankan beban mereka yang berniaga secara kecil kecilan.
KELAYAKAN MEMOHON
- Lesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020
- Peniaga yang memiliki Lesen/Permit Penjaja yang Sah (di bawah UKK Penjaja)
- Penjaja atau Peniaga Kecil layak memohon dan menerima bantuan khas ini SEKALI sahaja walaupun mempunyai lebih dari 1 lesen/permit
CARA MEMOHON
Penjaja atau Peniaga Kecil boleh membuat permohonan SEKARANG sehingga tarikh tutup permohonan iaitu 7 JUN 2020. Selain itu, permohonan juga boleh dibuat melalui laman web
Penjaja dan Peniaga Kecil hanya perlu memasukkan nombor Kad Pengenalan dibawah kategori INSENTIF KHAS PENJAJA ONE OFF dan Klik " Seterusnya " untuk langkah yang berikutnya.
CARA BANTUAN DISALURKAN
Bantuan insentif sebanyak RM 500 akan disalurkan terus ke dalam bank pemohon yang telah melepasi kelayakkan dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan sekirannya maklumat lengkap.
MAKLUMAT LANJUT
Pertanyaan boleh dilaksanakan bermula 8 April 2020 seperti berikut:
a) Isi borang pertanyaan yang disediakan dalam sistem; ATAU
b) Hubungi talian 1-800-22-6600 (24 jam) / emel penjaja@selangor.gov.my; ATAU
c) Hubungi talian PBT/ Majlis (9 pagi – 4 petang) seperti di Lampiran A.


0 Comments