5 fakta menarik yang anda semua perlu tahu dalam kehidupan saya berserta alasannya ialah :
- Saya fobia dengan kilat/petir kalau duduk rumah sorang-sorang
- Memiliki telinga yang capang waktu kecil , tetapi tidak kelihatan capang pada waktu kini
- Kalau kat shopping mall , saya paling takut nak naik escalator a.k.a tangga elektrik sebab pernah terjatuh waktu kecil
- Saya juga takut jika berhadapan dengan " Badut " . Pleaseee lahh tak sanggup tengok muka dia
- Waktu saya berumur 6 tahun , telinga kanan saya pernah digigit oleh cewek/perempuan tanpa sebab .
Kenapa aku fobia dengan kilat ?
Hahahaha sebenarnya kisah dia macam ni , masa aku umur 8 tahun , pernah kena tinggal dengan ayah aku dek kerana aku meragam tak nak ikut , masa tu pulak hujan lebat dan kilat sambung menyambung , hahahha so ayah aku pon nak test aku macamana duduk rumah sorang-sorang , Tanpa pengetahuan aku dia berpura-pura keluar rumah naik kete . padahal dia bawa kereta dia then park selang 4 rumah dari rumah aku . So kesimpulannya masa aku duduk rumah sorang-sorang tu , aku buat macam biasa seperti kanak-kanak riang yang lain , Tiba-tiba ....
Papppp.........Kebabommmmmmmmm ... ( Bunyi Kilat )
Rumah blackout , aku pulak kebetulan duduk betul betul bawah fius box , hahahahah apa lagi aku pon melompat sambil melalak minta tolong , hahahahha sejak daripada peristiwa tu , aku ikut je kemana bapak aku pergi , luar rumah , dalam rumah , ke kedai , hahahahaha
Kenapa dulu telinga capang , tapi sekarang tak ?
Okay yang ini memang aku tak tahu , kuasaa tuhan kannn , hahahahah kita kena terima ape yang tuhan bagi kat kita .
Kenapa takut dengan escalator ?
Masa aku umur 6 tahun entah macam mana boleh terlepas dari gengaman tangan mak aku , so aku dengan muka tak bersalahnya main dekat area escalator kat salah sebuah shopping mall ni , main punya main punya main . Tiba-tiba ... entah timbul satu idea , idea yang timbul tu pulak agak merbahaya sikit , hahahahha nak try main turun naik turun naik escalator , hahhahah bila tengah dok syok main tu
Kedebukkkkkk ..... ( jatuh )
hahahhaahha ... sejak daripada tu aku tak berani naik escalator , hahahhah tapi alhamdulilah sekarang aku dah boleh tangani fobia naik escalator tu . Yeayyyyyy
Kenapa takut dengan badut ?
Haaaaa part ni yang malas aku nak terangkan ni , hahahhaha muka badut tu menyebabkan aku avoid dia dari aku , hahahhaha sumpa tak suka tengok muka dia , seriously menakutkan okay . hahahahha kalau aku jumpa dia pon , aku cepat cepat jauhkan diri dari dia .
Kenapa kena gigit telinga ?
Okay masa aku tadika , biasalah permainan kanak-kanak , pengantin olok-olok , masak-memasak , buaian , kereta api . hahahaha so nak dijadikan cerita aku leader segala permainan tu semua , dan kebetulan ada satu awek ni cantik wooooo aku ingat lagi nama dia nadhirah , tiba-tiba datang kat aku terus gigit telinga aku tanpa sebab ....
Adoiiiiii ... sakitlah !!!!! ( aku )
Dan belum sempat aku nak cakap " kenapa gigit saya " dia dah berlari masuk kelas dia , dan aku pulakkk terpaksa terima gigitan tu , hahahha aku redha dan pasrah je ape yang terjadi selepas dia gigit aku tu . Balik dari tadika , aku mengadu kat ayah dan mak aku , macam biasa dia gelakkan aku je . Dan tanpa usul periksa aku pon terbaca satu buku ni yang mengatakan " Berhati-hati dengan gigitan cinta " dan aku pon terus tersentap sambil berkata dalam hati " Whatttttt gigitan cinta " ( Sambil buat muka stimm ) Sejak daripada tu , aku terus makin rapat dengan budak yang gigit aku tu sampai lah keharini , Alhamdulillah ... hahahha
Nota : Semua cerita aku kat atas ni adalah benar dan tidak ada tambahan mana-mana skrip .

10 Comments