5 Fakta menarik yang anda perlu tahu tentang saya

Assalamualaikum ,


5 fakta menarik yang anda semua perlu tahu dalam kehidupan saya berserta alasannya ialah :
  1. Saya fobia dengan kilat/petir kalau duduk rumah sorang-sorang 
  2. Memiliki telinga yang capang waktu kecil , tetapi tidak kelihatan capang pada waktu kini 
  3. Kalau kat shopping mall , saya paling takut nak naik escalator a.k.a tangga elektrik sebab pernah terjatuh waktu kecil
  4. Saya juga takut jika berhadapan dengan " Badut " . Pleaseee lahh tak sanggup tengok muka dia 
  5. Waktu saya berumur 6 tahun , telinga kanan saya pernah digigit oleh cewek/perempuan tanpa sebab . 

Kenapa aku fobia dengan kilat ? 

Hahahaha sebenarnya kisah dia macam ni , masa aku umur 8 tahun , pernah kena tinggal dengan ayah aku dek kerana aku meragam tak nak ikut , masa tu pulak hujan lebat dan kilat sambung menyambung , hahahha so ayah aku pon nak test aku macamana duduk rumah sorang-sorang , Tanpa pengetahuan aku dia berpura-pura keluar rumah naik kete . padahal dia bawa kereta dia then park selang 4 rumah dari rumah aku . So kesimpulannya masa aku duduk rumah sorang-sorang tu , aku buat macam biasa seperti kanak-kanak riang yang lain , Tiba-tiba ....

Papppp.........Kebabommmmmmmmm ... ( Bunyi Kilat )

Rumah blackout , aku pulak kebetulan duduk betul betul bawah fius box , hahahahah apa lagi aku pon melompat sambil melalak minta tolong , hahahahha sejak daripada peristiwa tu , aku ikut je kemana bapak aku pergi , luar rumah , dalam rumah , ke kedai , hahahahaha

Kenapa dulu telinga capang , tapi sekarang tak ? 

Okay yang ini memang aku tak tahu , kuasaa tuhan kannn , hahahahah kita kena terima ape yang tuhan bagi kat kita .

Kenapa takut dengan escalator ?

Masa aku umur 6 tahun entah macam mana boleh terlepas dari gengaman tangan mak aku , so aku dengan muka tak bersalahnya main dekat area escalator kat salah sebuah shopping mall ni , main punya main punya main . Tiba-tiba ... entah timbul satu idea , idea yang timbul tu pulak agak merbahaya sikit , hahahahha nak try main turun naik turun naik escalator , hahhahah bila tengah dok syok main tu

Kedebukkkkkk ..... ( jatuh ) 

hahahhaahha ... sejak daripada tu aku tak berani naik escalator , hahahhah tapi alhamdulilah sekarang aku dah boleh tangani fobia naik escalator tu . Yeayyyyyy

Kenapa takut dengan badut ? 

Haaaaa part ni yang malas aku nak terangkan ni , hahahhaha muka badut tu menyebabkan aku avoid dia dari aku , hahahhaha sumpa tak suka tengok muka dia , seriously menakutkan okay . hahahahha kalau aku jumpa dia pon , aku cepat cepat jauhkan diri dari dia .

Kenapa kena gigit telinga ?

Okay masa aku tadika , biasalah permainan kanak-kanak , pengantin olok-olok , masak-memasak , buaian , kereta api . hahahaha so nak dijadikan cerita aku leader segala permainan tu semua , dan kebetulan ada satu awek ni cantik wooooo aku ingat lagi nama dia nadhirah , tiba-tiba datang kat aku terus gigit telinga aku tanpa sebab ....

Adoiiiiii ... sakitlah !!!!! ( aku )

Dan belum sempat aku nak cakap " kenapa gigit saya " dia dah berlari masuk kelas dia , dan aku pulakkk terpaksa terima gigitan tu , hahahha aku redha dan pasrah je ape yang terjadi selepas dia gigit aku tu  . Balik dari tadika , aku mengadu kat ayah dan mak aku , macam biasa dia gelakkan aku je . Dan tanpa usul periksa aku pon terbaca satu buku ni yang mengatakan " Berhati-hati dengan gigitan cinta " dan aku pon terus tersentap sambil berkata dalam hati " Whatttttt gigitan cinta " ( Sambil buat muka stimm ) Sejak daripada tu , aku terus makin rapat dengan budak yang gigit aku tu sampai lah keharini , Alhamdulillah ... hahahha

Nota : Semua cerita aku kat atas ni adalah benar dan tidak ada tambahan mana-mana skrip .

Post a Comment

10 Comments

wahh mcm.. kuatkan semangat tangani fobia tu ..insyaALLAH boleh
budakvanilla said…
badut mmg menakutkan. .
Afiq said…
menarik kot faktau kau hehe...bab badut tu aku setuju sangat
Ezad Izzuddin said…
@AkuPenghibur : Insyaalah :D
Ezad Izzuddin said…
@BudakVanilla : Tahu takpe :D
Ezad Izzuddin said…
@Afiq : HAHAHA ! kannnn tahu xpe :D
Ezad Izzuddin said…
This comment has been removed by the author.
Ezad Izzuddin said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Wau.. kamu bercinta ke dgn budak pmpuan tu?
Ezad Izzuddin said…
@Mieza : Hahaha boleh dikatakan macam tu lah , hehehe :D