
Syukur ke hadrat ilahi sebab tuhan telah memberikan kita kehidupan untuk terus hidup dan hirup oksigen di bumi yang fana ini . Harini aku nak kongsikan beberapa info dari majalah yang aku baca yang pada aku amat menarik dan boleh aku kongsikan pada semua golongan masyarakat . Biar aku explain serba sedikit tentang majalah dan tajuk kita pada hari ini , Info ini aku ambil dari satu kolum dari Majalah Iman , dimana majalah ini telah dkeluarkan oleh portal utusan karya , pada aku majalah ni memang banyak pengetahuan tentang islam dan ianya amat sesuai bagi semua golongan masyarakat , Okay berbalik semula pada tajuk kita yang kita akan bincang iaitu "8 Pahala Yang Berterusan" .
Anas r.a pernah berkata bahawa : Lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba allah walaupon dia telah meninggal dunia ialah :
- Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal.
- Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya
- Sesiapa yang menulis mashaf (Naskah al-quran yang bertulis tangan) selagi ada orang membacanya
- Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakannya
- Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya , sama ada manusia atau burung
- Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya
- Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuannya
- Guru al-quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.
23 Comments
#niera dtg follow sini. dtg dari blog aku penghibur :0
done follow awk..
ayusham http://eiqaleysha.blogspot.com
singgah sambil follow! :) #707
jom! http://ice-chirp-chirp.blogspot.com/2013/01/siapa-berani-sahut-cabaran-wonder-glow.html :)