Apakah Geran Khas Prihatin ? Secara ringkasnya Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan mereka yang terjejas akibat daripada wabak pandemic COVID-19. Apa yang perlu dilakukan sekiraanya permohonan tidak berjaya ?
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PROSES RAYUAN
Kepada yang sudah mendapat kelulusan tak perlu risau kerana bayaran wang akan dikreditkan pada 15 JUN 2020. Akan tetapi kepada pemohon yang tidak berjaya dalam status permohonannya, mereka boleh membuat rayuan dengan menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan sebelum meneruskan proses rayuan. Antara dokumen - dokumen yang diperlukan oleh pemohon ialah seperti yang ditunjukan didalam gambar (Rujukan FAQ GKP)
BILAKAH TARIKH PERMOHONAN RAYUAN DIBUKA
Selain itu, menurut kenyataan video yang dikongsi di laman Facebook Menteri Kewangan pada 3 Jun 2020, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata
"Saya juga ingin berkongsi bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang membuat semakan lanjut ke atas 81,260 permohonan dan status kelulusan bagi permohonan akan dimaklumkan mulai 8 Jun ini. Bagi mereka yang lulus, bayaran akan dibuat mulai 15 Jun juga. "LHDN juga mendapati sebanyak 72,859 permohonan yang tidak lulus. Bagi mereka yang tidak lulus, tempoh rayuan akan dibuka dari 3 hingga 15 Jun melalui portal rasmi LHDN iaitu gkp.hasil.gov.my. Bagi perayu yang lulus, bayaran akan dibuat mulai 29 Jun," katanya.
Permohonan rayuan ini dibuka dari 3 JUN 2020 sehingga 15 JUN 2020 . Rayuan yang diluluskan, bayaran akan dibuat mulai 29 JUN 2020.
DIMANA PERMOHONAN BOLEH DILAKUKAN
Permohonan rayuan boleh dilakukan menerusi portal Geran Khas Prihatin itu sendiri atau pemohon boleh klik di sini ;
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan boleh diajukan melalui 4 kaedah yang diumumkan oleh LHDNM seperti berikut :
- Hasil Care Line (HCL) yang mengendalikan talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara)
- Melalui HASiL Live Chat, disediakan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM melalui pautan pantas
- Media sosial rasmi LHDNM, iaitu :
- Portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan soalan lazim (FAQ) GKP di


4 Comments